Perkahwinan Sesama Keluarga Dalam Tamadun Mesir Purba

0
1520
views

Artikel ini akan membawa kita jauh  menuju ke gurun di Mesir dimana firaun memerintah. Untuk lebih 3000 tahun, firaun merupakan ketua agama dan ketua politik dikalangan masyarakat tamadun Mesir Purba. Firaun memegang gelaran ‘Lord of the Two Lands’ yang bermaksud pemerintah dua daerah.

Ini kerana Mesir Purba terbahagi kepada ‘Upper’ dan ‘Lower’. Di utara terletaknya ‘Upper Egypt’ manakala di selatan terleraknya ‘Lower Egypt’. Terminologi ini diberi berikutan aliran air Sungai Nil dari tanah tinggi Afrika Timur, sehingga ke Laut Mediterranean di utara. Firaun juga memegang gelaran ‘High Priest of Every Temple’ yang bermaksud pendeta tertinggi di kuil-kuil Mesir. Selain itu, firaun turut dianggap sebagai ‘tuhan di muka bumi’.

Seperti yang telah saya kupas tentang keluarga diraja eropah, keluarga diraja Mesir Purba juga mengamalkan pembiakbakaan-dalaman (‘inbreeding’) bagi mengekalkan ketulenan darah keluarga mereka. Pembiakbakaan-dalaman ini boleh kata diamalkan oleh setiap dinasti di dalam tamadun Mesir Purba.

Firaun bukan sahaja mengahwini adik beradik lelaki atau perempuan mereka, firaun juga turut mengahwini anak saudara mereka (anak kepada adik beradik). Perkara ini diamalkan berikutan kepercayaan kuno ketika itu, bahawa Dewa Osiris berkahwin dengan adik perempuannya sendiri iaitu Dewi Isis.

Contoh yang diberi adalah dari dua dinasti keluarga diraja tamadun Mesir Purba. Pembiakbakaan-dalaman telah menyebabkan terhentinya salah satu daripada dinasti tersebut.


Diantara perhiasan harta karun yang terdapat di dalam makan Tutankhamun.
Kredit: https://www.bournemouth.co.uk/imageresizer/?image=%2Fdmsimgs%2FTutankhamun_Exhibition_Mummies_76879659.png&action=ProductDetail

Tutankhamun merupakan seorang firaun di era Kerajaan Mesir Baru, ‘New Kingdom’ pada 3300 tahun yang lalu. Dikenali sebagai Raja Kanak-Kanak (Boy King). Tutankhamun menaiki takhta sebagai firaun ketika berumur 9 tahun dan memerintah selama 10 tahun sehaja sebelum beliau mati berumur 19tahun, kira-kira pada tahun 1324 SM. Pemakaman Tutankhamun ditemui pada tahun 1922. Ia dipenuhi harta karun bertatahkan emas termasuk sebuah topeng (death mask) yang diperbuat daripada emas padu.

Sehingga tahun 2010, tiada apa yang diketahui tentang susur galur Tutankhamun. Ia hanya kemudian apabila ujian DNA dilakukan ke atas mumia Tutankhamun beserta 9 mumia-mumia firaun yang lain dibenarkan oleh kerajaan Mesir.

Berdasarkan hasil ujian DNA tersebut, mumia Tutankhamun bersama-sama mumia firaun yang lain disyaki mempunyai hubungan darah (“saudara terdekat”). Sampel DNA yang diambil dari tulang Tutankhamun mendedahkan misteri yang menyelubungi “firaun muda” ini. Hasilnya susur galur keluarga selama 5 generasi dapat dibina melalui ujian ini.

Ujian DNA tersebut mendapati, bahawa Firaun Amenhotep III merupakan datuk kepada Tutankhamun. Di mana sewaktu pemerintahannya, Mesir Purba berada dalam keadaan aman damai. Manakala, Tiye merupakan nenek kepada Tutankhamun.

Amenhotep III dan Tiye ini mempunyai 3 orang anak lelaki, dan 5 orang anak perempuan. Di mana salah satu daripada anak lelaki mereka iaitu Akhenaten menjadi pewaris dan Firaun seterusnya.

Akhenaten merupakan bapa kepada Tutankhamun. Manakala identiti ibu kepada Tutankhamun masih kekal misteri. Terdapat ujian DNA ke atas mumia yang dikatakan ibu kepada Tutankhamun juga pada masa yang sama mengesahkan bahawa individu tersebut merupakan salah seorang daripada 5 anak perempuan Amenhotep III dan Tiye itu tadi. Ini bermakna, Akhenaten mengahwini adik perempuannya sendiri !

Amalan pembiakbakaan-dalaman ini turut diamalkan Tutankhamun sendiri apabila mengahwini Ankhesenpaaten, yang merupakan adik perempuan tiri (1 bapa) kepada Tutankhamun. Mereka mempunyai 2 orang anak perempuan tetapi keduanya dilahirkan mati, atau telah gugur (stillbirth).

Di antara perhiasan harta karun yang terdapat di dalam makan Tutankhamun.

Lakaran makam Tutankhamun. Makam ini dijumpai oleh Howard Gate & Lord Carnavron pada tahun 1922. Kredit: https://dz0zjhi21dz2t.cloudfront.net/media/108578/photos/821509/2048.jpg

Kesan Pembiakbakaan-dalaman.

