Perjuangan “Benteng 338” 1947

82

SUATU ketika dahulu di ketika Rajah Charles Vyner Brooke memberikan Sarawak menjadi tanah jajahan Koloni British, ramai rakyat Sarawak yang bangun menentang sehingga adanya protes di jalanan dengan sepanduk-sepanduk diletakkan di setiap pelusuk jalan dan desa-desa sehinggalah ke bandar-bandar besar ketika itu, lebih-lebih lagi di Kuching iaitu ibu kota bagi Sarawak. Gerakan Anti Cessionist Sarawak itulah nama gerakan tersebut yang mana bantahan anti-penyerahan ini berlangsung dari 1hb Julai 1946 sehingga Mac 1950.

Menyelusuri sejarah gerakan anti-penyerahan Sarawak ini sudah tentu ramai yang arif tentang kemuncaknya iaitu apabila seorang pahlawan Sarawak iaitu Rosli Dhoby dan rakan-rakannya di dalam Rukun 13 telah mengatur satu plot pembunuhan yang akhirnya berjaya mengorbankan seorang Gabenor yang baru dilantik iaitu Sir Duncan Steward di Sibu, Sarawak suatu masa dahulu. Dan pengakhiran kepadanya adalah gerakan anti-cessionist Sarawak terus berkubur bila satu persatu antara mereka diburu dan menerima hukuman.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa jauh sebelum Rosli Dhoby dan rakan-rakan Rukun 13 mengatur plot pembunuhan Sir Duncan Steward itu sebenarnya telah ada satu barisan pejuang-pejuang yang tidak memperdulikan apa sahaja asalkan gerakan bantahan anti-penyerahan ini akan terus berlangsung biarpun memakan masa yang agak lama. Mereka ini merupakan anak Sarawak yang tidak memperdulikan langsung periuk nasi mereka walaupun diugut dengan pelbagai cara oleh Sir Charles Arden-Clarke. Digelar Benteng 338 kerana mengambil bersempena bilangan tentera Nabi Muhammad SAW sewaktu Perang Badar. Ianya diberikan nama oleh seorang tokoh Islam yang terkemuka di Kuching pada waktu itu iaitu Al-Ustaz Sharkawi Sheikh Osman.

Gerakan Anti-Cessionist 1946 ini sebenarnya telah menyebab pentadbiran Koloni British Sarawak pada ketika itu “pusing kepala” kerana ianya menunjukkan betapa kuatnya pengaruh Sarawak Kingdom sebagai sebuah Negara yang merdeka di dalam setiap sanubari anak Sarawak pada ketika itu. Oleh kerana ramai yang bangun menentang adalah mereka yang mempunyai pendidikan serta bekerja di sektor pentadbiran Sarawak maka pihak Gabenor British Sarawak ketika itu iaitu Sir Charles Arden-Clarke telah mengeluarkan pekeliling untuk kesemua penjawat awam di Sarawak yang dinamakan Circular No. 9. Di dalam Circular No. 9 itu cukup jelas menunjukkan larangan untuk para penjawat awam melibatkann diri di dalam semua gerakan anti-cessionist di Sarawak. Andainya ada yang berdegil dan masih meneruskan perjuangan mereka maka tindakan tatatertib akan dikenakan seperti dipecat dari bekerja di sektor awam kerajaan.

Namun sesuatu yang diluar akal pemikiran Sir Charles Arden-Clarke serta Dawson pada ketika itu adalah rupa-rupanya Circular No. 9 itu tidak langsung boleh mematahkan semangat nasionalisme kesemua ahli Benteng 338 ini kerana sebaliknya mereka telah meletak jawatan secara beramai-ramai sekaligus merupakan tanda protes bahawasanya Circular No. 9 yang dikeluarkan ke atas mereka langsung tidak menggoyahkan perjuangan mereka. Natijahnya, banyak sekolah kerajaan di seluruh Sarawak telah ditutup kerana ketiadaan pengajar. Ini kerana yang meletak jawatan adalah dikalangan tenaga pengajar atau cikgu-cikgu di sekolah-sekolah kerajaan.

Biarpun begitu disebalik perletakan jawatan tersebut, semangat untuk memastikan anak bangsa Sarawak tidak tercicir daripada pendidikan, serentak dengan itu juga sekolah-sekolah rakyat berkembang mekar. Biar serba kekurangan baik dari segi infrastruktur sekolah mahupun dana namun ianya tetap diteruskan walau tenaga pengajarnya adalah secara sukarela tanpa menerima imbuhan sekalipun. Antara anak Sarawak yang mengajar di sekolah-sekolah rakyat tidak lain tidak bukan adalah pahlawan Sarawak sendiri iaitu Rosli Dhoby. Dari Sekolah Rakyat inilah juga antara cabang di dalam menyemarakkan api nasionalisme di dalam sanubari anak Sarawak pada ketika itu.

