Peristiwa Oktober 19 Di Iraq – Hukuman Ke Atas Saddam Hussein

1,909

Tidak ramai yang mengetahui bahawa 19 Oktober 2005 merupakan hari pertama Saddam Hussein dibicarakan pada tuduhan jenayah kemanusiaan. Perbicaraan ini berlangsung selama 383 hari melalui Mahkamah Khas Iraq (IST) yang ditubuhkan Pihak Berkuasa Sementara Gagasan (CPA) Amerika Syarikat. Pihak CPA telah memilih lima hakim tempatan untuk memulakan perbicaraan ini.

Pada tarikh ini, Saddam Hussein (dan tujuh orang kanannya) didakwa atas jenayah yang berlaku pada tahun 1982, susulan cubaan membvnvh oleh Parti Dakwah Islam semasa kunjungan Saddam di Dujail untuk memuji tentera-tentera tempatan dalam perjuangan menentang Iran. Sebagai balasan, Saddam memberkas 393 lelaki dan 394 wanita dan kanak-kanak di Dujail. Tidak diketahui seramai mana yang disiks4. Namun sekurang-kurangnya 142 penduduk Syiah terbvnvh akibat siks44n ini.

Kebencian Saddam terhadap Syiah memang jelas, selepas Per4ng Iraq-Iran yang beliau mendakwa penduduk-penduduk tempatan yang bermazhabkan Syiah condong ke arah kerajaan Tehran. Namun pada 21 Ogos 2006 pula, satu lagi perbicaraan mengesahkan bahawa Saddam tidak membenci Syiah sahaja. Perbicaraan pada tarikh demikian bertujuan untuk mengorek tindakan Saddam terhadap bangsa Kurdi pula susulan kempen ketenteraan al-Anfal.

Dalam pembvnvhan beramai-ramai ini, kerajaan Iraq yang dipimpin Saddam Hussein didapati bersalah. Anggota kanan Saddam iaitu Ali Hassan al-Majid pun dijatuhkan hukuman m4ti atas pembvnvhan k*jam seramai 50,000-182,000 orang Kurdi. Bertatahkan nama surah al-Anfal, kerajaan Ba’ath berdepan dengan ancaman dari Kesatuan Patriotisme Kurdistan (PUK). Namun yang menerima padah pula ialah rakyat tempatan yang tidak bersenjata, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Menurut Human Rights Watch juga, Saddam Hussein telah menggerakkan jenteranya untuk memvsnahkan 4,000 kampung Kurdi. Hanya 655 kampung sahaja dibiarkan. Lebih kejam lagi, 250 kampung dianiayai dengan senj4t4 k1m1a antara April 1987 dan Ogos 1988. Sebanyak 1,754 sekolah, 270 hospital dan 27 gereja dimvsnahkan Saddam. Dan yang mungkin mengejutkan semua, sebanyak 2,450 masjid pun dirobohkan.

2,000 Kristian Assyria telah dig4skan sampai m4ti dalam peristiwa z4lim yang tidak pernah dilakukan terhadap rakyat sendiri sejak 1940-an semasa pemerintahan Jerman N4zi. Maka suatu senarai panjang pencabulan hak-hak asasi manusia telah dilengkapkan. Dalam laporan tersebut, penggunaan gas s4rin dinokhtahkan bagi kota Halabja. Ribuan rakyat tempatan dibvnvh, antaranya wanita dan kanak-kanak.

Pada 5 November 2006, Saddam Hussein dijatuhkan hukuman m4ti. Rayuannya ditolak sekitar 26 Disember. Dan empat hari kemudian, pada Hari Raya Aidiladha, hukuman m4ti terhadap Saddam dijalankan. Perlaksanaan ini sekaligus menggugurkan semua tuduhan berbaki terhadap Saddam Hussein. Namun bukan semua pihak bersorak, walaupun dalam kalangan musuh. Ini kerana hukuman terhadap Saddam telah dirakam telefon bimbit dan diudarakan bagi tatapan semua.

Menurut ketua makam, jenazah Saddam dit1kam sebanyak enam kali selepas hukuman dijalankan. Video kedua pula menunjukkan m4y4tnya diletakkan didalam troli, menimbulkan tanda tanya besar apabila lehernya didapati mempunyai kesan tik4m4n.

Saddam pun dikebumikan di tempat kelahirannya iaitu Tikrit pada 31 Disember 2006, dengan musuh-musuhnya menyambut Tahun Baharu 2007 dengan penuh simbolisme. Makamnya pun didapati telah musnah pada Mac 2015, yang mana sebuah kumpulan Sunni dilaporkan telah mengubahkan m4y4tnya ke lokasi rahsia kerana risaukan sebarang pencabulan terhadap jen4z4hnya.

Saddam menulis sepucuk surat sebelum dijatuhkan hukuman. Beliau mendesak bangsa agung Iraq untuk bangkit menentang golongan yang menakluki Iraq. Baginya tiada keutamaan melainkan menghalau kafir, penjenayah dan penakluk yang beliau menyekutukan dengan Hulagu Khan.

Menurut Dr. Mahathir Mohamad pula, proses perbicaraan Saddam Hussein merupakan penghinaan kepada bidangkuasa keadilan. Kerana barisan pertahanan Saddam telah dibunuh dengan kejam, saksi diugut dan hakim dibuang kerana berlaku adil sebelum digantikan dengan boneka-boneka Barat.

Hukuman yang dijatuhkan juga agak ngeri. Dimulakan dengan syahadah, Saddam menyebut nama Tuhan apabila tali diletakkan di lehernya. Ucapan selawat diikuti Saddam, sebelum berlakunya kekecohan apabila suara-suara keras menyebut “Muqtada!” berkali-kali, sebagai rujukan kepada ulama Syiah bernama Muqtada al-Sadar.

Saddam membalas: “Muqtada! Ini kau kata keberanian? (dalam konteks kasar mempersoalkan kelelakian Muqtada). Terdapat juga suara-suara mengatakan supaya proses hukuman perlu dihormati. Pada penghujung nyawanya, Saddam cuba bersyahadah sekali lagi. Namun beliau dig4ntung sebelum boleh mengakui bahawa Muhammad SAW merupakan Rasulullah buat kali kedua.

RUJUKAN:

Full Text: the Saddam Hussein Letter-https://www.theguardian.com/world/2003/apr/30/iraq.brianwhitake

Gen0cide in Iraq – the Anfal Campaign Against the Kurds. https://www.hrw.org/reports/1993/iraqanfal/

New Video of Saddam’s C0rpse on Internet. http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2007/01/09/AR2007010900258.html

Saddam’s Allies Moved his C0rpse, fearful of Shiite militias would harm it. https://www.reuters.com/article/us-iraq-security-saddam-idUSKBN0G61GM20140806

Saddam Hussein’s Last Words: “To the Hell that is Iraq!”? https://www.globalresearch.ca/saddam-hussein-s-last-words-to-the-hell-that-is-iraq/4620

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.