Filem Fantastic Beast: The Crimes of Grindelwald mula ditayangkan di pawagam pada tahun 2018 tetapi penulis hanya berkesempatan untuk menonton filem ini pada tahun 2020 itupun sempena Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan angkara virus Covid-19.

Umum mengetahui filem kedua daripada francais Fantastic Beast ini merupakan kesinambungan daripada filem pertamanya dan berkongsi satu dunia magis yang sama dengan Harry Potter tetapi latar masa yang berbeza. Fantastic Beast berlatarkan tahun 1920-an manakala Harry Potter berlatarkan 1990-an.

Bagi sesiapa yang tidak pernah menonton siri filem Harry Potter, jujur saya cakap filem Fantastic Beast mungkin amat mengelirukan bagi anda yang baru hendak berjinak-jinak dan memahami dunia magis dengan plot cerita yang agak padat dan berbelit. Tetapi filem Fantastic Beast mengandungi beberapa elemen-elemen dan perkara ikonik yang menarik perhatian bagi para Potterhead.

  • Gellert Grindelwald
Jonnhy Depp sebagai Grindelwald. 

Nama Gellert Grindelwald pertama sekali disebut oleh Hermione Granger dalam filem Harry Potter and The D3athly Hallows Bahagian 1. Hermione membaca kisah mengenai Grindelwald di dalam buku yang ditulis Rita Skeeter bertajuk “The Life and Lies of Albus Dumbledore” dan menunjukkannya kepada Harry.

Harry pernah melihat Grindelwald mencuri The Elder Wand daripada Gregorovitch melalui imbasan dalam mindanya dan juga melihat gambar Grindelwald di rumah Bathilda Bagshot di Godrics Hollow tetapi tidak pernah mengenalinya sehingga diberitahu Hermione.

Dalam imbasan Harry juga pernah memaparkan bahawa Voldemort sendiri pergi bertemu Grindelwald di Azkaban untuk mencari The Elder Wand dan Grindelwald memberitahu Voldemort bahawa tongkat sakti tersebut tertanam bersama m4yat Dumbledore.

Satu perkara yang menghairankan, kebanyakan ahli sihir akan berasa t4kut dengan Voldemort sehinggakan nama Voldemort digantikan dengan You-Know-Who dek kerana t4kut menyebutnya. Tetapi apabila Grindelwald bertemu dengan Voldemort, tiada sedikit pun riak gerun di mukanya dan lebih menghairankan lagi Voldemort tidak membvnuh Grindelwald. Voldemort akan membvnuh sesiapa sahaja yang dia rasakan tidak lagi memberi manfaat kepadanya seperti dia membvnuh Gregorovitch tetapi lain pula ketika dia bertemu Grindelwald.

Sangat sedikit kisah Grindelwald di dalam sekuel Harry Potter, oleh sebab itu para peminat Harry Potter amat teruja untuk mengetahui siapakah sebenarnya Grindelwald dan kisahnya di dalam Fantastic Beast dan hubungannya dengan Albus Dumbledore.

  • Nagini
Nagini dalam bentuk asalnya sebelum menjadi ular.

Dalam siri Harry Potter, Nagini merupakan seekor ular yang menjadi haiwan peliharaan Voldemort. Nagini juga merupakan Horcrux terakhir Voldemort dan telah dibvnuh oleh Neville Longbottom menggunakan pedang Gryffindor. Namun tidak ramai yang tahu mengenai asal usul Nagini.

Di dalam filem Fantastic Beast kedua, Nagini merupakan seorang wanita yang cantik. Nagini merupakan seorang Maledictus iaitu seseorang yang mempunyai darah sumpahan dan akan berubah menjadi seekor ular setiap malam ketika tidur dan dikatakan suatu hari nanti dia akan kekal berada di dalam bentuk seekor ular dan tidak mampu untuk berubah menjadi rupa bentuk asalnya semula. Di dalam Fantastic Beast, Nagini mendampingi Credence dalam usaha mencari ibunya dan dilihat merupakan seorang yang baik dan persoalan bagaimana Nagini boleh menjadi pengikut Voldemort adalah yang ingin diketahui peminat Harry Potter.

  • Leta Lestrange
Leta Lestrange.

Nama Lestrange tidak asing lagi bagi para peminat Harry Potter. Bellatrix Lestrange merupakan seorang pengikut dan orang kanan Voldemort dan antara watak j4hat paling psikopat yang tidak teragak-agak untuk membvnuh. Bellatrix Lestrange telah membvnuh Alice dan Frank Longbottom iaitu ibubapa Neville Longbottom dan dipenjarakan di Azkaban. Selepas berjaya melarikan diri dari penjara, Lestrange mengumpul kekuatan bersama Voldemort dan telah membvnuh sepupunya sendiri Sirius Black.