Tertampar dengan tindakan “berani mati” pejuang Benteng 338, kerajaan Koloni Mahkota Sarawak British telah bertindak dengan menyiarkan senarai nama pejuang-pejuang Benteng 338 dengan harapan agar rakyat membenci mereka mahupun menakut-nakutkan mereka untuk tunduk pada desakan Kerajaan pada masa itu. Senarai nama pejuang Benteng 338 telah dipaparkan di mukasurat hadapan Sarawak Tribune bertarikh 3hb April 1947.

Senarai nama-nama mereka adalah seperti berikut:

Jabatan Pelajaran

  • 1. Cikgu Haji Johari Bojeng (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 2. Cikgu Kadri bin Wai (Jalan Ellis, Kuching)
  • 3. Cikgu Arfan Haji Salleh (Kampung No.4, Kuching)
  • 4. Cikgu Lily Eberweine (Kampung Satok, Kuching)
  • 5. Cikgu Ajibah Abol (Kampung Masjid, Kuching)
  • 6. Cikgu Wan Habib Kassim bin Tuanku Haji Ali
  • 7. Cikgu Tuanku Madhi bin Tuanku Othman (Jalan Haji Mataim, Kuching)
  • 8. Cikgu Haji Othman bin Zainuddin (Jalan Laruh, Kuching)
  • 9. Cikgu Alis bin Musa (Kenyalang, Kuching)
  • 10. Cikgu Wan Sharbini bin Tuanku Shukran (Kampung Lintang, Kuching)
  • 11. Cikgu Haji Hussein Haji Paris (Jalan Astana, Kuching)
  • 12. Cikgu Haji Perhi bin Bujang (Jalan Muhibbah, Kuching)
  • 13. Cikgu Haji Dolhan Haji Paris (Jalan Pisang Barat, Kuching)
  • 14. Cikgu Haji Yusuf bin Johari (Miri, Sarawak)
  • 15. Cikgu Haji Edwin Haji Bakri (Kampung Muda Hashim, Kuching)
  • 16. Cikgu Ibrahim bin Ali (Kampung Tupong Ulu, Kuching)
  • 17. Cikgu Abang Saufi Abang Haji Gapur (Kampung Masjid, Kuching)
  • 18. Cikgu Abang Anuar Abang Juaini (Jalan Abong Taib, Kuching)
  • 19. Cikgu Abet Abdul Rahim (Kampung No.4, Kuching)
  • 20. Cikgu Narawi bin Man (Kampung Tanjong, Kuching)
  • 21. Alustuz Haji Sharkawi bin Othman (Jeddah, Arab Saudi)
  • 22. Cikgu Haji Zain bin Hashim (Kampung Patingan, Kuching)
  • 23. Cikgu Ahmad bin Topen (Kampung No.4, Kuching)
  • 24. Cikgu Zain bin Satem (Kampung Masjid, Kuching)
  • 25. Cikgu Mustapha bin Ismail (Kampung No.2, Kuching)
  • 26. Cikgu Julaihi bin Musa (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 27. Cikgu Othman bin Bojeng (Kampung Gita, Kuching)
  • 28. Cikgu Khatib bin Drahman (Kampung Astana, Kuching)
  • 29. Cikgu Derap bin Isa (Kampung Parit Lama, Kuching)
  • 30. Cikgu Bisuni bin Sabang (Kampung Parit Lama, Kuching)
  • 31. Cikgu Haji Aliman bin Samad (Kampung Parit Lama, Kuching)
  • 32. Cikgu Umar bin Bujang (Kampung Parit Lama, Kuching)
  • 33. Cikgu Haji Hashim bin Ismail (Kampung Matang,Kuching)
  • 34. Cikgu Juita bt. Lambong (Kampung Matang, Kuching)
  • 35. Cikgu Sulong bin Bujang (Jalan Laruh, Kuching)
  • 36. Cikgu Nawawi bin Bujang
  • 37. Cikgu Hipni bin Bakri (Kampung Tupong Batu, Kuching)
  • 38. Cikgu Nasar bin Alias (KampungTupong Batu, Kuching)
  • 39. Cikgu Raliah bt. Mohamad (Kampung Satok, Kuching)
  • 40. Cikgu Masni bt. Bakar (Jalan Kulas, Kuching)
  • 41. Cikgu Jita bt. Mohamad (Kenyalang Park, Kuching)
  • 42. Cikgu Poly bin Bakar (Kampung Muara Tuang, Kuching)
  • 43. Cikgu Haji Jahidin bin Hassan (Kampung Gita, Kuching)
  • 55. Cikgu Hamdan bin Jais (Kampung Tupong, Kuching)
  • 56. Cikgu Shukri bin Mahidi (Kampung Panglima Seman Lama,Kuching)
  • 57. Cikgu Suut bin Ali (Kampung No.2, Kuching)
  • 58. Cikgu Ali bin Ben (Kampung Gita, Kuching)
  • 59. Cikgu Abdul Kudus bin Kawi (Kampung Lintang, Kuching)
  • 60. Cikgu Adnan bin Kawi (Kampung Samarahan, Kuching)
  • 61. Cikgu Sharifah Hasidah bt Tuanku Mansor (Kampung Tanjung, Kuching)
  • 62. Cikgu Bojeng bin Bujang (Kampung Tanjung, Kuching)
  • 63. Cikgu Abang bin Kachon (Kampung Lintang, Kuching)
  • 64. Cikgu Haji AbdulRahman bin Ismail (Kampung Sungei Bedil, Kuching)
  • 65. Cikgu Fadzil bin Ahmad
