Perkataan-Perkataan Asal Bahasa Melayu Yang Dituduh Dipinjam Dari Luar

1,681

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia yang dituturkan oleh 250 juta orang di seluruh dunia. Bahasa ini dituturkan di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Australia dan Thailand.

Kata Pinjaman merupakan adaptasi perkataan daripada sesuatu bahasa kepada yang lain tanpa ada sebarang terjemahan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “kata pinjaman” telah ditakrifkan sebagai “perkataan yang diambil daripada bahasa asing”.

Tidak dinafikan, Bahasa Melayu sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh bermacam bahasa asing. Malah, kita menganggap perkataan seharian berasal daripada bahasa asing. Walhal, pengkaji bahasa telah mengesahkan sebaliknya.

Persoalannya, perkataan asli Melayu manakah yang kita sering anggap sebagai kata pinjaman? Barangkali artikel ini dapat menjawab sedikit soalan kita. Tumpuan penulis untuk artikel kali ini adalah “loghat” Johor-Riau, asas kepada Bahasa Melayu Piawai.

SURAT

Antara perkataan asli Melayu yang kita anggap sebagai kata pinjaman adalah “Surat (سورت)”. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersebut telah ditakrifkan sebagai “kertas yang ditulis”, “sesuatu yang tertulis”, “kiriman kertas yang ditulis dan dikirim kepada orang lain”, “sesuatu yang ditulis” serta “tulisan”.

Kita menganggap perkataan tersebut berasal daripada Bahasa Arab, “surah (سورة)”. Perkataan itu warisan Proto-Austronesia (PAN), *surat. Perkataan Melayu tersebut adalah kognat dengan perkataan “sunat”, “sulat”, “serat”, “suratra” dan “suat” masing-masing dalam bahasa Paiwan, Tagalog, Jawa, Malagasy dan Kadazan Dusun.

JALAN

Selain itu, “jalan (جالن)” adalah antara perkataan asli Melayu yang kita anggap sebagai kata pinjaman. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan tersebut telah ditakrifkan sebagai “tempat lalu lintas yang dibina daripada batu, tar, tanah merah dan lain-lain”, “ikhtiar”, “cara”, “akal”, “gerakan” serta “perkembangan sesuatu peristiwa”.

Kita menganggap perkataan tersebut berasal daripada Bahasa Sanskrit, “chalna”. Sebenarnya, perkataan tersebut diwarisi daripada Proto-Austronesia (PAN), *zalan. Perkataan Melayu tersebut adalah kognat dengan perkataan “razan”, “Ialan”, “Ralan”, “Jalai” dan “Ala” masing-masing dalam bahasa Kavalan, Maranao, Murut, Iban dan Hawaii.

TALI

Di samping itu, “tali (تالي)” adalah antara perkataan asli Melayu yang kita anggap sebagai kata pinjaman. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersebut telah ditakrifkan sebagai “serat yang dipintal panjang-panjang” serta “benda yang halus panjang-panjang untuk mengikat sesuatu”.

Kita menganggap perkataan tersebut berasal daripada Bahasa Tamil, “thaali”. Sebenarnya, perkataan tersebut diwarisi daripada Proto-Austronesia (PAN), *t͡salis. Perkataan Melayu tersebut adalah kognat dengan perkataan “tresi”, “tadi”, “teley”, “taloe” dan “tari” masing-masing dalam bahasa Tsou, Maanyan, Jarai, Aceh dan Maori.

KAKI

Kemudian, “kaki (کاکي)” adalah antara perkataan asli Melayu yang kita anggap sebagai kata pinjaman. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersebut telah ditakrifkan sebagai “bahagian tubuh yang bermula dari paha ke bawah”, “orang yang suka melakukan sesuatu” serta “orang yang terlalu gemar akan sesuatu”.

Kita menganggap perkataan tersebut berasal daripada Bahasa Hokkien, “khaki”. Sebenarnya, perkataan tersebut diwarisi daripada Proto-Austronesia (PAN), *qaqay. Perkataan Melayu tersebut adalah kognat dengan perkataan “qaqai”, “ai”, “ahe”, “aiva” dan “kaekae” masing-masing dalam bahasa Seediq, Bintuli, Nias, Batu Merah dan Tubetube.

KAPUR

Seterusnya, “kapur (کاڤور)” adalah antara perkataan asli Melayu yang kita anggap sebagai kata pinjaman. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan tersebut telah ditakrifkan sebagai “benda putih yang dibuat daripada kulit kerang yang dibakar” serta “bahan yang digunakan untukmenulis di papan hitam”.