Waqaf Saham

Kesan amalan pembiakbakaan-dalaman dikalangan keluarga diraja Mesir Purba ini menyebabkan selalunya terjadi keguguran didalam kelahiran. Selain itu penyakit yang disebabkan oleh kerosakan genetik turut terjadi kesan dari amalan ini.

Impaknya dialami oleh Tutankhamun sendiri apabila ujian DNA yang dibuat bagi mengenal pasti susur galur Tutankhamun turut mendedahkan bahawa firaun tersebut mempunyai beberapa masalah kesihatan.

Tutankhamun mempunyai kaki yang cacat, oleh sebab nekrosis tulang yang memaksa Tutankhamun berjalan menggunakan tongkat. Tutankhamun juga mempunyai sumbing serta tulang belakang yang melengkung. Selain itu, beliau turut berdepan dengan masalah keradangan akibat mempunyai sistem imun yang lemah. Keadaan kesihatan Tutankhamun yang terjejas ini, bukanlah penyebab kematiannya diusia muda, tetapi ia menyumbang kepada kemerosotan taraf kesihatan beliau.

Selain daripada masalah-masalah diatas, Tutankhamun patah kaki kanannya serta turut dipercayai bahawa beliau mempunyai penyakit malaria yang teruk. Segala gejala permasalahan kesihatan inilah menyebabkan beliau mati berumur 19tahun. Seperti Charles II dari dinasti Habsburg di Sepantol, akibat ketiadaan pewaris, Tutankhamun merupakan Firaun yang terakhir didalam dinastinya.

*Malaria yang dihidapi Tutankhamun adalah disebabkan oleh parasit Plasmodium falciparum. Malaria jenis ini paling bahaya berbanding jenis lain seperti Plasmodium vivax & Plasmodium malariae.

Dinasti Ptolemaic

Cleopatra VIII, merupakan Firaun yang paling terkenal di dalam Dinasti Ptolemaic dan juga merupakan Firaun terakhir di dalam Tamadun Mesir Purba. Dinasti Ptolemaic memerintah tamadun Mesit Purba selama 275 tahun dari tahun 305 SM sehingga tahun 30 SM.

Amalan sumbang mahram diantara kerabat Dinasti Ptolemaic ini biasa dilakukan. Sehinggakan Ptolemy II diberikan gelaran ‘Philadelphus’ merujuk kepada perkahwinan dengan adik perempuannya Arsinoe II. Amalan perkahwinan dengan adik beradik ini, diteruskan oleh firaun-firaun kemudian.

Walaubagaimanapun, waris kepada Ptolemy II itu tadi, iaitu Ptolemy III dan zuriatnya yang lain tidak mengahwini adik beradik mereka, tetapi perkahwinan dengan sepupu diamalkan. Iaitu perkahwinan Ptolemy III dengan sepupu tiri beliau Berenike II.

Ia hanya pada 1 generasi kemudian, dimana amalan perkahwinan diantara adik beradik (1 ibu dan bapa) kembali diteruskan dengan perkahwinan Ptolemy IV dan Arsinoe III. Ptolemy V merupakan zuriat pertama terhasil melalui hubungan perkahwinan diantara adik beradik Ptolemaic.

‘Trend’ ini diteruskan didalam keluarga kerabat diraja ini sehingga kelahiran Cleopatra VII. Bapanya Ptolemy XII, manakala ibunya Cleopatra V merupakan adik kepada bapanya sendiri!

Perkahwinan diantara adik beradik dilkalangan keluarga diraja Ptolemy ini bermakna menjamin ketulenan darah Macedonia dan Mesir itu sendiri. Ini bagi menghalang pengaruh luar dari memasuki seterusnya merampas Mesir dari keluarga diraja Dinasti Ptolemaic.

Sesuatu yang menakjubkan adalah, walaupun dengan pembiakbakaan-dalaman di antara mereka, tiada seorangpun dari mereka memiliki penyakit-penyakit genetik. (*yang diketahui). Seolah-olah pembiakbakaan-dalaman ini memihak kepada mereka (Dinasti Ptolemaic) untuk memerintah tamadun Mesir Purba selama 275 tahun.

Ptolemy II ‘Philadelphus’.
Kredit: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/69/Ptolemy_II_MAN_Napoli_Inv5600.jpg/220px-Ptolemy_II_MAN_Napoli_Inv5600.jpg
Susur galur keluarga diraja Dinasti Ptolemaic
Kredit: https://html2-f.scribdassets.com/2a8a59lji81s8y9m/images/5-c1f039d39d.jpg

Rujukan;

Hamilton J. Frail and sickly, King Tut suffered through life. NPR website. February 16, 2010. http://www.npr.org/templates/story/story.php?storyId=123781211.

Ancestry and Pathology in King Tutankhamun’s Family https://jamanetwork.com/journals/jama/fullarticle/185393

Than K. King Tut mysteries solved: was disabled, malarial, and inbred. National Geographic website. February 16, 2010. http://news.nationalgeographic.com/news/2010/02/100216-king-tut-malaria-bones-inbred-tutankhamun.

Elshazly H. Familiarity breeds: incest and the Ptolemaic dynasty. Journal of Hellenic Studies. 2005;125:1-34. http://www.academia.edu/1897963/Ager_Familiarity_Breeds_Incest_and_the_Ptolemaic_Dynasty.