  • 66. Cikgu Adis bin Sapong
  • 67. Cikgu Haji Daud bin Zain (Kampung Tupong Batu, Kuching)
  • 68. Cikgu Abang Zawawi Abang Haji Latif (Kampung Masjid, Kuching)
  • 69. Cikgu Salleh bin Bojeng
  • 70. Cikgu Ulis bin Hashim (Sarikei, Sarawak)
  • 71. Cikgu Yahya bin Taib (Kampung Boyan, Kuching)
  • 72. Cikgu Salem bin Jomel
  • 73. Cikgu Hj. Hashim bin Hassan (Kampung No.4, Kuching)
  • 74. Cikgu Haji Taha bin Lembong (Kampung Parit Lama, Kuching)
  • 75. Cikgu Hasbie bin Haji Busrah (Kampung Masjid, Kuching)
  • 76. Cikgu Haji Abdul Rahim bin Mada’an (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 77. Cikgu Salhah bt. Sheikh Abdullah (Kampung Gita, Kuching)
  • 78. Cikgu Bujang bin Hassan (Kampung Tambirat, Kuching)
  • 79. Cikgu Hol bin Jamaluddin
  • 82. Cikgu Hasnah bt. Haji Abdul Rahman (Kampung Muda Hashim, Kuching)
  • 83. Cikgu Ellis bin Abang (Kampung Gita, Kuching)
  • 84. Cikgu Sheikh Abu Bakar bin Sheikh Talib (Kampung Gita, Kuching)
  • 85. Cikgu Ibrahim bin Sham (Limbang, Sarawak)
  • 86. Cikgu Nusi bin Haji Ahmad (Kampung Surabaya Ulu, Kuching)
  • 87. Cikgu Taha bin Adam (Kampung Sinjan, Kuching)
  • 88. Cikgu Ramli bin Hussen (Kampung Lintang, Kuching)
  • 89. Cikgu Abang Khalik bin Haji Abg. Madhan (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 90. Cikgu Basri bin Abon (Seria, Brunei)
  • 91. Cikgu Abang Ain bin Abang Juaini (Kampung Masjid, Kuching)
  • 92. Cikgu Tambi bin Dillah (Kampung Satok, Kuching)
  • 93. Cikgu Morshidi bin Jumat (Kampung Gita, Kuching)
  • 94. Cikgu Julaihi bin Ana (Kampung Pendam, Simunjan)
  • 95. Cikgu Mohiddin bin Ibrahim (Kampung Ulu, Simanggang)
  • 96. Cikgu Yusuf bin Mahmud (Kampung Dagang, Bintulu)
  • 97. Cikgu Abang Boeng Bin Abang Zailani (Kampung Patinggi Ali, Kuching)
  • 98. Cikgu Madeli bin Bujang (Bintulu, Sarawak)
  • 108. Cikgu Adenan bin Adan (Kampung Muda Hashim, Kuching)
  • 109. Cikgu Bujang bin Abdul Rahman
  • 110. Cikgu Amin bin Ledek (Miri, Sarawak)
  • 111. Cikgu Abang Ahmad (Kampung Tengah, Saratok)
  • 112. Cikgu Basri bin Abang Abdul Latif (Kampung Tengah, Saratok)
  • 113. Cikgu Wash bin Taha (Kampung Sekaan, Matu)
  • 114. Cikgu Husain bin Haji Drahman (Sarikei, Sarawak)
  • 115. Cikgu Abu Bakar bin Bujang (Sarikei, Sarawak)
  • 116. Cikgu Yusuf bin Hossen (Sibu, Sarawak)
  • 117. Cikgu Abdul Rahman (Kampung Melayu Tebakang, Serian)
  • 118. Cikgu Agan Raja (Bario, Sarawak)
  • 119. Cikgu B ahib (Baram, Miri)
  • 120. Cikgu Bujang (Belaga, Miri)
  • 121. Cikgu Hamzah bin Johari (Mukah, Sibu)
  • 122. Cikgu Zain bin Diman (Kampung Buntal, Kuching)
  • 123. Cikgu Sahari bin Yakup (Kampung Bako, Kuching)
  • 124. Cikgu Iri bin Seruji (Kampung Sileng, Lundu)
  • 125. Cikgu Haji Bakar (Marudi, Miri)
  • 126. Cikgu Zam Zam (Belaga, Miri)
  • 127. Cikgu Suhaili bin Bujang (Paloh, Mukah)
  • 128. Cikgu Abang Rabaie bin Abang Abd. Gapor
  • 129. Cikgu Abang Abdul Rahman (Sarikei, Sarawak)
  • 130. Cikgu Hipni (Baram, Miri)
  • 131. Cikgu Haji Gobil bin Ismawi (Kampung Parit Lama,Kuching)
  • 132. Cikgu Morshidi bin Nambi (Kota Kinabalu, Sabah)
  • 133. Cikgu Wan Bujang bin Wan Umar (Jalan Sembulang, Sibu)
  • 134. Cikgu Wash bin Abdul Rahman (Kampung Matang, Kuching)
  • 135. Cikgu Mahli bin Gapor
  • 136. Cikgu Haji Sabian bin Bujang (Kampung Tanjung, Kuching)
  • 137. Cikgu Marulalam bin Abang Bakir (Betong, Simanggang)
  • 138. Cikgu Abang Othman bin Abang Teh (Sibu, Sarawak)
  • 139. Cikgu Haji Mohamad bin Bujang (Kampung Hilir, Simanggang)
  • 140. Cikgu Rashidi bin Haji Hassan (Kampung No.2, Kuching)
  • 141. Cikgu Awang Hamdan bin Awang Omar
  • 142. Cikgu Yusuf bin Sadon (Kampung Lintang,Kuching)
  • 143. Cikgu Abang Haji Malem bin Datuk Zain (Simanggang, Sarawak)