Namun berbeza bagi Leta Lestrange. Leta Lestrange merupakan seorang perempuan yang mempunyai sifat yang amat kontradik dengan Bellatrix. Lestrange merupakan salah satu nama keluarga Perancis yang berdarah asli (pure blood). Peminat Harry Potter percaya bahawa Bellatrix Lestrange mempunyai kaitan dengan Leta Lestrange walaupun jauh.

Walaupun Leta Lestrange menyangka bahawa dia telah membvnuh adiknya Corvus Lestrange dan Leta sendiri terbvnuh ketika berhadapan Grindelwald, teori yang mengatakan Corvus Lestrange terselamat dan masih hidup adalah kuat kerana Bellatrix Lestrange (asalnya Bellatrix Black daripada keluarga Black) telah berkahwin dengan Rodolphus Lestrange. Rodolphus Lestrange pasti merupakan keturunan waris lelaki Lestrange.

  • Nicholas Flamel
Nicolas Flamel.

Nama Nicholas Flamel muncul dalam filem Harry Potter yang pertama iaitu Harry Potter and The Sorcerer’s Stone apabila Hagrid memberitahu Harry, Ron dan Hermione mengenai sebiji batu ajaib. Batu tersebut telah dicipta dan dimiliki oleh Nicholas Flamel iaitu seorang alkemis yang menggunakan batu tersebut untuk menghasilkan Elixir of Life dan membuatkan peminumnya menikmati hidup abadi.

Nicholas Flamel telah hidup sehingga usia 666 tahun menggunakan Sorcerer’s Stone sehingga batu tersebut dimusnahkan sebelum jatuh ke tangan Voldemort. Nama Nicholas Flamel hanya disebut tetapi wataknya tidak pernah ditonjolkan dalam filem.

Namun dalam Fantastic Beast kedua, peminat Harry Potter berasa teruja apabila dapat melihat watak Nicholas Flamel. Nicholas Flamel sudah sangat tua kerana telah hidup beratus tahun.

Dia mempunyai kulit yang sangat pucat seperti mayat hidup dan tulangnya sangat rapuh. Namun dalam satu babak di dalam filem di mana Flamel membuka sebuah almari kecil dan mengeluarkan sebuah buku dari dalam almari tersebut, dapat dilihat di dalam almari tersebut terdapat Sorcerer’s Stone yang diletak kemas di dalam sebuah balang kaca. Babak ini sangat penting untuk dikaitkan dengan dunia Harry Potter.

  • Yaxley

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa ada satu babak yang dipotong dalam Fantastic Beast 2 di mana Theseus Scamander dan Leta Lestrange menghadiri satu parti dan Theseus mahu bergaul dengan Yaxley tetapi Leta tidak menyenanginya. Kata-kata Leta Lestrange “It’s all blo0d with Yaxley” jelas menunjukkan bahawa Yaxley amat memandang tinggi status keluarga ahli sihir tulen dan memuja golongan pure bl0od apabila Yaxley sering menjadikan “blo0d” sebagai topik perbualan.

Maka tidak hairanlah keturunan Yaxley dalam filem Harry Potter and The Deathly Hallows Bahagian 1 iaitu Corban Yaxley menjadi D3ath Eater dan orang kuat Voldemort kerana keluarga Yaxley amat kuat memandang tinggi golongan ahli sihir tulen tanpa percampuran d4rah dengan orang biasa sama seperti ideologi yang dibawa Voldemort.

Orang biasa yang dipanggil Muggle ataupun ahli sihir berketurunan Muggle yang dipanggil Mudblo0d adalah amat jijik di mata mereka. Sebagai pegawai kementerian magik, Corban Yaxley juga menghadiri perbicaraan Elizabeth Catermole mengenai status d4rah yang dikendalikan Dolores Umbridge dan menafikan status ahli sihir Elizabeth hanya kerana dia berketurunan Muggle.

  • Profesor McGonagall

Walaupun terdapat perdebatan di antara para peminat Harry Potter bahawa Profesor McGonagall tidak sepatutnya berada di dalam Fantastic Beast yang berlatar masa tahun 1927 kerana ada pendapat mengatakan Profesor McGonagall lahir tahun 1930 tetapi tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian peminat Harry Potter berasa teruja apabila dapat melihat McGonagall sewaktu muda. Beberapa personaliti McGonagall yang ikonik seperti sering memberi dan menolak markah Houses diketengahkan.

