Perkataan Terpanjang Dalam Pelbagai Bahasa

0
349
views

Perkataan terpanjang dalam mana-mana bahasa adalah bergantung kepada hukum pembentukannya dalam bahasa tersebut. Bahasa Lekatan (Agglunative languages) membolehkan pembentukan perkataan melalui cara majmuk. Perkataan panjang mungkin dinilai oleh penerimaan pihak tertentu dalam kamus-kamus terkenal seperti Oxford English Dictionary ataupun penerbitan penyimpan rekod seperti Guinness World Records dan kekerapan penggunaan perkataan itu dalam bahasa seharian. Berikut contoh bahasa di seluruh dunia yang mengandungi perkataan terpanjang.

Nama saintifik seperti dalam penamaan kimia boleh mencapai sehingga enam angka. Nama saintifik yang terpanjang adalah “Methionyl..isoleucine” iaitu nama sejenis protein, Titin. Perkataan tersebut mengandungi 189 819 huruf. Sekurang-kurangnya lebih tiga jam diperlukan untuk menyebut nama kimia tersebut dengan betul lagi jelas.

Bahasa Melayu adalah antara bahasa yang mengandungi perkataan terpanjang. Istilah teknikal yang terpanjang dalam bahasa ini adalah “Menyetidaknyahcasdiversifikasielektrostatikkan” dan “Penyetidaknyahcasdiversifikasielektrostatikkan”, kedua-dua perkataan tersebut mengandungi 46 buah huruf. Istilah bukan teknikal yang terpanjang adalah “Kumempertanggungjawabkannyalah” dengan 30 buah huruf.

Perkataan terpanjang ditemui dalam bahasa Inggeris. Sebahagian besar kamus telah mengiktiraf perkataan “pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis” sebagai perkataan terpanjang dalam bahasa tersebut. Perkataan tersebut mengandungi 45 buah huruf.

Perkataan terpanjang turut ditemui dalam bahasa Korea. Menurut Kamus Bahasa Korea Piawai terbitan Institusi Bahasa Korea Kebangsaan, perkataan “cheongjayang-in-gakyeondangchosang-gammoranmuneun-gudaejeop” adalah perkataan terpanjang dalam bahasa tersebut. Perkataan tersebut mengandungi 46 huruf Hangul.

erkataan terpanjang turut ditemui dalam bahasa Sepanyol ataupun Kastila. Perkataan “esternocleidomastoideitis” adalah yang terpanjang dalam bahasa ini dengan 30 huruf. Walaubagaimanapun, perkataan “anticonstitucionalmente” dengan hanya 23 huruf lebih banyak digunakan dalam kegunaan harian.

Waqaf Saham

Bahasa Sanskrit turut mengandungi perkataan terpanjang. Kata Nama dan Kata Kerja boleh ditulis dalam satu ayat. Perkataan “nirantarāndhakārita-digantara-kandaladamanda-sudhārasa-bindu-sāndratara-ghanāghana-vṛnda-sandehakara-syandamāna-makaranda-bindu-bandhuratara-mākanda-taru-kula-talpa-kalpa-mṛdula-sikatā-jāla-jaṭila-mūla-tala-maruvaka-miladalaghu-laghu-laya-kalita-ramaṇīya-pānīya-śālikā-bālikā-karāra-vinda-galantikā-galadelā-lavaṅga-pāṭala-ghanasāra-kastūrikātisaurabha-medura-laghutara-madhura-śītalatara-saliladhārā-nirākariṣṇu-tadīya-vimala-vilocana-mayūkha-rekhāpasārita-pipāsāyāsa-pathika-lokān” adalah perkataan yang terpanjang dalam bahasa ini. Perkataan ini mengandungi 195 huruf Devanagari ataupun 428 huruf transliterasi tidak termasuk sempang.

Bahasa Tagalog juga mengandungi perkataan terpanjang. Perkataan “pinakanakakapagngitngitngitngitang-pagsisinungasinungalingan” adalah yang terpanjang dalam bahasa ini. Perkataan tersebut mengandungi 59 huruf. Bahasa ini adalah bahasa lekatan, pembentukan perkataan panjang boleh dilakukan dengan menambah imbuhan dalam kata dasar dengan kata hubung.

Bahasa Turki juga mengandungi perkataan terpanjang. Perkataan “Muvaffakiyetsizleştiricileştiriveremeyebileceklerimizdenmişsinizcesine” adalah yang terpanjang dalam bahasa ini dengan 70 huruf. Perkataan terpanjang yang lain ialah “Çekoslovakyalılaştıramadıklarımızdanmışsınızcasına” dengan 50 huruf dan perkataan “Afyonkarahisarlılaştırabildiklerimizdenmişsinizcesine” dengan 53 huruf.

 Bahasa Vietnam juga mengandungi perkataan terpanjang. Perkataan “nghiêng” adalah yang terpanjang dalam bahasa tersebut dengan tujuh huruf. Kata pinjaman yang terpanjang mengandungi 15 huruf iaitu “Kômixacjepxkaia” dan “Rôjơđextơvenxki”. Singkatan yang terpanjang dalam bahasa tersebut adalah “MTDTGPMNVN” dengan 10 huruf, “MTDTGPMNVN” adalah singkatan kepada “Mặt trận Dân tộc Giải phóng miền Nam Việt Nam”.

ahasa Jerman juga mengandungi perkataan terpanjang. Menurut “Guiness Book of World Records” pada tahun 1972, perkataan yang terpanjang dengan mengandungi 79 huruf adalah “Donaudampfschiffahrtselektrizitätenhauptbetriebswerkbauunterbeamtengesellschaft”. Dalam bahasa ini, nombor dalam perkataan boleh ditulis dalam satu ayat jika kurang daripada 1 juta. Sebagai contoh nombor 777 777 dalam bahasa ini adalah “siebenhundertsiebenundsiebzigtausendsiebenhundertsiebenundsiebzig” dengan 65 huruf.

Bahasa Suomi juga mengandungi perkataan terpanjang. Dalam kegunaan harian, perkataan “kolmivaihekilowattituntimittari” adalah yang terpanjang dengan 32 huruf. Perkataan tersebut bermaksud “Meter tiga fasa kilowatt jam.”. Istilah ketenteraan yang terpanjang adalah “lentokonesuihkuturbiinimoottoriapumekaanikkoaliupseerioppilas” dengan mengandungi 61 huruf. Menurut Guinness Book of Records perkataan tanpa majmuk yang terpanjang dalam bahasa ini adalah “epäjärjestelmällistyttämättömyydellänsäkäänköhän” dengan 48 huruf. Artturi Kannisto telah mencipta perkataan dengan 102 huruf iaitu “kumarreksituteskenteleentuvaisehkollaismaisekkuudellisenneskenteluttelemattomammuuksissansakaankopahan”.

Kesimpulannya, itu adalah antara bahasa yang mengandungi perkataan terpanjang. Pengiktirafan perkataan terpanjang dalam bahasa-bahasa tersebut adalah bergantung kepada penerimaan dan penggunaan oleh pihak tertentu melalui pelbagai jenis media. Malah bilangan huruf perkataan terpanjang dalam bahasa tertentu boleh mencapai tidak terhingga.  

Artikel disumbangkan oleh Alam Bahasa untuk The Patriots.