Jabatan Pos Dan Telegraf

  • 144. Tani bin Sanjek (Kampung No.6, Kuching)
  • 145. Haji Sapong bin Taril (Kampung Jalan Patingan, Kuching)
  • 146. Fadil bin Haji Kassim (Kampung Muda Hashim, Kuching)
  • 147. Let bin Ali (Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching)
  • 148. Haji Kontol bin Sulaiman (Kampung Sourabaya , Kuching)
  • 149. Salleh bin Bujang
  • 150. Haji Othman bin Junit (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 151. Johari bin Said
  • 152. Abang bin Persih (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 153. Haji Bol bin Haji Zain (Kampung No.5, Kuching)
  • 154. Haji Junid bin Abdul Rahman (Kampung Astana Lot, Kuching)
  • 155. Mat bin Haji Yusuf (Kampung Tanjung, Kuching)
  • 156. Haji Awi bin Sawek (Kampung No.2, Kuching)
  • 157. Keria bin Said (Kampung Sinjan, Kuching)
  • 158. Gebil bin Bakar (Kampung Siol Kandis, Kuching)
  • 159. Mat bin Hassan
  • 160. Mohamad bin Dol (Kampung Sinjan, Kuching)
  • 161. Sejili bin Haji Ibrahim (Kampung Masjid, Kuching)
  • 162. Ali bin Haji Hashim (Kampung Satok, Kuching)
  • 163. Yok bin Tapa (Kampung Gita, Kuching)
  • 164. Abdul Rahman bin Rais
  • 165. Ghani bin Umar
  • 166. Othman bin Abang Dollah (Kampung Lintang, Kuching)
  • 167. Halel bin Abon (Seria, Brunei)
  • 168. Haji Pi’ee bin Bohari (Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching)
  • 169. Omar bin Sulaiman (Jalan Muhibbah, Kuching)
  • 170. Sirat bin Haji Jaraee (Jalan Haji Taha, Kuching)
  • 171. Bolok bin Mohamad (Kampung No.3, Kuching)
  • 172. Ismurni bin Tassan (Kampung No.2, Kuching)
  • 173. Haji Chem bin Ali (Kampung No.3, Kuching)
  • 174. Awang Zimi bin Awang Sulaiman
  • 175. Ali bin Bujang
  • 176. Simpoh bin Wan Osman (Jalan Haji Taha, Kuching)
  • 177. Taha bin Brahim (Kampung Satok, Kuching)
  • 178. Rodi bin Sahari (Kampung Sungei Periok, Kuching)
  • 179. Wahid bin Medeli (Kampung Tabuan, Kuching)
  • 180. Mat bin Sadam (Kampung Gita, Kuching)
  • 181. Halel bin Hassan
  • 182. Bohari bin Medeli (Kampung Muhibbah, Kuching)
  • 183. Mat Taha bin Abang (Kampung Muhibbah, Kuching)
  • 184. Haji Sedek bin Matsah (Kampung Sungei Periok,Kuching)
  • 185. Matahir bin Mataha (Jalan Kulas, Kuching)
  • 186. Sebol bin Mat
  • 187. Bujang ak Suboh (Kampung Tabuan, Kuching)

Jabatan Laut

  • 188. Abdul Karim bin Haji Mustapha
  • 189. Arif bin Sa’at (Kampung Muhibbah, Kuching)
  • 190. Haji Salleh bin T.K. Sudin (Jalan Haji Bolhassan, Kuching)
  • 191. Kassim bin Salleh (Kampung Pulo, Kuching)
  • 192. Awang Tong bin Awang Ali (Kampung Lintang, Kuching)
  • 193. Lamat bin Tarip
  • 194. Adam bin Haji Jenal
  • 195. Zainal bin Sadon (Kampung Lintang, Kuching)
  • 196. Mohd. Brahim bin Awang Taip (Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching)
  • 197. Haji Hipni bin Haji Rais (Kampung Muda Hashim, Kuching)
  • 198. Awang Hashim bin Awang Johari (Kampung Panglima Seman, Kuching)
  • 199. Suib bin Seman
  • 200. Deris bin Bohari (Jalan Muhibbah, Kuching)
  • 201. Mansor bin Karim (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 202. Pathi bin Taha (Kampung No.4, Kuching)
  • 203. Jelet bin Pendek (Kampung No.5, Kuching)
  • 204. Sulong bin Sulaiman (Kampung Sourabaya, Kuching)
  • 205. Haji Daud bin Gani (Miri, Sarawak)
  • 206. Ahai bin Abdullah (Kampung Semera, Simunjan)
  • 207. Samat bin lsa (Kampung No.2, Kuching)
  • 208. Bojeng Brunei
  • 209. Kili bin Abeng
  • 210. Abu bin Taha
  • 211. ldris bin Ali (Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching)
  • 212. Kirah bin Abdul Razak (Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching)
  • 213. Abang bin Sapong (Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching)
  • 214. Haji Sahari bin Drahman (Kampung Parit Lama, Kuching)
  • 215. Bujang bin Umar
  • 216. Reduan bin Safuddin (Kampung Tanjong, Kuching)
  • 217. Haji Sabang bin Race
  • 218. Manan bin Seman
  • 219. Hashim bin Zainal
  • 220. Haji Abi bin Lazan
  • 221. Drahman bin Medan
  • 222. Udin Limbang
  • 223. Abon bin Johari
  • 224. Abu Bakar bin Ali (Kampung No. 1, Kuching)
  • 225. Ali bin Rais
  • 226. Arsad bin Tajuddin (Kampung Sourabaya Hilir, Kuching)

Jabatan Kastam

  • 227. Haji Mohd. Salleh Embai (Jalan Laruh, Kuching)
  • 228. Weng Abdul Rahim (Kampung No.4, Kuching)
  • 229. Zain bin Jol (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 230. Hipni bin Abdul Rahman (Kampung Batu 9, Matang Kuching)
  • 231. Haji Sahari bin Hashim (Jalan Laruh, Kuching)
  • 232. Haji Yak bin Othman (Kampung Satok, Kuching)
  • 233. Usop bin Akim (Limbang, Sarawak)
  • 234. Nor bin Arai .
  • 235. Haji Mahidi bin Ana (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 236. Nawawi bin Haji Zain (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 237. Amit bin Sapong (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 238. Zen bin Haji Ahmad (Kampung Kudei, Kuching)
  • 239. Mustapha bin Keli (Kampung Lintang, Kuching)
  • 240. Matrip bin Bakar (Kampung Lumba Kuda, Kuching)
  • 241. Haji Tomy bin Rasid (Kampung No.2, Kuching)
  • 242. Haji Kiplawi bin Salleh (Kampung Sourabaya, Kuching)
  • 243. Haji Badwi bin Ahmad (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 244. Ismail bin Mohamed (Kampung Boyan, Kuching)
  • 245. Haji Sabli bin Drahman (Kampung No.2, Kuching)
  • 246. Haji Othman bin Haji Drahman (Kampung Tanjong, Kuching)
  • 247. Salleh bin Uden (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 248. Haji Hasbie Sulaiman (Kampung No.4. Kuching)
  • 249. Ahmad bin Ali Bombay (Kampung Panglima Seman, Kuching)
  • 250. Abang Ibrahim bin Abang Jalani (Kampung No.3, Kuching)
  • 251. Mohtar bin Udin (Kampung Boyan, Kuching)
  • 252. Haji Led bin Yusup (Kampung Muda Hashim, Kuching)
  • 253. Awang Kassim (Sarikei, Sarawak)
  • 254. Daud (Kampung Gita, Kuching)
  • 255. Hashim Bol

Jabatan Tanah Dan Ukur

  • 256. Abang Haji Safuani bin Abang Juaini (Jalan Haji Taha, Kuching)
  • 257. Haji Julai bin Yahya (Kampung Tanjong, Kuching)
  • 258 Manis bin Jol (Kampung Masjid, Kuching)
  • 259. Bujang bin Majid (Kampung No.5, Kuching)
  • 260. Awang Ejih bin Awang Umar (Kampung Sourabaya, Kuching)
  • 261. Salleh bin Nor (Kampung No.4, Kuching)
  • 262. Said bin Haji Ahmad
  • 263. Ejas bin Jais (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 264. Ramzi bin Rashidi (Jalan Laruh, Kuching)
  • 265. Zaini bin Bakar (Jalan Kulas, Kuching)
  • 266. Wan Anuar bin Syed Hashim (Kampung Gersik, Kuching)
  • 267. Mohamad (Mambo) Sarfan (Kampung Satok, Kuching)
  • 268. Juis bin Lumbak (Kampung Masjid, Kuching)
  • 269. Haji Bujang bin Abdul Rahman (Kampung No.4, Kuching)
  • 270. Hj. Zainuddin bin Haji Azhari (Kampung Astana, Kuching)
  • 271. Hj. Jalal bin Hassan (Jalan Muda Hashim, Kuching)
  • 272. Haji Gani bin Haji Wahid (Jalan Haji Taha, Kuching)
  • 273. Pawek bin Sudin (Kampung No.3, Kuching)
  • 274. Abang Ahad bin Abang Ahmad (Sibu, Sarawak)

Jabatan Perubatan Dan Kesihatan

  • 275. Haji Su’ut Tahir (Jalan Tun Abdul Rahman Ya’kub, Petra Jaya, Kuching)
  • 276. Naim bin Haji Sulaiman (Kampung Ulu, Serian)
  • 277. Haji Suhaili bin Hassim (Kampung Haji Mataim, Kuching)
  • 278. Ojek bin Pet (Kampung No. 1, Kuching)
  • 279. Nawawi bin Forkan (Jalan Muda Hashim, Kuching)
  • 280. Nor bin Lambong (Jalan Muda Hashim, Kuching)
  • 281. Hossen bin Lampong (Sabah)
  • 282. Haji Razali bin Sarpan (Kampung Gita, Kuching)
  • 283. Taha bin Uden (Jalan Haji Mataim, Kuching)
  • 284. Razali bin Abdul Rahim (Kampung No.4, Kuching)
  • 285. Su’ut bin Buang (Kampung Patinggi Ali, Kuching)
  • 286. Reduan bin Jol (Kampung No.2, Kuching)
  • 287. Ali bin Latif (Kampung Tanjong, Kuching)
  • 288. Haji Gol bin Sapah (Kampung No.3, Kuching)
  • 289. Haji Dawi bin Abdul Rahman (Kampung No.6, Kuching)
  • 290. Haji Ariffin bin Abd. Rahman (Kampung No.6, Kuching)
  • 291. Haji ismail bin Hassan (Jalan Haji Bolhassan, Kuching)

Jabatan Percetakan

  • 292. Haji Sawi bin Ibrahim (Kampung No.6, Kuching)
  • 293. Mahli bin T.K. Othman (Kampung No.5, Kuching)
  • 294. Abang Abdul Wahab bin Abang Haji Azhari (Jalan Muhibbah, Kuching)
  • 295. Haji Busrah bin Othman (Kampung Masjid, Kuching)
  • 296. Jamel bin Haji Busrah (Kampung Masjid, Kuching)
  • 297. Haji Hussin bin Jais (Jalan Laruh Barat, Kuching)
  • 298. Rosli bin Sulong
  • 299. Sabang bin Ibrahim (Kampung Masjid, Kuching)
  • 300. Basri bin Rais
  • 301. Abang Mustapha bin Haji Abang Spawi (Kampung Gita, Kuching)
  • 302. Abdul Latif bin Drahman (Kampung No.3, Kuching)
  • 303. Haji Nawawi bin Othman (Jalan Haji Mataim, Kuching)
  • 304. Haji Sirat bin Jali (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 305. Dahlan bin Sulong (Kampung Satok, Kuching)
  • 306. Haji Dahlan bin Yahya (Kampung Muda Hashim, Kuching)
  • 307. Haji Len bin Yahya (Kampung Bintangor, Kuching)
  • 308. Haji Dollah bin Jair (Kampung Muda Hashim, Kuching)
  • 309. Satem (Kampung Tanjung, Kuching)

Jabatan Bomba

  • 309. Haji Fadzil bin Bujang
  • 310. Buang bin Mat
  • 311. Sebli bin Lamat (Kampung No.6, Kuching)
  • 312. Abang bin Indek
  • 313. Bakat
  • 314. Was bin Bakar (Kampung Tanjong, Kuching)
  • 315. Tambek bin Bakar (Kampung Tanjong, Kuching)
  • 316. Abot bin Abdul Razak (Kampung Landeh, Kuching)
  • 317. Tambik (Kampung Pulo, Kuching)
  • 318. Job (Kampung Kudei, Kuching)
  • 319. Elli bin Seni (Jalan Parit Lama Barat, Kuching)
  • 320. Kawi (Kampung Sungei Maong, Kuching)
  • .321 Suhaili bin Gani
  • 322. Suhai bin Taba (Kampung Patingan, Kuching)
  • 323. Osman (Kampung Sungei Maong, Kuching)
  • 324. Mahidi bin Daud
  • 325. Abdul Razak @ Dol bin Mohamad (Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching)
  • 326. Am bin Basni (Kampung Sinjan, Kuching)
  • 327. Razali bin Salleh (Kampung Sinjan, Kuching)
  • 328. Selet (Kampung No.6, Kuching)
  • 329. Hamdan bin Endi