Kita menganggap perkataan tersebut berasal daripada Bahasa Arab, “kafur (کافور)”. Sebenarnya, perkataan tersebut diwarisi daripada Proto-Austronesia (PAN), *qapur. Perkataan Melayu tersebut adalah kognat dengan perkataan “apui”, “aus”, “ahu”, “ahu” dan “yafi” masing-masing dalam bahasa Bunun, Palau, Tetun, Motu dan Buli.

MATA

Akhir sekali, “mata (مات)” adalah antara perkataan asli Melayu yang kita anggap sebagai kata pinjaman. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan tersebut telah ditakrifkan sebagai “alat pancaindera pada muka yang digunakan untuk melihat” serta “markah yang diperoleh dalam sesuatu ujian atau pertandingan”.

Kita menganggap perkataan tersebut berasal daripada Bahasa Sanskrit, “mata”. Sebenarnya, perkataan tersebut diwarisi daripada Proto-Austronesia (PAN), *mat͡sa. Perkataan Melayu tersebut adalah kognat dengan perkataan “moso”, “mata”, “matæ”, “madan” dan “mata” masing-masing dalam bahasa Hoanya, Hiligaynon, Ngaju, Biman dan Tonga.

AKHIR KATA

Kesimpulannya, itu adalah antara perkataan asli Melayu yang dianggap sebagai kata pinjaman daripada bahasa asing. Kognat perkataan seharian dalam Bahasa Melayu boleh ditemui di banyak bahasa serumpun.

Contoh bahasa serumpun adalah Amis, Yami, Hawaii, Malagasy, Samoa, Hawaii, Tagalog dan sebagainya. Malah, pengaruh asing yang terdapat di Malaysia tidak ditemui di pulau Hawaii dan begitu juga sebaliknya. Adat, agama dan kepercayaan adalah contoh pengaruh tersebut.

Apakah perkataan asli Melayu yang kami tertinggal? Berapa kerapkah penggunaan perkataan tersebut dalam kehidupan anda? Harap berikan ulasan anda di dalam ruang ulasan di bawah.

RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka: Kata Pinjaman. Dicapai pada 23hb September 2020 dari https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kata+pinjaman

How many people speak Indonesian? Dicapai pada 23hb September 2020 dari http://ipll.manoa.hawaii.edu/…/how-many-people-speak…/

Bahasa Melayu. Dicapai pada 23hb September 2020 dari https://www.mustgo.com/worldlanguages/bahasa-melayu-malay/

Omniglot: Malay. Dicapai pada 23hb September 2020 dari https://www.mustgo.com/worldlanguages/bahasa-melayu-malay/

Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dicapai pada 23hb September 2020 dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=johor+riau&d=175768&

Austronesian Comparative Dictionary: Surat . Dicapai pada 23hb September 2020 dari https://www.trussel2.com/acd/acd-lo_w.htm…

Austronesian Comparative Dictionary: Jalan. Dicapai pada 23hb September 2020 dari https://www.trussel2.com/acd/acd-s_z.htm…

Austronesian Comparative Dictionary: maCay. Dicapai pada 23hb September 2020 dari https://www.trussel2.com/ACD/acd-s_m.htm#8601

Al-Quran Tidak Meminjam Istilah. Dicapai pada 23hb September 2020 dari https://m.facebook.com/story/graphql_permalink/…

Beberapa Perkataan Sanskrit Dalam Bahasa Melayu Yang Digunakan Oleh Orang Biasa Pada Zaman Dahulu. Dicapai pada 23hb September 2020 dari https://m.facebook.com/story/graphql_permalink/…

Senarai Kosa Kata Asli Bahasa Melayu Yang Sering Disalah Anggap Berasal Daripada Bahasa Sanskrit, Tamil dan Cina. Dicapai pada 23hb September 2020 dari https://m.facebook.com/groups/531708060493604?view=permalink&id=934756280188778&ref=content_filter

Austronesian Comparative Dictionary: Rope. Dicapai pada 23hb September 2020 dari https://www.trussel2.com/acd/acd-s_c2.htm…

Austronesian Comparative Dictionary: Qaqay. Dicapai pada 23hb September 2020 dari https://www.trussel2.com/acd/acd-s_q.htm#27628

Austronesian Comparative Dictionary: Qapur. Dicapai pada 23hb September 2020 dari https://www.trussel2.com/ACD/acd-s_q.htm#4267

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.