Perkenalkan Kepada Anda, Bahasa Yahudi-Cina…

1,221

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Bahasa Yahudi-Cina ataupun dalam bahasa Inggerisnya adalah “Judeo-Chinese” secara ringkasnya adalah Bahasa Mandarin yang menggunakan tulisan Ibrani. Bahasa ini telah digunakan oleh komuniti Yahudi di Kaifeng, Henan di China sejak zaman pemerintahan Dinasti Tang (618-907). Artikel ini membincangkan tentang bahasa yang dikenali sebagai “Tiāojīnjiào zhī wénzì (תסי֜זעֶן  טציִ֖ תשיה֜ו-תשיִ֖ן-תיהֻו)” dalam kalangan penutur jati.

Penulis mulakan pengenalan tersebut dengan sistem tulisannya. Seperti yang dinyatakan pada perenggan terdahulu, bahasa Yahudi-Cina ditulis dengan menggunakan tulisan Ibrani. Sebagai mana tulisan Ibrani, tulisan bahasa tersebut dibaca dari arah kanan ke kiri. Sebagai contoh; sila pertimbangkan perkataan “Tiāo (תיהֻו)” yang bermaksud “untuk pilih”, kita perlulah membaca huruf tav (ת) yang mewakili bunyi [th] dahulu lalu diikuti oleh huruf yod (י), he qubutz (הֻ) dan vav (ו) yang masing-masing mewakili bunyi [j~ʮ], [hy] dan [w]. Justeru, perkataan “Tiāo (תיהֻו)” dibaca sebagai [th j~ʮhyw]?

Sebagaimana bahasa Cina yang lain, Bahasa Yahudi-Cina juga mempunyai nada ataupun “tones”. Dalam bidang bahasa, nada adalah penggunaan irama untuk membezakan makna dalam sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Jika tersalah irama, makna keseluruhan dalam perkataan berkenaan akan berubah sepenuhnya. Bahasa Yahudi-Cina mempunyai lima nada iaitu tinggi, menaik, menurun-menaik, menurun dan neutral. Contoh perkataan dalam bahasa berkenaan adalah bā (ב֭ה), bá (בֶה), bǎ (ב֩ה), bà (ב֜ה), dan ba (בה).

Huruf “Rr” dalam bahasa Yahudi-Cina diwakili dengan bunyi rhotic schwa [˰ɚ]. Contoh perkataan dalam Bahasa Yahudi-Cina yang mempunyai bunyi tersebut adalah “˰ɚɤen (רעֶן)” yang bermaksud “orang”. Bunyi rhotic schwa kita pernah dengari jika sering terdedah dengan Bahasa Inggeris Amerika (American English, AmE) seperti “er” dalam “assert” [əˈsɚt] dan “ar” dalam “Standard” [ˈsteəndɚd]. Dalam bahasa berkenaan, bunyi [˰ɚ] diwakili dengan tulisan Ibrani resh (ר).

Daripada segi sistem vokal dalam bahasa berkenaan. Bahasa Yahudi-Cina mempunyai enam bunyi vokal iaitu [o], [a], [ɤ], [i], [u] dan [y] yang masing-masing diwakili dengan tulisan Ibrani alef (א), he (ה), ayin (ע), yod hiriq (יׅ), vav shuruk (וּ) dan yod qubutz (יֻ). Contoh perkataan yang mempunyai huruf vokal dalam bahasa ini ialah “ɤe ˰ɚ (עֶר)” yang bermaksud “dan” iaitu kata hubung.

Bahasa Yahudi-Cina mempunyai huruf dwigraf. Dwigraf adalah sepasang huruf yang digunakan dalam sesuatu bahasa untuk menulis satu bunyi. Dalam bahasa berkenaan, “j” diwakili oleh dua huruf vokal iaitu tav dan shin (תש). Contoh perkataan dalam bahasa tersebut yang mempunyai digraf adalah “jīn (תשיִ֖ן)” yang bermaksud “otot”. Dalam Abjad Fonetik Antarabangsa,  “jīn (תשיִ֖ן)” diwakili dengan [tɕ͡in].

Oleh disebabkan Bahasa Yahudi-Cina merupakan Bahasa Mandarin yang menggunakan tulisan Ibrani, bahasa ini dikelaskan sebagai Sino-Tibetan. Secara teorinya, bahasa ini adalah serumpun dengan bahasa Mandarin, Kantonis, Hakka, Hokkien, Tibet, Burma, Karen dan sebagainya. Sebagai contoh, “˰ɚɤen (רעֶן)” yang bermaksud “orang” dalam Bahasa Yahudi-Cina adalah sepadan dengan rén (人), yàhn (人), ngìn (人), jîn  (人) dan jêng (人) dalam bahasa Mandarin, Kantonis, Hakka, Hokkien dan Teochew.

Kesimpulannya, itu adalah antara pengenalan kepada Bahasa Yahudi-Cina ataupun nama asalnya “Tiāojīnjiào zhī wénzì (תסי֜זעֶן  טציִ֖ תשיה֜ו-תשיִ֖ן-תיהֻו)”. Komuniti Yahudi Kaifeng yang tiba di China berkemungkinan berasal dari Parsi ataupun India. Mereka tiba di China dengan melalui Laluan Sutera. Terdapat sekitar seribu orang penduduk China yang mempunyai darah Yahudi. Komuniti tersebut memenuhi sekitar dua puluh orang daripada lebih 9 juta penduduk di “negara” Israel. Komuniti Kaifeng tiba di Israel sebagai salah satu bahagian dalam Gelombang Penghijrahan Yahudi ataupun “Aliyah” ke Palestin

RUJUKAN:

Yip (2002), pp. 1–3, 17-18.

Israel Central Bureau of Statistics. Retrieved August 29, 2019 from  http://www.cbs.gov.il/reader/cw_usr_view_Folder?ID=141

5 Chinese women immigrate to Israel, plan conversion. Retrieved August 29, 2019 from  https://www.timesofisrael.com/5-chinese-women-immigrate-to-israel-plan-conversion/

Tiāojīnjiào zhī wénzì. Retrieved August 29, 2019 from  https://www.omniglot.com/conscripts/tianjinjiao.htm

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.