Periuk Kera Dan Tradisi Lemang

582

Sudah beberapa kali tular isu berkenaan makanan tradisi lemang periuk kera, dan tumbuhan yang digunakan dalam pembuatannya.

Isu yang terbaru berbangkit ialah, bagaimana tumbuhan ini (periuk kera), menjadi ‘tandas’ semulajadi kepada haiwan seperti tupai (tree shrew) dan juga kelawar.

Menurut hantaran-hantaran berbentuk informasi dari beberapa halaman facebook yang agak terkenal, populasi periuk kera (umum) dikatakan menjadi terancam, kerana ia telah rakus diambil untuk dijadikan bahan eksotik dalam pembuatan makanan tradisional yakni lemang periuk kera tersebut.

Selain itu, halaman-halaman facebook tersebut turut mendedahkan bagaimana tumbuhan ini menjadi tandas semulajadi kepada beberapa jenis haiwan. Membuatkan orang ramai berasa geli dan mual serta mula ragu-ragu akan kebersihannya.

Walau bagaimanapun, kenyataan ini segera disanggah oleh salah seorang pengusaha lemang periuk kera (dah tentu la kan). Beliau lantas mendedahkan bahawa, periuk kera yang digunakan dalam pembuatan lemang adalah periuk kera dari spesies Nepenthes ampullaria sahaja kerana kulit yang lebih nipis, bersih (berdiet dutrivor) dan dikategorikan sebagai tidak terancam (dalam senarai IUCN Redlist).

Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa terdapat beberapa spesies periuk kera berdiet karnivor dari genera (Nepenthes), mempunyai hubungan mutualistik / mutualisme dengan tree shrew (tupai) dan juga kelawar.

Tupai dan kelawar akan memakan nektar yang dihasilkan oleh kelenjar (gland) periuk kera. Dan pada masa yang sama, haiwan tersebut akan berak ke dalam periuk kera. Najis-najis dari tupai dan kelawar, akan menimbulkan bau-bauan busuk, seterusnya membantu periuk kera itu tadi menarik perhatian serangga (kebiasaannya), dan haiwan2 kecil lain. Sekiranya serangga atau haiwan kecil, masuk ke dalam dan terperangkap, periuk kera akan menghadamnya untuk dijadikan nutrien.

TETAPI… seperti yang telah dijelaskan oleh saudara pengusaha itu tadi, pengusaha lemang periuk kera hanya menggunakan periuk kera dari spesies Nepenthes ampullaria.

Kalau diperhatikan, morfologi Nepenthes ampullaria juga sangat berbeza berbanding periuk kera Nepenthes berdiet karnivor seperti N. lowii, N. rajah dan N. macrophylla. Yang mana bentuknya “compliment” bentuk atau tubuh badan tree shrew. Bermaksud ia lebih panjang dan tebal kulitnya.

Perlu diketahui bahawa periuk kera dari spesies Nepenthes ampullaria ini sebenarnya sangat istimewa. Kerana tumbuhan ini telah berevolusi dan beradaptasi dengan mendadak, iaitu mengubah cara pemakanannya daripada berdiet karnivor (haiwan /serangga), kepada berdiet detrivor( dedaun hutan gugur).

Adaptasi ini juga menyebabkan Nepenthes ampullaria kini tidak memiliki ciri-ciri yang dimiliki oleh periuk kera karnivor seperti berikut.

1. Tidak lagi mempunyai kelenjar untuk menghasilkan nektar. Sehubungan dengan itu, tiada lagi sebab untuk haiwan seperti tupai dan kelawar untuk pergi dan berak ke dalamnya. Atau dalam erti kata lain, menjadi tandas semulajadi.

2. Tiada lagi “waxy zone”. Suatu zon atau bahagian licin di dalam periuk kera itu, untuk mengelakkan serangga dan haiwan kecil keluar daripada periuk.

3. Tiada lagi cecair penghadaman yang likat & cecair penghadaman yang rendah pH nya. Kerana periuk kera kini tidak lagi perlu menghadam exoskeleton serangga, dan tulang haiwan kecil.

Saya kurang bersetuju sekiranya secara tiba-tiba pengharaman penggunaan periuk kera ini dikuatkuasakan serta merta.

Adalah lebih baik jika pihak berwajib, memberi tunjuk ajar kepada pengusaha / penjual,untuk mendapatkan bekalan tumbuhan periuk kera dengan cara yang lebih “sustainable”. Tanpa menjejaskan populasi periuk kera, dan secara langsung dapat menjaga kestabilan ekosistem flora dan fauna negara serta taraf ekonomi masyarakat (pengusaha) juga tidak terkesan.

RUJUKAN:

Clarke, C.M. 2001. Nepenthes of Sumatra and Peninsular Malaysia. Natural History Publications (Borneo), Kota Kinabalu.

Plant Signaling & Behavior. Adaptive Radiation WIth Regard to Nutrient Sequestration Strategies in the Carnivorous Plants of the Genus Nepenthes by Andrej Pavlovič.

Pavlovič A, Slov´kov´ Lč, Šantrůček J. Nutritional benefit from leaf litter utilization in the pitcher plant Nepenthes ampullariaPlant Cell Environ201134186573 doi: 10.1111/j.1365-3040.2011.02382.x.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.