Jabatan Perbendaharaan

  • 330. Abang bin Jol (Kampung Haji Bolhassan, Kuching)
  • 331. Aiknee bin Taip (Kampung Haji Mataim, Kuching)
  • 332. Roben bin Rasid (Kampung Haji Bolhassan, Kuching)
  • 333. Abdul Rahman bin Sarpan (Kampung Gita, Kuching)
  • 334. Sabari bin Abdul Rahman (Kampung Boyan, Kuching)
  • 335. Abdul Rahim bin Sahari (Jalan Muhibbah, Kuching)
  • 336. Hipni bin Sa’at (Kampung No.4, Kuching)
  • 337. Abang Nusi bin Datuk Haji Suhaili (Kampung Bintangor, Kuching)

Sarawak Constabulary

  • 338. Haji Ahmad Zaidel bin Haji Tahir (Kampung Masjid, Kuching)
  • 339. Abang Haji Kassim bin Abang Taha (Kampung Masjid, Kuching)
  • 340. Hj. Haron bin Haris (Kampung Satok, Kuching)
  • 341. Hamdan bin Eden (Kampung Boyan, Kuching)
  • 342. Petani bin Manan (Kampung No.5, Kuching)
  • 343. Ibrahim bin Ali (Kampung Tabuan, Kuching)
  • 344. Haili bin Samat
  • 345. Abang Ali Basah bin Abang Iden (Kampung No.6, Kuching)
  • 346. Morshidi bin Olo (Kampung No. 1, Kuching)
  • 347. Abang Haji Zain bin Abang Haji Latif (Kampung Tanjong, Kuching)
  • 348. Edi bin Arif (Kampung Patingan, Kuching)
  • 349. Ellen bin Zen (Jalan Haji Kassan, Kuching)
  • 350. Jaraee bin Johari (Lutong, Miri)
  • 351. Wan Abdul Rahman bin Tuanku Haji Hamid (Betong, Simanggang)
  • 352. Haji Sa’ar bin Yahya (Kampung Dagang, Miri)

Jabatan Kerjaraya

  • 353. Hassan bin Udin (Jalan Laruh, Kuching)
  • 354. Haji Omar bin Amit
  • 355. Said bin Singak (Kampung No. 6, Kuching)
  • 356. Haji Gedong bin Haji Salleh (Kampung No.4, Kuching)
  • 357. Haji Man bin Satem
  • 358. Sulaiman bin Ali (Jalan Haji Mataim, Kuching)
  • 359. Haji Mustapha bin Junit (Jalan Muda Hashim, Kuching)
  • 360. Shafiee bin Amin (Kampung Panglima Seman, Kuching)
  • 361. Luntong bin Taha
  • 362. Haji Nor bin Deris (Kampung Masjid, Kuching)
  • 363. Melian bin Saifuddin (Kampung No.2, Kuching)
  • 364. Bujang bin Dollah

Jabatan Muzium

  • 365. Sedek bin Yusuf (Kampung Boyan, Kuching)
  • 366. Kem bin Haji Jeman (Kampung Muhibbah, Kuching)
  • 367. Embun bin Zain (Kampung Lumba Kuda, Kuching)
  • 368. Sulaiman bin Salleh
  • 369. Abon bin Ghani
  • 370. Yaman bin Sa’at
  • 371. Ismail bin Said
  • 372. Dobet bin Buang
  • 373. Dahlan bin Materang (Kampung Pulo, Kuching)

Jabatan Perhutanan

    • 374. Madhi bin Sa’at (Kampung No.4, Kuching)
    • 375. Haji Sulaiman bin Latif (Kampung Lintang, Kuching)
    • 376. Tayu (Fadzli) bin Mohamad (Kampung Gita, Kuching)
    • 377. Tahir bin Taha
    • 378. Seli bin Haji Abeng (Kampung Satok, Kuching)
    • 379. Abu Bakar bin Mat
    • 380. Abang bin Haji Bojeng
    • 381. Alfred Jamuh

Jabatan Residen Dan Pegawai Daerah

  • 382. Abang Haji Abdul Latif bin Haji Zaini (Jalan Haji Kassan, Kuching)
  • 383. Jamel bin Haji Su’ut (Kampung Sinjan, Kuching)
  • 384. Fadzil bin Majli (Kampung Santubong, Kuching)
  • 385. Busrah (Sarikei, Sarawak)
  • 386. Zawawi bin Awang

Jabatan Pertanian

  • 387. Saji bin Haft Dris (Kampung Tanjong, Kuching)
  • 388. Zain bin Hussen (Kampung Lintang, Kuching)
  • 389. Haji Safian bin Haji Azhari (Kampung Astana, Kuching)
  • 390. Haji Johara bin Said
  • 391. Haft Tepol bin Debot (Miri, Sarawak)

