Suatu virus memang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Tetapi kesannya sampai boleh mengeluarkan air mata. Jika semua negara melaksanakan sekurang-kurangnya perintah kawalan, mungkin koronavirus yang menimpa dunia boleh ditewaskan dengan rapi.

Satu-satunya cara untuk mengalahkan COVID-19 ialah menyekat penularan dan merawat semua mangsa. Tetapi bagaimana untuk mencegah secara sepenuhnya?

Persoalan itulah terpahat dan terbuku dalam minda saintis yang sedang bergegas untuk mendapatkan suatu penampan. Umumnya COVID-19 masih belum mempunyai vaksinasi lagi.

Teknologi kesihatan baharu telah memangkinkan kemudahan untuk membangunkan vaksin terbaik terhadap COVID-19.

Pertama sekali, suatu vaksin bukan saja perlu berkesan – ia juga wajib sewajib-wajibnya selamat digunakan, yang selalunya terjamin dalam proses vaksinasi.

Tetapi tempoh kejayaan suatu vaksin bagi COVID-19 – jika betul-betul berjaya – mungkin memerlukan penantian berbulan hingga bertahun pun (Sheikh & Thomas, 2020).

Hanya selepas China berkongsi maklumat mengenai 2019-nCoV, barulah pasukan-pasukan saintis sedunia mula bergegas.

Dan dalam masa beberapa jam, penyelidik-penyelidik di Institut Kesihatan Maryland telah menemui kod genetik yang boleh membangunkan vaksin.

Bagaimana Kelawar Boleh Hidup Dengan Banyak Virus

Pada 29 Januari 2019, sepasukan saintis di Beijing telah menyiapkan kertas kajian mengenai koronavirus.

Menurut mereka, kalau berlaku suatu krisis penularan koronavirus, semestinya ia akan bermula dari China (Yi, et al., 2019). Kebijaksanaan mereka menjadi kenyataan hujung tahun itu apabila kes-kes keradangan mula dilaporkan di Wuhan.

Semua kes tersebut mempunyai hubungan dengan Pasar Borong Makanan Laut Huanan – yang sebenarnya tidak hanya menjual makanan laut.

COVID-19 disyaki berpunca daripada amalan pemakanan kelawar ladam (vespertilio ferrum-equinum). Satu hipotesis lagi menyatakan sumber asal virus ialah tenggiling bersisik (manis pentadactyla).

Tetapi senang kata, kedua-dua haiwan ini dijual secara meluas di pasar borong tersebut.

Tetapi kalau kelawar ladam tersebut ada virus, macam mana ia hidup? Kerana itulah fitrahnya – membawa virus. Bukan COVID-19 sahaja, SARS-CoV, MERS-CoV, Ebola dan Marburg pun sama juga.

Sistem imunisasi kelawar dikatakan sangat “garang” sampai virus bagai pisang untuk dipijak saja (Berkeley, 2020).

Toleransi terhadap virus dipercayai berpunca kerana kelawar sentiasa berterbangan dala kadar metabolisme tinggi.

Bagi setiap minit kelawar terbang, metabolismenya ibaratkan dua minit haiwan perosak seperti tikus berlari.

Pejuang Pembebasan Manusia Daripada COVID-19

Kemajuan perubatan sekarang berpunca daripada pen(yalah)gunaan haiwan sebenarnya. Sepertimana haiwan di(salah)guna demikian hari di Wuhan, nampaknya begitulah haiwan lain terpaksa di(salah)gunakan juga.

Tetapi saintis tidak mengujikaji kelawar ladam (atau tenggiling bersisik) sebenarnya.

Sebaliknya saintis-saintis telah membuat pesanan besar untuk tikus, hamster dan monyet (Gorman, 2020). Bermula dengan tikus digubah secara genetik yang akan didedahkan dengan COVID-19.

Masalah berbangkit jika tikus tidak menunjukkan tindakbalas kesihatan. Ia perlu jatuh s4kit untuk kajian dimulakan. Kalau tidak bertindakbalas terhadap j4ngkitan, usaha untuk menguruskan simtom menjadi sia-sia.

Menurut kajian daripada China, tikus yang didedahkan boleh j4ngkit dan jatuh s4kit. Jadi dengan menggunakan tikus, saintis mengharapkan suatu solusi untuk menyelesaikan w4bak yang semakin mengg4n4s ini.

RUJUKAN:

Gorman, J. (2020, March 14). These lab animals will help fight coronavirus. New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/03/14/science/animals-coronavirus-vaccine.html

Sheikh, K., & Thomas, K. (2020, January 28). Researchers are racing to make a coronavirus vaccine. Will it help? New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/01/28/health/coronavirus-vaccine.html

Yi, F., et al. (2019, January 29). Bat Coronaviruses in China. MDPI. Retrieved from https://www.mdpi.com/1999-4915/11/3/210

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.