Tiada siapa sangka filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan jadi fenomena luar biasa. Sampai ada satu page ni buat ulasan. Tidak pastilah jika page ini dijaga siapa. Macam pelik pula hujahnya. Namun malang sekali, page ini digunakan untuk menghamburkan kata-kata ralat terhadap Mat Kilau. Maka kami terpanggil untuk menjawab beberapa tuduhan tidak berasas:

Filem ini mungkin menggambarkan tentang permulaan nasionalisme Melayu pada zaman penjajahan British. Tetapi saya ragu bahawa seseorang boleh menyebut Mat Kilau sebagai seorang nasionalis yang memperjuangkan bangsa atau agamanya. Beliau dan pengikutnya terlibat dalam konfrontasi dengan British dalam usaha untuk mengembalikan dasar ekonomi yang bermoral.

Tindakan British merasionalkan pentadbiran telah mengganggu status quo yang sedia ada telah membawa kepada pemberontakan. Hujah ekonomi moral pada asasnya adalah mengenai sifat konservatif kaum tani. Mereka bukan revolusioner atau nasionalis tetapi pasukan konservatif. Jika status quo mereka terganggu, mereka mungkin bangkit untuk mengembalikan hak mereka.

Kenyataan di atas membawa perspektif bahawa “Mat Kilau berjuang untuk ekonomi moral, bukan agama atau bangsa”. Perspektif ini bertambah kukuh setelah mengamati kenyataan dalam bahasa Inggeris pula:

The movie might imagine the beginnings of Malay nationalism during the British period but I doubt that one could term Mat Kilau as a nationalist who fought for his race or religion. It was the pursuit of moral economy that predisposed him and his followers to engage in confrontation with the British. It was just that the British by rationalising the administration disturbed the prevailing status quo leading to the rebellion.

The moral economy argument is essentially about the conservative nature of the peasantry. They are not revolutionaries or nationalists but a conservative force. If the status quo is disturbed, they might rise to rectify matters. In other words, Mat Kilau was not a revolutionary or nationalist but a peasant leader who rose up to rectify the situation that was abruptly changed by the British administration.

Pertama sekali, perjuangan Mat Kilau bukannya untuk mengembalikan “ekonomi moral” semata-mata. Memang benar, hak petani sudah digugat penjajah. Prinsip ekonomi moral adalah untuk mengembalikan hak tempatan yang tergugat faktor asing (Gotz, 2015). Menyempitkan perjuangan Mat Kilau pada dasar ekonomi adalah sama seperti menyempitkan punca berlakunya Perang Dunia Pertama – iaitu kerana Franz Ferdinand ditembak mati.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Umumnya, Perang Dunia Pertama tercetus secara rantaian selepas pembunuhan Franz Ferdinand. Walau bagaimanapun pembunuhan ini hanyalah percikan api pada minyak yang sudah lama mendidih. 20 juta anggota tidak terbunuh semata-mata untuk menuntut bela kematian seorang bangsawan bermisai tanglung. Majoriti konflik menuruti resmi sama:

  • Perang 100 Tahun tidak terjadi kerana pergelutan dinasti Perancis semata-mata.
  • Perang Salib tidak berlaku kerana Sultan Alp Arslan letak kaki pada muka Maharaja Byzantium.
  • Perang Troy tidak berlaku kerana Menelaus tidak pandai jaga isteri.

Semua konflik ada rantaian tersendiri. Hairannya apabila konflik melibatkan Mat Kilau, boleh pula penulis main perspektif sendiri: “oh, bukan sebab perjuangan agama. Tetapi sebab ekonomi.” Itu bukan sama sekali perspektif sebenar.

Mat Kilau sememangnya berjuang pada landasan nasionalisme. Beliau meninggalkan pesanan kepada ahli-ahli keluarganya bahawa, “kita kena jaga agama, jaga bangsa dan bangsa kita bangsa berdaulat yang beraja sebab sistem beraja ini adalah sistem yang hampir dengan sistem khalifah ianya boleh menyatukan kita menjadi satu bangsa yang berdaulat dan disegani di dunia.” (Samudera, 2022).

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sama ada Mat Kilau berkata betul atau salah, itu tidak penting. Kata-katanya jelas mencirikan semangat nasionalisme, iaitu “ketaatan dan kesetiaan pada nilai kebangsaan melebihi keperluan negara-negara lain”. Saban zaman, nilai nasionalisme ditambah baik kerana pengalaman banga-bangsa sedunia. Namun kalau kita rujuk definisi nasionalisme pada tahun 1930, nampak sangat perjuangan nasionalisme Mat Kilau.

Menurut Royal Institute of International Relations (RIIR), nasionalisme mewakili semangat:

  1. Kenegaraan: sebuah perjuangan berkerajaan tunggal.
  2. Kekitaan: masing-masing mesti berasa terikat antara satu sama lain.
  3. Keunikan: perjuangan mesti berbeza dengan ruh serba unik lagi tersendiri.
  4. Sempadan
  5. Kepentingan bersama: mesti ada satu perkara yang dikongsi secara berjemaah.
  6. Gambaran mentaliti: perjuangan nasionalis secara berindividu tetapi mentalitinya tetap sama.

Maka rujuk balik kata-kata Mat Kilau. Unsur kenegaraan sudah jelas melalui amalan sistem beraja. Ada tidak Mat Kilau suruh semua ikut Arab, British atau Uthmaniyah? Tiada. Mat Kilau bersyarah perihal unsur kekitaan yang dijadikan tonggak kepentingan bersama. Malah daripada syarahan beliau, nampak jelas lagi nyata perkara-perkara berasaskan keunikan. Dan semua semangat ini menggambarkan mentaliti Mat Kilau yang sama seperti Melayu lain. Malah nilai sempadan pun ada. Perjuangan Mat Kilau bersifat tempatan, bukannya antarabangsa seperti membebaskan tanah luar negara daripada penjajahan British.

Berdasarkan definisi RIIR sendiri, Mat Kilau adalah nasionalis. Mengetepikan hakikat ini untuk semata-mata fokus pada konservatisme adalah kedangkalan bersifat politikal. Mungkin itu saja penulis page boleh buat untuk menghitamkan filem Syamsul Yusof yang ternyata lebih lasak di pawagam berbanding parti sendiri di Putrajaya.


Tamadun Melayu sangat kaya dengan sejarah, yang terbentuk melalui jati diri agama, bahasa dan budaya. Kami mempunyai banyak buku menarik tentang Melayu yang mungkin anda minat. Maka kami mengalu-alukan anda beli melalui Shopee kami: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

 

RUJUKAN:

Gotz, N. (2015). ‘Moral economy’: its conceptual history and analytical prospects. Journal of Global Ethics. Halaman 147-162.

Samudera. (2022, Julai 1). Dakwaan Istana Upah Pembunuh Buru Mat Kilau satu Pembohongan Besar! – Cucu Mat Kilau.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply