Perkaitan Liverpool Dan Titanic Yang Anda Tidak Tahu

860

Semalam, Liverpool dinobatkan sebagai juara EPL bagi musim ini. Tapi tahukah anda, sebenarnya di sebalik terkenalnya kelab Liverpool FC dengan bandar Liverpool, sebenarnya, Liverpool juga amat berkait rapat dengan Titanic! Berikut ialah fakta berkaitan Liverpool dan Titanic.

1. Walaupun tidak pernah sampai ke Liverpool, tapi sebenarnya Titanic amat dekat dengan Bandar Liverpool. Kesemua kapal White Star Line pada ketika itu didaftarkan di Liverpool. Ibu pejabat mereka pula terletak di Albion House,30 St James Street.

Gambar pertama atas menunjukkan Albion House pada 1912 Gambar kedua bawah pula menunjukkan ia pada masa kini dan dijadikan sebagai hotel 5 bintang dan dinamakan White Star Line Hotel.

2. Kapal-kapal yang memainkan peranan atau terlibat dengan Titanic kesemuanya didaftarkan di Liverpool.

Atas: SS Californian, kapal yang paling hampir dengan kedudukan Titanic ketika tragedi
Bawah: RMS Carpathia, kapal yang menyelamatkan mangsa Titanic.

3. Bahagian dapur Titanic direka dan dibina oleh syarikat dari Liverpool, iaitu syarikat Henry And Wilson.

Atas: Salah satu gambar bahagian dapur Titanic.
Bawah: Salah satu iklan syarikat.

4. Pemuzik Titanic diupah oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di Liverpool dan salah seorang pemuzik, Fred Clarke merupakan anak jati, Smithdown Road, Liverpool. Gambar: Anggota pemuzik Titanic, Fred Clarke berada di bawah sekali kiri.

5. Terdapat sebuah laluan di dalam Titanic dinamakan dari sebatang jalan di Liverpool, iaitu Scotland Road. Laluan ini merupakan laluan utama kru dan penumpang kelas ketiga.

Atas: Scotland Road Titanic.
Bawah: Scotland Road asal.

6. Kapten Smith merupakan penduduk Liverpool selama 40 tahun. Beliau menetap di Waterloo, Merseyside, Liverpool sebelum berpindah ke Southampton pada 1908.

7. Pemilik syarikat WSL, Joseph Bruce Ismay merupakan penduduk asal Liverpool. Dilahirkan di Crosby, Merseyside. Bapanya, merupakan pengasas syarikat White Star Line & Joseph dilantik menjadi pengarah selepas kematian bapanya pada 1899. Bruce Ismay terus tinggal di Liverpool sehingga 1920. Rumah agam milik beliau dinamakan sebagai Sundheys.

Atas: Thomas Ismay

Bawah: Joseph Bruce Ismay

8. Ketua Pegawai, Henry Wilde dilahirkan di Waterloo berhampiran Anfield. Henry merupakan ketua pegawai di atas kapal dan terkorban.

9. Kebanyakan kru kapal Titanic khususnya kru enjin kapal berasal dari Liverpool.1/10 dari keseluruhan kru mereka berasal ataupun berkait dengan Titanic.

10. Frederick Fleet, orang pertama yang melihat aisberg dilahirkan di Liverpool pada 1887. Pada malam kejadian, beliau bertugas bersama Reginald Lee.

11. Ini ialah sebahagian dari perhubungan yang melibatkan Titanic dan Liverpool. Segala kenangan Titanic dan Liverpool kini diabadikan di Merseyside Maritime Museum.

Selain itu, kenangan Titanic juga diabadikan di dalam buku Titanic Di Hujung Jari! Sekarang, boleh dapatkan diskaun 20% bersempena PBAKL online di Shopee. Layarilah pelayaran Titanic dengan air mata. Klik pautan ini untuk membuat pembelian: https://t.co/7RLhhYGA2b?amp=1 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.