Perihal Virus Hantavirus Menyerang China

4,902

Sedang kita semua belum selesai lagi menghadapi ancaman Covid-19 (coronavirus disease) yang disebabkan oleh jangkitan virus SARS-CoV-2, datang pula satu berita tidak enak dari negara Tembok Besar, China.

Ini kerana, dilaporkan bahawa terdapat satu kes penyakit virus ‘baharu’ (betul ke baru?) di sana. Yang mana seorang lelaki telahpun mati.

Hasil siasatan mendapati, lelaki tersebut menderita penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus yang dinamakan..

Hantavirus.

Patut ke kita risau?

Sejarah

Lebih daripada 1000 tahun dahulu, tabib-tabib cina telah menerangkan perihal kewujudan satu penyakit yang menyebabkan penghidapnya menderita gejala demam berdarah berlanjutan yang teruk dan turut merencatkan fungsi buah pinggang.

Berdasarkan rekod lampau terutamanya ketika tempoh peperangan berpanjangan, terdapat satu wabak penyakit yang mirip dengannya menular di kalangan anggota tentera terlibat di dalam peperangan tersebut. Dan ia adalah ketika Perang Saudara Amerika Syarikat, Perang Dunia Pertama dan Perang Sino-Jepun.

Selain itu, tentera Kesatuan Soviet dan Jepun yang sedang berkawal di sempadan Manchuria berhampiran Sungai Amur pada 1930-an, turut pernah berhadapan dengan penyakit misteri yang sangat mirip gejala penyakit disebabkan oleh Hantavirus. Telah dianggarkan bahawa, lebih daripada 10,000-12,000 anggota tentera Jepun terkesan dengan wabak itu, manakala ratusan bagi anggota tentera Soviet.

Menjelang Perang Dunia Kedua, terdapat ribuan kes anggota tentera Jerman menderita penyakit yang mereka gelar “feldnephritis” semasa berada di Finland.

Seorang anggota tentera mengalami gejala pendarahan bahagian konjunktiva, akibat demam berdarah Korea.

Apa yang membuatkan penyakit ini semakin dikenali adalah apabila lebih daripada 3000 anggota tentera Amerika Syarikat dan PBB telah dijangkiti penyakit demam berdarah, yang disertakan sindrom penghasilan urin yang rendah (Hemorrhagic Fever Renal Syndrome / HFRS) pada 1951, iaitu ketika Perang Korea sedang berlangsung.

Kadar kematian (mortality rate) yang tinggi yakni sekitar 15-20%, menyebabkan HFRS menjadi topik perbualan hangat dalam komuniti saintifik dan perubatan, membuatkan penyakit ini mula dikenali di seluruh dunia.

Kini HFRS yang turut dikenali sebagai demam berdarah Korea (Korean hemorrhagic fever) dan demam berdarah epidemik di China, dikenal pasti menjejaskan kehidupan kira-kira 200,000 individu sepanjang tahun di Asia dan Eropah.

Penemuan pertama

Walaupun sepanjang tempoh virus ini dalam diam memporak-perandakan tamadun manusia dengan ‘signature’ demam berdarahnya, tiada siapa yang mengetahui punca atau organisma apa yang menyebabkan penyakit tersebut.

Sehinggalah pada 1976, apabila seorang ahli virologi dari Korea Selatan bernama Ho-Wang Lee, dan rakan sejawatnya yang lain berjaya mengasingkan dan mengenal pasti virus tersebut daripada sampel paru-paru sejenis tikus nama saintifiknya Apodemus agrarius. Virus itu kemudiannya dinamakan sebagai Hantaan virus, bersempena dengan nama Sungai Hantan di Korea Selatan.

Semenjak daripada penemuan pertama itu, terdapat semakin banyak virus ditemui dan didapati mempunyai kaitan dengan Hantaan virus. Di Korea sahaja, terdapat 6 JENIS Hantavirus yang telah dikenal pasti seperti berikut:

– Hantaan virus (1976)
– Seoul virus (1982)
– Soocheong virus (2006)
– Muju virus (2007)
– Imjin virus (2009)
– Jeju virus (2012).

Antara enam jenis virus di atas, hanya empat daripadanya iaitu Hantaan, Seoul, Soocheong dan Muju diketahui berbahaya kepada manusia.

tapi… ada banyak lagi..

Mengenali Hantavirus

Partikel Hantavirus dibawah mikroskop elektron

Orthohantavirus atau Hantavirus merupakan sejenis virus bebenang tunggal, [-] sense RNA, berselaput yang tergolong di dalam famili Hantaviridae, dari Order Bunyavirales.

Tidak seperti virus lain di dalam Order Bunyavirales, Hantavirus bukan disebarkan oleh vektor (haiwan yang mengandungi patogen berbahaya dan memindahkannya kepada organisma lain dengan gigitan) arthropod seperti nyamuk, kutu dan lalat.

Hantavirus bagaimanapun dibawa dan disebarkan secara (horizontal) di antara serta di dalam spesies-spesies tikus tertentu (Roden). Bermakna, vektor atau agen penyebaran Hantavirus adalah tikus.

Pada setakat ini, terdapat lebih 40+ jenis Hantavirus yang dapat ditemui di seluruh dunia. Kebanyakan daripada virus tersebut dinamakan bersempena nama lokasi virus itu pertama kali memunculkan ‘dirinya’.

Berikut adalah senarai strain Hantavirus, bersama-sama spesies tikus yang membawa virus ini dan negara ia ditemui:

