Sejak bermulanya penularan pandemik COVID 19 di seluruh dunia sehingga sampai ke Malaysia, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bermula 18 Mac 2020 sehingga 14 April 2020 (ketika artikel ini ditulis) bergantung kepada keadaan kadar jangkitan virus tersebut.

Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah paling dekat dengan perintah darurat, iaitu di mana rakyat yang terlibat diberikan tempoh terhad untuk menjalankan aktiviti harian, bahkan sesetengah situasi hanya membenarkan seorang atau dua sahaja ahli daripada setiap keluarga untuk keluar rumah, itu pun untuk situasi tertentu sahaja.

Sebenarnya tahukah anda, perintah kawalan pergerakan ini bukanlah satu isu yang baru, bahkan sebenarnya telah diamalkan oleh kerajaan besar dunia sejak dahulu lagi dengan pelbagai tujuan, seperti menangani wabak penyakit, peperangan, bencana alam & sebagainya. Jom sama-sama kita hayati dari sudut sejarah berkenaan

Secara ringkasnya boleh dikatakan sebagai satu tindakan terhad bagi manusia melakukan aktiviti di luar rumah tanpa kebenaran pihak berautoriti. Bila dah darurat, maka pergerakan rakyat akan terbatas. Nak keluar rumah mesti dapat kebenaran pihak berkuasa, nak keluar bekerja mesti dengan kebenaran, nak beli barang pun mesti dapat kebenaran.

Darurat mengikut Kamus Dewan bermaksud ‘keadaan susah yang datang dengan tidak disangka-sangka; keadaan yg menyusahkan’. Dalam Bahasa Inggeris perkataan darurat disebut ‘curfew’ yang bermaksud ‘a regulation requiring people to remain indoors between specified hours, typically at night.”

Perkataan curfew diambil dari kalimah Perancis curfeu atau couvre-fe; iaitu sejenis loceng yang dibunyikan oleh pihak pemerintah di Barat pada zaman Kegelapan (Dark Ages) bagi menandakan waktu bagi semua penduduk memadamkan api rumah masing-masing, menghentikan segala aktiviti & tidur. Sesiapa yang ingkar arahan akan ditangkap & dihukum oleh pemerintah Barat ketika itu.

Terdapat banyak punca asal terjadinya peristiwa membunyikan loceng ini sebagai perintah ‘berkurung’ dan tidur, namun ramai sejarawan Barat mengatakan ianya dimulakan oleh Norman King antara tahun 1066 sehingga 1087 iaitu William The Conquerer di kepulauan United Kingdom.

Sewaktu menjadi pemerintah Normandy ketika itu, beliau melihat situasi penduduk ketika itu menyalakan api di rumah sebagai kaedah pemanasan, namun ramai yang tidur tanpa memadamkan api sehingga mengakibatkan kematian akibat terbakar atau lemas dalam asap tebal.

Jadi timbul idea supaya dibunyikan loceng agar semua penduduk memadamkan api tepat pukul 9 malam sebagai langkah keselamatan. Tindakan membunyikan loceng ini disebut ‘curfew’ dan menjadi amalan di sesetengah negara Eropah selepas itu.

Jadi, aktiviti berkurung di rumah ini bukanlah perkara baru. Sejak dari dulu lagi perintah berkurung atau darurat ini dilaksanakan agar keselamatan & keadaan rakyat terjaga. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, adalah menjadi satu kemestian untuk kita mematuhi arahan pemimpin & bersabar dengan yakin bahawa segala ujian & kesukaran yang berlaku pasti akan berakhir.

Semoga wabak Covid 19 yang melanda negara kita & seluruh dunia akan segera berakhir dan kita dapat kembali menjalani kehidupan selepas ini seperti sedia kala, bahkan mungkin lebih kuat lagi dari sebelum ini.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Pengajian Islam (Usuluddin & Falsafah), Seorang penulis, pendidik dan peminat falsafah Muslim.

Comments are closed.