Penularan COVID-19 mengingatkan semua tentang kepentingan kesihatan. Negara-negara maju mampu mengukuhkan sektor dengan hanya satu perbincangan dalam dewan perwakilan. Malaysia bernasib baik kerana mempunyai ekonomi yang mapan.

Walau bagaimanapun, negara-negara Afrika misalnya tidak boleh menghela nafas lega meskipun jika COVID-19 berjaya diselesaikan esok hari. Kerana rakyat mereka masih bergelumangan dalam ambang bαhαyα, dengan penularan malaria. Pada tahun 2019, seramai 409,000 orang di Afrika meninggal dunia kerana malaria. Sangat tinggi.

Penyakit malaria berlaku kerana lima spesis parasit (bukan virus) kumpulan Plasmodium, yang dibawa air liur nyamuk. Jadi nyamuk gig.it; parasit pun masuk dalam salur dαrαh dan membiαk dalam hati manusia (Caraballo & King, 2014).

Kitaran penularan malaria.

Permulaan simtom berbeza mengikut spesis parasit. Kalau Plasmodium falciparum, selalunya 9-30 hari selepas jαηgkitαη dengan demam panas berbatuk kering. Ada yang tidak dapat menggerakkan anak mata pada arah sama (Bartoloni & Zammarchi, 2012); bayangkan mata kiri bergerak… tapi mata kanan statik.

Sesiapa yang hamil memang mimpi ηgeri habis. Kalau kandungan tidak gμgμr; silap-silap imuniti bayi terlalu terjejas sampai boleh meninggal pada bila-bila masa (Hartman, et al., 2010).

Bayi yang terkena malaria.

Kalau tengok guna perspektif begini, memang betul pun apa yang golongan liberal bisingkan. Katanya industri kesihatan hanya terhegeh-hegeh bertindak apabila penyakit berskala besar (COVID-19) berlaku. Untuk COVID-19 bukan main laju boleh buat vaksin yang berkesan dan selamat.

Tetapi untuk rakyat Afrika yang sengsara, kena tunggu lama. Tetapi sebenarnya, naratif sebegini kurang tepat. Vaksin COVID-19 laju sebab permintaan tersangat tinggi iaitu seluruh dunia. Vaksin malaria lambat sebab permintaan tinggi dalam satu benua khas (Afrika).

Usaha untuk membangunkan vaksin malaria sudah bermula sejak 1980-an, apabila GlaxoSmithKline (GSK) Vaccines terlibat dalam zon kesihatan Afrika. Pihak GSK kemudian berpakat dengan Walter Reed Institute of Research di Maryland, Amerika Syarikat.

Dan kedua-dua pihak ini mendapat dana hasil gandingan inisiatif PATH Malaria Vaccine dan Yayasan Bill and Melinda Gates (BMGF). Memang Bill Gates sangat aktif dalam matlamat BMGF iaitu penghαpμsαη malaria.

Gigih mereka jalani ujian klinikal untuk beberapa sebatian. Hanya sebatian RTS,S/AS01 sahaja yang mendapat kadar keberkesanan sekitar 26 hingga 50 peratus. Benar, 50 peratus sebenarnya rendah. Tetapi lebih baik daripada tiada langsung.

Dan pada Julai 2015, RTS,S mendapat kelulusan pertama daripada Agensi Perubatan Eropah. Beberapa bulan kemudian, pihak WHO bercadang untuk menguji RTS,S secara besar-besaran di Afrika. Ujian ini adalah untuk melihat kadar keberkesanan jangka panjang. Mereka perlu tahu banyak benda: 1) berapa banyak dos diperlukan, 2) masa antara setiap dos dan 3) isipadu sebenar setiap dos.

Orang yang tiada di sini boleh selamba cakap uji kaji. Tetapi cuba tanya: apa sumbangan anda pada mereka?

Sini semua nampak betapa susahnya nak roll out vaksin. Untuk RTS,S, mereka menguji dengan empat dos. Nampak banyak – tetapi itulah kenyataan, yang mana ramai hilang arah dan menggelabah lebih apabila COVID-19 memerlukan dos penggalak.

Tetapi dengan empat dos inilah, saintis berjaya mengurangkan kadar penularan malaria sebanyak 70 peratus untuk malaria secara keseluruhan (Roxby, 2021). Bayangkan – dalam ujian 50 peratus; dalam lapangan 70 peratus. Macam mana boleh naik? Sebab ada ubat-ubatan anti-malaria.

Yakin pada dapatan ini, pihak WHO meluluskan RTS,S yang dijenamakan sebagai Mosquirix. Bukan senang untuk menewaskan Plasmodium falciparum. Kalau ikut dapatan rasmi, spesis inilah paling aktif dan kuat. Kadar keberkesanan empat dos Mosquirix hanya mengekang 30 peratus daripada kes falciparum (Maxmen, 2021).

RUJUKAN:

Bartoloni, A., & Zammarchi, L. (2012). Clinical aspects of uncomplicated and (ditapiskan) malaria. Mediterranean Journal of Hematology and Infectious (ditapiskan). 4 (1): e2012026.

Caraballo, H., & King, K. (2014). Emergency department management of mosquito-borne (ditapiskan): malaria, dengue and the West Nile virus. Emergency Medicine Practice. 16 (5): 1-23.

Hartman, T., et al. (2010). The impact of maternal malaria on newborns. Annals of Tropical Paediatrics. 30 (4): 271-282.

Maxmen, A. (2021, Oktober 8). Scientists hail historic malaria vaccine approval – but point to challenges ahead. Nature.

Roxby, R. (2021, Ogos 26). Trial suggests malaria (ditapiskan) could be cut by 70%. BBC.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.