1. Hantaan virus
Apodemus agrarius – Korea Selatan

2. Seoul virus
Rattus norvegicus – Korea Selatan / 1 dunia

3. Sangassou virus
Hylomyscus simus – Guinea.

4. Soochong virus
Apodemus peninsulae – Korea.

5. Dobrava virus
Apodemus flavicollis – Slovenia.

6. Thai virus
Bandicota indicus – Thailand

7. Saarema virus
Apodemus agrarius – Finland.

8. Amur virus
Apodemus peninsulae – Russia.

9. Sin Nombre virus
Peromyscus maniculatus – New Mexico, AS.

10. New York virus
Peromyscus leucopus – New York, AS

11. Black Creek Canal virus
Sigmodon hispidus – Florida, AS

12. Bayou virus
Oryzomys palustris – Louisiana, AS

13. Muleshoe virus
Sigmodon hispidus – Texas, AS

14. Monongahela virus
Peromyscus maniculatus – Pennsylvania, AS.

15. Limestone Canyon virus
Peromyscus boylii – Arizona, AS.

16. Blue River virus
Peromyscus leucopus – Indiana, AS.

17. El Moro Canyon virus
Reithrodontomys megalotis – New Mexico, AS.

18. Rio Segundo virus
Reithrodontomys mexicanus – Costa Rica.

19. Caño Delgadito virus
Sigmodon alstoni – Venezuela.

20. Juquitiba virus
Oligoryzomys nigripes – Brazil.

21. Araraquara virus
Bolomys lasiurus – Brazil.

22. Castelo dos Sonhos virus
(Tidak diketahui)- Brazil.

23. Rio Mamoré virus
Oligoryzomys microtis – Bolivia.

24. Laguna Negra virus
Calomys laucha – Paraguay.

25. Andes virus
Oligoryzomys longicaudatus – Argentina

26. Lechiguanas virus
Oligoryzomys flavescens – Argentina

27. Bermejo virus
Oligoryzomys chacoensis – Argentina

28. Orán virus
Oligoryzomys longicaudatus – Argentina

29. Maciel virus
Bolomys obscurus – Argentina.

30. Hu39694 virus
(Tidak diketahui) – Argentina.

31. Pergamino virus
Akodon azarae – Argentina.

32. Choclo virus
Oligoryzomys fulvescens – Panama.

33. Calabazo virus
Zygodontomys brevicauda – Panama.

34. Maporal virus
Oecomys bicolor – Venezuela.

35. Puumala virus
Myodes glareolus – Sweden.

36. Prospect Hill virus
Microtus pennsylvanicus – Maryland, AS.

37. Bloodland Lake virus
Microtus ochrogaster – Missouri, AS.

38. Isla Vista virus
Microtus californicus – California, AS.

39. Tula virus
Microtus arvalis – Rusia.

40. Khabarovsk virus
Microtus fortis – Rusia

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

41. Topografov virus
Lemmus sibericus – Siberia.

42. Thottapalayam virus
Suncus murinus – India & Asia Tenggara.

Walaupun kajian membuktikan bahawa yang Hantavirus telah wujud sejak jutaan tahun dahulu, virus ini mula menarik minat para pengkaji selepas peristiwa wabak Hantavirus Pulmonary Syndrome (HPS) di Amerika Syarikat pada tahun 1993. HPS ini disebabkan oleh jangkitan daripada Sin Nombre virus (SNV).

Hubungan Hantavirus & Tikus (Roden)

Seperti yang telah dinyatakan di atas, setiap satu daripada strain Hantavirus hanya menjangkiti spesies-spesies tikus yang tertentu sahaja.

Jangkitan antara tikus berlaku apabila tikus (A) yang sihat, terdedah kepada, air kencing, air liur, najis dan gigitan daripada tikus (B) yang membawa virus di dalam badannya.

Setelah tikus (A) dijangkiti, sama seperti (B), haiwan tersebut akan melepaskan (shedding) partikel Hantavirus ke persekitaran, juga dengan gigitan, air liur, air kencing dan najisnya. Cuma, tikus tidak akan menunjukkan gejala atau dalam erti kata lain, jatuh sakit daripada jangkitan tersebut.

Tidak seperti manusia, kerana sekiranya manusia dijangkiti virus ini, individu itu jatuh sakit dengan mudah dengan kadar kematian yang agak tinggi bagi sesetengah jenis Hantavirus.

Seterusnya, oleh kerana Hantavirus ini mempunyai ‘hubungan’ langsung dengan tikus, peningkatan kadar kes jangkitan Hantavirus kepada manusia juga sangat berkait rapat dengan jumlah populasi tikus itu sendiri.

Oleh itu, dengan memahami faktor-faktor sama ada dari segi ekologi dan persekitaran yang mendatangkan impak kepada tikus, sumber makanan, habitat dan populasinya sudah pasti akan memberikan sedikit gambaran tentang bagaimana kesan semula jadi mempengaruhi penyebaran Hantavirus di antara tikus, dan dari tikus ke manusia.

Berikut adalah contoh peristiwa wabak disebabkan Hantavirus:

Pada tahun 1993, Sin Nombre Virus (salah satu daripada jenis Hantavirus) mula menjangkiti manusia dan memanifestasikan ‘dirinya’ dalam penyakit yang dikenali sebagai Hantavirus Pulmonary Syndrome (HPS).

Wabak HPS ini menyerang penduduk yang menetap di bahagian pedalaman New Mexico, Colorado, Utah dan Arizona. Hasil kajian mendapati bahawa Sin Nombre Virus dibawa oleh tikus dari spesies Peromyscus maniculatus.

Sebelum penemuan virus dan vektornya itu tadi, siasatan dan temubual ke atas orang asli di kawasan tersebut membuktikan bahawa perkara (wabak) ini, pernah berlaku pada suatu ketika dahulu.

Dan kisah diceritakan turun temurun dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Yang mana sebelum penularan wabak itu berlaku, dapat diperhatikan jumlah makanan menjadi banyak disebabkan oleh faktor semula jadi iaitu cuaca.

Makanan yang banyak seakan menjadi magnet kepada tikus, membuatkan haiwan tersebut menghampiri penempatan dan menetap berhampiran manusia. Seterusnya, tikus-tikus membiak dan terus membiak, meningkatkan populasinya.

Sebagai agen penyebaran semula jadi Hantavirus (Sin Nombre Virus), tikus-tikus yang dijangkiti ini mula melepaskan (shedding) partikel virus sama ada melalui gigitan, air liur, air kencing dan najisnya.

Kemudian, manusia pula hanya akan dijangkiti apabila terdedah kepada partikel virus, sama ada bersentuhan secara terus atau dalam bentuk aerosol (habuk-habuk yang tercemar dengan partikel virus).

Oh ya, untuk pengetahuan kau, Hantavirus TIDAK tersebar dari seorang manusia ke seorang manusia yang lain. Bermaksud, hanya individu yang terdedah kepada najis tikus (dsb) sahaja akan dijangkiti. Walau bagaimanapun, pengecualian adalah buat Andes virus (rujuk senarai), kerana virus ini diketahui turut tersebar dari manusia ke manusia lain, tetapi sangat jarang berlaku.

Bahaya tak jangkitan Hantavirus ni?

Dalam 150,000 – 200,000 kes jangkitan Hantavirus yang dilaporkan setiap tahun di seluruh dunia dan kebanyakan bagi warga menetap di pedalaman. Kadar kematian berada sekitar 0.1% sehingga 10%. Pengecualian bagi wabak HPS oleh Sin Nombre Virus di Amerika Syarikat pada 1993, 37%-50% daripada pesakit telah menemui ajal.

Cuma, kau perlu tahu bahawa menurut CDC, kajian-kajian melibatkan Hantavirus, terutamanya jika menggunakan tikus, WAJIB dilakukan di dalam makmal BSL-4 (paling tinggi dan setaraf virus Ebola). Kerana virus mudah tersebar (dalam bentuk aerosol) dan tiada rawatan spesifik untuknya.

Simptom Hantavirus Pulmonary Syndrome

Terdapat beberapa sindrom jangkitan Hantavirus kepada manusia seperti berikut;

– Demam berdarah & sindrom berkaitan ginjal (Hemorrhagic fever with renal syndrome HFRS)

– Nepropathia epidemica
(Gejala sederhana HFRS)

– Sindrom Pulmonari Hantavirus
(Hantavirus Pulmonary Syndrome HPS)

Seterusnya, untuk pengetahuan kau semua, berbahaya atau tidak penyakit disebabkan oleh Hantavirus ini bergantung kepada strain / jenis virus tersebut. Misalnya;

Paling bahaya: (Severe HFRS)

– Hantaan virus
– Dobrava virus
– Amur virus

Sindrom Pulmonari Hantavirus (HPS)

– Bagi benua Amerika Utara, virus seperti Sin Nombre, New York, Black Creek Canal, Bayou, Muleshoe, dan Monongahela.

– Bagi benua Amerika Tengah dan Amerika Selatan, virus seperti Andes, Lechiguanas, Bermejo, Oran, Juquitiba, Araraquara, Castelo dos Sonhos, Laguna Negra, Choclo, dan Hu39694.

Nepropathia epidemica (NE)

– Puumala virus
– Seoul virus
– Saarema virus

PALING PENTING

Virus ini sangat jarang menjangkiti manusia tau. Ditambah pula dengan faktor penyebaran virus ini juga hanya berlaku antara tikus ke manusia sahaja dan bukan manusia-manusia.

Cuma iya lah, dalam keadaan sekarang, kita dah associate China dengan virus, itu yang buat sesetengah orang tak senang duduk.

RUJUKAN:

Schmaljohn, C. S., and Nichol, S. T. (2006). Bunyaviridae. Chapter 49 in: Fields Virology, Fifth Edition (D. M. Knipe and P. M. Howley, Eds. in chief), Philadelphia, Lippincott Williams & Wilkins, pp. 1741–1790

Vincent, M. J., Quiroz, E., Gracia, F., et al. (2000). Hantavirus pulmonary syndrome in Panama: identification of novel hantaviruses and their likely reservoirs. Virology 277: 14–19.

Yates, T. L., Mills, J. N., Parmenter, et al (2002). The ecology and evolutionary history of an emergent disease: hantavirus pulmonary syndrome. Bioscience 52: 989–998.