Bagi peminat Harry Potter, umum memahami sistem pemarkahan kepada Houses. Dalam dunia Harry Potter, Profesor McGonagall adalah di antara guru yang paling kerap menganugerahkan markah kepada pelajar berdasarkan prestasi dan juga kerap menolak markah berdasarkan kesalahan pelajar. Dalam Fantastic Beast ketika Leta Lestrange membuat kesalahan menggunakan sihir ke atas pelajar lain dan melarikan diri, Profesor McGonagall mengejar Leta sambil mengugut untuk menolak markah rumah Slytherin sebanyak 100 atau 200 jika Leta tidak berhenti dan karakter tersebut kekal sehingga tua.

  • McLaggen

Dalam filem Harry Potter and The Half-Blo0d Prince, terdapat seorang pelajar lelaki yang meminati Hermione dan menyertai pasukan Quidditch Gryffindor untuk memikat hati Hermione. Pelajar tersebut adalah Cormac McLaggen. Dalam filem Fantastic Beast pula apabila pegawai-pegawai kementerian menerjah masuk ke dalam kelas Dumbledore ketika sesi pembelajaran terdapat seorang pelajar yang berkata kepada Ketua Penguatkuasa

Undang-Undang Magik bahawa Dumbledore merupakan guru terbaik yang mereka pernah ada dan Dumbledore membalas dengan ucapan “terima kasih, McLaggen” sebelum mengarahkannya beredar bersama Profesor McGonagall. Besar kemungkinan McLaggen dalam Fantastic Beast ini merupakan datuk atau moyang kepada Cormac McLaggen dalam Harry Potter.

  • The Boggart

Boggart merupakan seekor makhluk yang akan berubah kepada sesuatu yang ditakuti oleh orang yang berhadapan dengannya. Berhadapan Boggart termasuk dalam silibus pembelajaran dalam subjek Pertahanan Menentang Sihir Gelap (Defense Against the Dark Arts).

Objektifnya adalah untuk para pelajar berani menghadapi ketakutan masing-masing. Dalam Harry Potter and The Prisoner of Azkaban, guru kepada Harry Potter dalam subjek ini adalah Remus Lupin. Dalam Fantastic Beast subjek yang sama diajar Dumbledore kepada Leta Lestrange dan Newt Scamander menggunakan Boggart untuk mendepani ketakutan masing-masing lebih kurang 70 tahun lebih awal daripada Harry Potter mempelajarinya.

  • Thestrals

Thestrals merupakan makhluk yang mempunyai tubuh seakan-akan kuda cumanya Thestrals mempunyai paruh dan sayap dan sangat cengkung daripada kuda biasa sehingga menampakkan tulang serta keseluruhan badannya berwarna hitam. Thestrals muncul dalam Harry Potter and The Order of Pheonix.

Thestrals tidak dapat dilihat melainkan oleh seseorang yang pernah melihat kem4tian di depan matanya sebelum ini. Di antara Harry dan rakan-rakannya hanya Harry Potter dan Luna Lovegood yang dapat melihat Thestrals kerana Harry melihat Cedric Diggory m4ti dibvnuh di depan matanya manakala Luna melihat ibunya terbvnuh ketika dia masih kecil. Dalam Fantastic Beast, Thestrals digunakan sebagai kenderaan untuk memindahkan Gellert Grindelwald dari penjara sebelum Grindelwald bertindak melarikan diri.

  • The Deluminator
Ron dengan The Deluminator.

Terdapat satu babak yang dipotong di dalam Fantastic Beast 2 di mana Dumbledore mengambil cahaya dari lampu-lampu jalan menggunakan Deluminator iaitu sebuah alat seakan-akan pemetik api. Ianya ikonik kerana Deluminator merupakan alat pertama di babak pertama dalam filem Harry Potter yang pertama yang digunakan Dumbledore.

Pada ketika itu Dumbledore berada di jalan Privet Drive untuk menghantar Harry Potter yang masih bayi kepada keluarga Dursleys dan Dumbledore menggunakan Deluminator untuk mengambil cahaya daripada lampu-lampu jalan untuk menjadikan kawasan itu gelap supaya orang awam tidak dapat melihat mereka.

Deluminator juga telah diwasiatkan untuk diserahkan kepada Ron Weasley oleh Dumbledore apabila dia m4ti. Setelah bergaduh dan berpisah dengan Harry dan Hermione, Ron telah menggunakan Deluminator untuk menunjukkan jalan kembali kepada Harry dan Hermione.

  • Bowtruckle

Dalam filem Harry Potter and The D3athly Hallows Bahagian 1, ketika ahli The Order of Pheonix mahu memindahkan Harry dari rumah saudaranya di Privet Drive ke rumah Weasley, Hagrid telah ditugaskan oleh Alastor Moody untuk membawa Harry. Jika anda perasan Hagrid ada berkata kepada Harry:

“I brought you here 16 years ago when you were no bigger than a Bowtruckle. Seems only right that I should be the one to take you away now.”

