Kebanyakan orang kita ini, tidak kiralah samada marhaen mahupun elitis masih lagi tiada kesedaran sivik yang betul dan menyeluruh. Ini kerana, rata-rata dapat di perhatikan bahawasanya trend membeli masih tidak berubah, walaupun kita berada di masa ataupun waktu yang amat genting serta mendesak.

Inilah kita memerlukan rasionalisme dan moraliti yang tinggi dalam usaha menjayakan usaha individual bagi mengurus pengekangan gelombang virus korona.

Memang benar kerajaan telah menyatakan bahawa tahap kepatuhan untuk tidak keluar di jalan raya sudah mencapai 92%. Namun jika kita lihat keadaan ketika membeli barangan, ianya masih lagi seakan-akan membeli seperti hari biasa di mana keadaan tidak ada situasi yang genting dan mendesak.

Tiadanya inisiatif yang komprehensif daripada pelbagai pihak swasta terutamanya pihak-pihak pengurusan pasaraya dalam menstruktur regulasi baharu dalam mengawal disiplin aktiviti membeli. Tiada kawalan komprehensif kadar belian barangan yang luar daripada kebiasaan.

Tiada inisiatif menyeluruh untuk mewujudkan tanda-tanda yang jelas serta paparan informasi jelas di kawasan membeli-belah bagi membantu menguatkuasa serta mengamalkan kaedah penjarakkan sosial yang betul ketika membeli-belah.

Tiada perlindungan komprehensif untuk juruwang, pekerja seperti cermin fleksibel, larangan laluan kawasan bekerja, bahkan ada yang tidak memakai sarung tangan, serta berselisih rapat di antara pelanggan dalam kesesakkan.

Kalau kita lihat di Jerman, pasaraya memainkan tanggungjawab yang besar dan jelas dalam mengadaptasi kaedah melawan virus korona yang betul.

Sebaik sahaja virus melanda negara mereka, mereka terus menstruktur pasaraya dengan memeriksa suhu di pintu masuk, meletakkan tanda-tanda jarak selamat di atas lantai, mereka memasang skrin perlindungan di tempat bayaran, jarak berdiri pada barangan, mengaplikasikan nirtunai, membekalkan semburan nyah jangkitan kepada setiap pekerja dan pelbagai lagi. Kawasan letak kereta mereka juga di kosongkan bagi setiap selang satu petak bagi tujuan penjarakan sosial juga.

Masalah yang sama juga dapat kita lihat di pasar-pasar basah, di mana orang ramai bersesak-sesak untuk membeli barangan basah. Jika kita perhatikan dengan lebih teliti di sini. Dapatlah kita kenal pasti dua jenis kesalahan dalam trend pembelian yang berlaku:

A) Pertama, majoriti yang pergi ke pasar adalah orang-orang tua yang mana agak culas dan kurang prihatin dalam mengamalkan penjarakkan sosial. Padahal, golongan yang paling rapuh dan kadar kematian terjangkiti dek Covid-19 ini ialah golongan tua.

Persoalanya, ke mana perginya tanggungjawab orang muda? Orang muda kebanyakannya lebih sedar akan tanggungjawab penjarakkan sosial ini. Mereka mampu mematuhi dan memenuhi keperluan ini secara fizikal walaupun terpaksa mengambil masa yang lama untuk membeli.

Namun kebanyakkan mereka lebih memilih untuk tidak mengambil alih tugasan ini dan membiarkan orang tua mereka bersesak-sesak membeli barangan keperluan.

B) Kedua barangan basah juga masih di letakkan secara terbuka dan tidak ada perlindungan komprehensif serta terbuka kepada potensi jangkitan.

Tiada had jumlah kemasukan pembeli pada satu-satu masa, tiada pemeriksaan suhu, tiada cermin perlindungan atau jarak meletakkan barangan basah yang melindungi barangan basah tersebut. Andaikata, ada yang batuk atau bersin di kawasan tersebut maka setiap orang di kawasan tersebut mempunyai risiko terkena jangkitan, juga melalui sentuhan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penulis, pembaca, pelajar Sijil Teknologi Senibina. Selain itu, meminati sejarah Alam Bina terutama seni bina tradisional dan moden kerana mempunyai kesenian serta falsafah yang tersendiri.

Comments are closed.