Centers for Disease Control and Prevention (2002) Summary of notifiable diseases, United States 2000. Special issue of Morbidity and
Mortality Weekly Report, Vol. 49 (53), June
14.

Chin, J. (ed.) (2000) Control of communicable diseases manual (seventeenth edition).
Washington, DC: American Public Health
Association.

Clement, J., Heyman, P., Colson, P. and Groeneveld, P.H. (1996) ‘Spread of hantavirus infections in Europe’. Lancet, 347, 771.

Clement, J., Heyman, P., McKenna, P., Colson, P. and Avsic-Zupanc, T. (1997) ‘The hantaviruses of Europe: from the bedside to the bench’. Emerging Infectious Diseases, 3, 205–11.

B.W.J. (1993) ‘Hantavirus pulmonary syndrome: an emerging infectious disease’. Science, 262, 850–1.

LeDuc, J.W. (1997) ‘Hantaviruses’. In A.S. Evans and R.A. Kaslow (eds), Viral infections of humans: epidemiology and control (fourth edition). New York: Plenum, 345–62.

Mills, J.N., Ksiazek, T.G., Peters, C.J. and Childs, J.E. (1999) ‘Long-term studies of hantavirus reservoir populations in the southwestern United States: a synthesis’. Emerging Infectious Diseases, 5, 135–42.

Nathanson, N. and Nichol, S.T. (1998) ‘Korean
hemorrhagic fever and hantavirus pulmonary syndrome: two examples of emerging hantaviral diseases’.

In R.M. Krause (ed.), Emerging infections: biomedical research reports. San Diego: Academic Press, 365–74.

Schmaljohn, C. and Hjelle, B. (1997) ‘Hantaviruses: a global disease problem’. Emerging Infectious Diseases, 3, 95–104.

Hooper, J. W., Larsen, T., Custer, D. M., and Schmaljohn, C. S. “A Lethal Disease Model
for Hantavirus Pulmonary Syndrome.” Virology, 2001, 289, 6–14.

Peters, C. J. “Hantavirus Pulmonary Syndrome in the Americas.” In Emerging Infectious (Vol. 2), ed. W. M. Scheld, W. A. Craig, and J. M. Hughes. Washington, D.C.: ASM
Press, 1998.

F. Gonzalez-Scarano and N. Nathanson. “Bunyaviruses.” In Fields’ Virology, ed. B. N. Fields and D. M. Knipe, et al., pp. 1473–1504. New York, 1996.

L. H. Elliott et al. “Isolation of the Causative Agent of Hantavirus Pulmonary Syndrome.” Am. J. Trop. Med. Hyg. 51 (1994):102.

J. M. Hughes et al. “Hantavirus Pulmonary Syndrome: An Emerging Infectious Disease.” Science 262 (1993):850.

B. W. J. Mahy and C. J. Peters. “Current Problems with Viral Hemorrhagic Fevers.” In Microbe Hunters Past and Present, ed. H. Koprowski and M. B. A. Oldstone, pp. 257–266. Bloomington, IL, 1996.

Lee HW, Lee PW, Johnson KM (1978) Isolation of the etiologic agent of Korean Hemorrhagic
fever. J Infect Dis 137:298–308

Casals J, Henderson BE, Hoogstraal H, Johnson KM, Shelokov A. A review of Soviet viral hemorrhagic fevers, 1969. J Infect Dis. 1970;122:437–453.

French GR, Foulke RS, Brand OA, Eddy GA, Lee HW, Lee PW. Korean hemorrhagic fever: propagation of the etiologic agent in a cell line of human origin. Science. 1981;211:1046–1048.

Peters CJ. Viral Hemorrhagic Fevers. Viral Pathogenesis. New York City: Lippincott-Raven Publishers, 1997, 779-94.

Peters CJ, Simpson GL, Levy H. Spectrum of Hantavirus Infection: Hemorrhagic Fever with Renal Syndrome and Hantavirus Pulmonary Syndrome. Annual Review of Medicine 1999;50:531-45.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.