Jabatan Perbandaran

  • 392. Haji Dollah bin Haji Bakawi (Kampung No.3, Kuching)
  • 393. Ainnie bin Hassan (Kampung Tanjong, Kuching)
  • 394. Abang bin Serah (Jalan Dagok Barat, Kuching)
  • 395. Sulong bin Sahari (Kampung Masjid, Kuching)

Jabatan Urusetia Keraian

  • 396. Mat bin Sijin
  • 397. Haji Abdul Rahman bin Wahid (Kampung Sinjan, Kuching)
  • 398. Zain bin Mat (Zainal Abidin)
  • 399. Penghulu Hj. Ibrahim bin Hassan Sendu (Kampung Astana, Kuching)

Jabatan Astana

  • 400. Bujang bin Piee (Kampung Boyan, Kuching)
  • 401. Abang Yan bin Abang Haji Jol (Kampung Patingan, Kuching)
  • 402. Jamel bin Boyong (Kampung Sungei Bedil Besar, Kuching)
  • 403 Nahrawi bin Abang

Jabatan Hal-Ehwal Bumiputera

  • 404. Abang Ikhwan bin Abang Zaini (Kampung Patingan, Kuching)
  • 405. Tuanku Haji Ahmad bin Syed Mustapha (Kampung Haji Mataim, Kuching)

Jabatan Undang-undang

  • 406. Said bin Sijin (Kampung Gita, Kuching)

Depot Polis

  • 407. Kipli (Kampung Panglima Seman, Kuching)

Jabatan Urusetia Hal-ehwal Cina

  • 408. Sirat bin Hap Bakawi (Jalan Haji Mataim, Kuching)

Lembaga Peraturan Getah

  • 409. Robert Jitam (Kuching, Sarawak)

Hakikatnya biarpun nama mereka disiarkan buat tatapan umum ianya langsung tidak berjaya mematahkan semangat nasionalisme anak-anak Sarawak pada ketika itu malah semakin menyemarakkan api perjuangan mereka. Selepas 3hb April 1947, demonstrasi dan rapat-rapat umum semakin banyak di bumi Sarawak dari Kuching sehinggalah ke Sibu dan Miri.

Antara pelopor gerakan ini adalah Datu Patinggi Abang Haji Abdillah bin Datu Bandar Abang Haji Muhammad Kassim dengan sukarela menjadikan kediamannya iaitu Darul Kurnia menjadi markas gerakan di dalam merencanakan pelan dan tindakan yang lebih teratur untuk impak yang lebih besar bagi menyatakan bantahan rakyat Sarawak pada masa itu. Biar tiada dana yang mengkhusus malah dikatakan kewangan untuk menggerakkan bantahan adalah atas dana sendiri, pejuang-pejuang Benteng 338 tetap tidak pernah berpatah arang.

Pejuangan Benteng 338 ini sememangnya sesuatu yang syumul sehingga mereka memilih untuk hidup di dalam kesusahan tanpa mata pencarian yang tetap hanya kerana satu perjuangan yang jitu iaitu memastikan Sarawak tidak diserahkan menjadi jajahan Koloni Mahkota Sarawak British. Mereka menginginkan Sarawak dikembalikan kemerdekaannya kerana Rajah CV Brooke telah memungkiri janjinya untuk memberikan Sarawak Merdeka dan kuasanya sebagai Tuan Rajah Sarawak dikembalikan semula rakyat Sarawak seperti sumpah setia Tuan Rajah Sarawak yang termaktub di dalam Perlembagaan Sarawak 1841.

Sesungguhnya pengorbanan pejuang Benteng 338 ini sememangnya tiada taranya kerana inilah perjuangan yang suci murni untuk bangsa dan ibu pertiwi. Mampukah kita yang serba serbi ada hasil daripada pengorbanan orang dulu-dulu mencontohi semangat perjuangan mereka menentang kebatilan yang ada sekarang? Tepuk dada tanya otak.

Al-fatihah untuk pejuang Benteng 338 yang sudah tiada di dunia ini. Berbanggalah kamu wahai anak-anak Sarawak yang nama keluarga mereka tersenarai sebagai pejuang Benteng 338. Darah yang mengalir di dalam setiap urat saraf kamu adalah darah pejuang Sarawak yang sebenar.

Sungei Sarawak jangan dituba
Mun dituba ikan sik mati
Urang Sarawak jangan dicuba
Mun dicuba SIK TAKUT MATI!

-HB-

#kameksayangSarawakBah

Rujukan:

1. Kertas kerja Asas-Asas Gerakan Anti-Penyerahan Sarawak (2000) oleh Suffian bin Mansur (PDF)
2. Buku: Rosli Dhoby: Rukun Berdarah oleh Abang Saifudin Abang Bohari
3. Buku: Twillight of The White Rajahs by Alex Ling
4. Newspaper cutting, Sarawak Tribune 3 April 1947 (archive)
5. Journal Article by Ooi Keat Gin – Education In Sarawak During The Period of Colonial Administration 1946-1963

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.