Perkauman Di Amerika Syarikat Berlaku Kerana Hak Istimewa Kulit Hitam Masih Gagal Dilaksana

784

US tengah bergolak, dan ketika aku tanyakan apa sebabnya negara mereka jadi macam tu, ramai pula kalut duk kaitkan white supremacy dengan keistimewaan Melayu/Bumiputera. 

Rasisme terhadap kaum berkulit hitam (Black people / Blacks) bukan sekadar isu White supremacy. White supremacist sejak tahun 1964 bukan lagi ancaman utama kepada Blacks macam KKK dulu.

White supremacist hari ni semua acah je. Ni kalau Kanya West jentik pun boleh cedera parah.

White supremacist suka tayang bendera Confederacy iaitu lambang negeri-negeri selatan yang isytihar kemerdekaan pada 1861 sebab enggan mansuhkan perhambaan.

Confederacy dikalahkan namun negeri-negeri Selatan masih tak nak layan Blacks secara sama rata. Tapi tu semua cerita lama.

Yang jadi masalah utama sekarang ialah keganasan polis dan juga rusuhan antara kaum yang berpunca daripada kemunduran sosioekonomi Blacks.

Blacks dilihat lebih cenderung terlibat dalam jenayah dan polis pun cenderung melihat diorang sebagai dangerous persons.

Selain insiden polis White menembak Black, Black pun tembak polis White, macam kejadian Dallas Shooting tahun 2016 di mana seorang lelaki Black (Micah Xavier Johnson) membunuh 5 pegawai polis White.

Rusuhan bukan saja berlaku antara Blacks dengan Whites tapi juga dengan kaum lain.

Pernah dengar Rusuhan Los Angeles tahun 1992 di mana Blacks dan kaum Korea saling menembak? Lebih 60 maut.

Kaum Korea waktu tu kena angkat senapang untuk defend kedai diorang daripada dirompak.

Hubungan antara Blacks dan Yahudi pun tak OK sampai berlaku Rusuhan Crown Heights tahun 1991. Sebab tu Democrat tak boleh namakan Bernie Sanders sebagai calon presiden.

Civil Rights Act tahun memberi taraf sama rata kepada Blacks, tapi atas nama saja. Hakikatnya jurang sosioekonomi antara Blacks dan kaum-kaum lain adalah sangat jauh.

Sebab itu gerakan Civil Rights pada 1950-an & 1960-an yang dipimpin oleh Martin Luther King Jr bukan saja memperjuangkan kesamarataan tetapi juga menuntut peluang pendidikan dan pekerjaan.

Tanpa dua benda ni, “equality” tak ada makna sebab Blacks akan kekal jadi “unequal”.

Maka kerajaan US memperkenalkan “affirmative action” bagi Blacks iaitu dasar yang memberi keistimewaan kepada kaum tertentu, misalnya kuota dalam pendidikan dan pekerjaan.

Tanpa benda ni, orang boleh je tak nak ambil Blacks bekerja. Nak masuk universiti pun susah sebab tak kan nak harapkan Blacks ni dapat bersaing dengan Whites dalam masa singkat. Blacks dah ketinggalan 100-200 tahun, jadi kena ada tindakan drastik.

Tapi tak semua orang puas hati dasar sedemikian, terutamanya Whites yang anggap ia sebagai “reverse racism”. Seolah-olahnya kalau dilahirkan sebagai Whites, maka tak guna nak jadi cemerlang sebab Blacks tetap akan ambil tempatnya.

Itu yang membawa kepada kes UC Davis vs. Bakke tahun 1978 apabila seorang lelaki White bernama Allan Bakke telah sue University of California at Davis sebab permohonannya ditolak akibat kuota dah penuh. Keputusan hakim kata kuota adalah “unconstitutional”.

Itu memberi kesan kepada pelaksanaan affirmative action bagi Blacks. Macam mana nak laksanakan affirmative action tanpa kuota yang jelas.