Pada waktu itu tiada siapa mengetahui apakah Bowtruckle dan bagaimana rupanya sehinggalah keluarnya filem Fantastic Beast. Bowtruckle adalah satu makhluk kecil seperti dahan dan daun tumbuhan dan merupakan makhluk yang sangat pemalu. Newt Scamander membawa Bowtruckle ke mana sahaja kerana makhluk ini mempunyai kebolehan untuk membuka segala jenis kunci.

  • The Mirror of Erised

Dalam Harry Potter and The Sorcerer’s Stone, Harry Potter secara tidak sengaja menjumpai The Mirror of Erised. Cermin ini akan menunjukkan apa yang paling diinginkan oleh hati seseorang yang berdiri di hadapannya. Harry Potter melihat ibu dan bapanya yang telah m4ti dibvnuh Voldemort dalam cermin ini. Dalam Fantastic Beast, Dumbledore berdiri di hadapan cermin ini dan melihat dirinya dan Grindelwald memeterai satu sihir yang dipanggil ‘blo0d pact’ di mana mereka tidak boleh menentang di antara satu sama lain.

  • House Hufflepuff

Semua sedia maklum bahawa Hogwarts diasaskan oleh 4 ahli sihir agung iaitu Godric Gryffindor, Helga Hufflepuff, Rowena Ravenclaw, dan Salazar Slytherin. Maka setiap pelajar akan dibahagikan kepada 4 buah kumpulan rumah sempena nama-nama pengasas ini oleh Sorting Hat melalui personaliti pelajar tersebut. Peminat Harry Potter mungkin sudah mengenali karakter-karakter daripada rumah Gryffindor, Slytherin dan Ravenclaw. Harry Potter, adik beradik Weasley, Hermione Granger, Neville Longbottom dan ramai lagi semuanya dari rumah Gryffindor.

Draco Malfoy pula dari rumah Slytherin dan Slytherin begitu sinonim dengan kejahatan disebabkan ahli sihir jahat yang menjadi D3ath Eater dan pengikut Voldemort kebanyakannya daripada Slytherin. Luna Lovegood dan Cho Chang daripada Ravenclaw dan nama Ravenclaw juga menonjol ketika Harry mencari mahkota Rowena Ravenclaw yang hilang. Harry juga berjumpa dengan Helena Ravenclaw untuk mencari mahkota tersebut. Kesemua mereka merupakan watak yang memainkan peranan penting dalam plot penceritaan Harry Potter tetapi tiada seorang pun daripada mereka adalah Hufflepuff.

Mungkin jika kita ingat Cedric Diggory adalah merupakan Hufflepuff tetapi wataknya timbul hanya ketika di dalam Harry Potter and The Goblet of Fire dan juga m4ti dibvnuh di dalam siri Harry Potter tersebut. Selepas daripada itu House Hufflepuff tidak lagi mempunyai watak penting yang ditonjolkan melainkan watak-watak sampingan.

Dalam siri Fantastic Beast, Newt Scamander adalah merupakan salah satu watak utama dalam siri tersebut dan Newt Scamander merupakan Hufflepuff sewaktu dia belajar di Hogwarts. Setiap rumah mempunyai personaliti tersendiri. Gryffindor dengan keberanian, Slytherin dengan kelicikan, Ravenclaw dengan kebijaksanaan, dan Hufflepuff dengan kesetiaan.

Mungkin ramai dapat menilai personaliti ahli-ahli rumah Gryffindor, Slytherin dan Ravenclaw, tetapi penilaian kepada ahli Hufflepuff agak kabur. Melalui Newt Scamander yang merupakan Hufflepuff yang terkenal dengan kesetiaan kita dapat bersetuju bahawa Newt Scamander sememangnya seorang yang setia apabila dia pergi ke Paris semata-mata untuk mencari Tina Goldstein walaupun tidak mempunyai permit perjalanan ke luar negara.

RUJUKAN:

  1. Magical World of Harry Potter. David Colbert. 2001. Penguin Groups, London.
  2. Every Harry Potter Easter egg we spotted in Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald. Louise Blain. 20 November 2018
  3. https://harrypotter.fandom.com/
  4. https://www.wizardingworld.com/

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Knowledge is not power. Knowledge is knowledge, power is power. But knowledge is the key to power. Without a proper fortune you shall perish. Pelajar Sarjana Muda Syariah & Undang-undang. Mengagungkan pelbagai cabang ilmu, tapi tak semua. Mempunyai visi tersendiri dalam menyubur masyarakat dengan ilmu. Seorang Potterhead.

Comments are closed.