Selain itu, US juga dilanda krisis ekonomi yang teruk pada 1970-an, membolehkan Parti Republican mendominasi politik US.

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sebagai parti yang pro-kapitalisme pasaran bebas (free market), Republican kata masalah ekonomi boleh diatasi dengan kurangkan campur tangan dalam ekonomi.

Republicans anggap affirmative action tak adil dan tak efisien, sebaliknya kena amalkan meritokrasi dan biar pasaran yang tentukan. Kalau pasaran nak ambil Blacks, ambil; kalau tak nak, tak boleh paksa.

Sebab itu majoriti Blacks tak nak undi Republicans lagi, walaupun Lincoln adalah Republican, Eisenhower yang mengarahkan National Guard untuk melindungi pelajar Black ke Little Rock High School pun Republican. Senator Black pertama pun Republican.

Dalam Republican hari ini masih ada ahli Blacks (Black Republican), bukan sebab diorang perasan diri White, atau nak jadi lebih putih dari orang putih (macam kalau kita minat budaya Melayu kita akan dicop nak jadi lebih Melayu dari Melayu) tapi diorang lebih pro pasaran bebas.

Black Republicans macam Thomas Sowell banyak menulis buku kritik affirmative action. Bagi dia affirmative action akan buat Blacks harapkan tongkat, tak berdaya maju, tak mampu nak bersaing dengan Whites.

Selepas Bill Clinton (Democrat) naik pada 1993, baru affirmative action dibincangkan semula. Tapi malangnya Republican menang mid-term election tahun 1994 dan menguasai Kongres sehingga tahun 2006, agenda affirmative action sekali lagi jadi backburner.

Selepas Obama jadi presiden pada tahun 2008, ramai harap dia dapat merancakkan affirmative action bagi Blacks. Tapi dia pun mengalami masalah sama macam Clinton juga, kalah mid-term election 2010, tak dapat nak buat dasar untuk memperbaiki sosioekonomi Blacks.

Malah isu perkauman jadi semakin serius di zaman Obama, sampai berlaku Dallas Shooting.

Salah satu sebab Trump menang pilihanraya 2016 pun sebab ramai Whites masih anggap Blacks dapat advantage dalam pendidikan & pekerjaan, walaupun realiti adalah sebaliknya.

Kaum Asia (Asian-American) terutamanya Cina (Chinese-American) pun antara yang paling tak suka dengan affirmative action. Cina ni pendukung meritokrasi, jadi diorang bengang lah Blacks yang dapat score lebih rendah tapi masuk universiti.

Jadi dah hampir 60 tahun pun masih tiada konsensus tentang affirmative action, kedudukan Blacks tak dapat diperbaiki & terperangkap dalam kemiskinan.

Bila miskin maka lebih mudah terjebak dalam jenayah, dan itu menambah lagi diskriminasi terhadap Blacks, jadi “vicious cycle”.

Jadi dah hampir 60 tahun pun masih tiada konsensus tentang affirmative action, kedudukan Blacks tak dapat diperbaiki & terperangkap dalam kemiskinan.

Bila miskin maka lebih mudah terjebak dalam jenayah, dan itu menambah lagi diskriminasi terhadap Blacks, jadi “vicious cycle”.

Dalam konteks Malaysia, salah satu punca ketegangan kaum sehingga mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969 adalah jurang ekonomi antara kaum. Sebab itu kerajaan Tun Razak memperkenalkan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) untuk merapatkan jurang sosioekonomi antara kaum.

Malah DEB bukan saja benefit kaum Melayu/Bumi malah non-Bumi pun dapat manfaat sekali. Tak caya cari statistik DEB sendiri.

Kedudukan istimewa dalam konteks Malaysia bukan “supremacy” tapi “affirmative action” macam keistimewaan bagi Blacks di US juga.

Pemansuhan keistimewaan tak akan terus selesaikan masalah perkauman malah akan memperhebatkan lagi masalah.

Melainkan korang ada solusi lain.

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.