Sekarang ini, peminat drama Korea menjadi penasaran dengan drama terbaru terbitan tvN My Roommate Is A Gumiho yang menampilkan Jang Ki-yong sebagai gumiho (musang berekor sembilan). Selain Ki-yong, satu lagi drama popular tvN iaitu Tale of the Nine Tailed (2020) dengam Lee Dong-wook memegang peranan sebagai makhluk itu. Di sebalik imej romantis yang ditampilkan dua protagonis itu, hakikatnya gumiho atau kumiho berbeza mengikut cerita rakyat Korea.

My Roommate Is A Gumiho

Tidak ramai tahu kisah gumiho ini serupa dengan mitologi kitsune (Jepun) dan huli jing (China). Kebanyakan mitos ini berkongsi konsep yang sama iaitu mempunyai usia yang panjang, mampu mengumpul tenaga dan berupaya mengubah pelbagai bentuk termasuk sebagai manusia. Tetapi tidak seperti huli jing dan kitsune yang mempunyai pertimbangan moral yang rumit, gumiho digambarkan sebagai makhluk jahat yang suka mema.ma.h daging manusia.

Tale of the Nine Tailed

Bagaimanapun, tidak diketahui bila gumiho digambarkan sebagai makhluk buas mengikut cerita rakyat Korea. Ada percaya gambaran buas gumiho dipercayai dikaitkan dengan pendudukan Jepun di Semenanjung Korea dari 1910 hingga 1945. Tetapi ada juga percaya ia sebenarnya sudah bermula semasa Dinasti Koryo.

Begitupun, ada cendekiawan percaya terdapat dua pandangan berbeza tentang gumiho. Mereka merujuk kepada Taiping Guangji, sebuah koleksi dokumen tentang pelbagai cerita semasa Dinasti Song yang diterbitkan pada abad ke-10. Dalam dokumen tersebut, kerajaan Silla dikatakan mengangkat kumiho sebagai makhluk suci dan ajaib.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Yang pasti, disebabkan keinginannya memakan daging atau hati manusia, gumiho akan menyamar sebagai manusia dan menggoda mangsanya sehingga mereka terperangkap. Kadang-kadang kumiho turut dijumpai di kawasan perkuburan di mana ia akan menggali kubur dan makan ma.ya.t yang baru dikebumikan. Ia dibuat bukan sebab suka-suka tetapi demi mengekalkan pelbagai kelebihannya.

My girlfriend is Gumiho merupakan antara drama terawal Korea menjadikan Gumiho sebagai pusat kisah romantis.

Semasa menggoda manusia, kumiho turut terdedah kepada manusia yang mencuri atau mengambil yeowoo guseul (manik rubah). Mengikut mitologi Korea, yeowoo guseul dikatakan mengandungi pengetahuan luas dan sesiapa yang berjaya mengambilnya akan mendapat pelbagai pengetahuan. Yeowoo guseul ini kadang-kadang menjadi premis beberapa drama Korea seperti My Roommate Is A Gumiho.

Walaupun gumiho mempunyai pelbagai kelebihan yang dicemburui ramai, hakikatnya dalam sesetengah cerita, ia juga kepingin bergelar manusia. Mengikut kepercayaan Buddha, gumiho boleh bertukar menjadi manusia dan membuang keinginan jahatnya. Terdapat pelbagai cara gumiho berubah menjadi manusia:

  • Mengikut cerita rakyat Korea, gumiho perlu mengelak daripada membu.n.uh dan makan daging manusia selama 1,000 hari.
  • Mendapatkan cintamani (mutiara yang boleh memperkenan permintaan mengikut kepercayaan Hindu-Buddha) dan memastikan dapat melihat bulan mengambang sekurang-kurangnya setiap bulan semasa menjalani proses pertukaran.
  • Memakan hati 1,000 lelaki dalam tempoh 1,000 tahun. Sekiranya gagal dalam tempoh berkenaan, ia akan bertukar menjadi buih. (drama The Thousandth Man)
  • Tidak menunjukkan rupanya yang sebenar kepada manusia, tidak membu.n.uh manusia atau haiwan dan membantu sesiapa yang memerlukan pertolongan. Jika gumiho gagal melakukannya dalam tempoh 100 hari, ia akan kehilangan peluang menjadi manusia dan perlu menjadi syaitan selama 1,000 tahun. (drama Gu Family Book)
  • Tidak memberitahu sesiapa tentang identiti sebenar gumiho selama 10 tahun. (drama Kumiho: Tale of the Fox’s Child)

Disebabkan gambaran negatif tentang gumiho, pada awalnya ia digambarkan sebagai raksasa seperti filem seram The Fox with Nine Tails atau figura tragis macam Ji-ah (Jamie Chung) dalam Lovecraft Country. Tetapi bersesuaian dengan perubahan masa, imej gumiho diubah mengikut genre drama Korea yang disiarkan kepada khalayak awam.

Misalnya dalam Tale of the Nine Tailed, Lee Yeon (Dong-wook) digambarkan sebagai adiwira yang mengha.pu.skan makhluk ghaib jahat yang mengan.ca.m dunia manusia. Premis sama turut digunakan dalam drama KBS, Forbidden Love di mana wujud satu puak gumiho yang berperanan sebagai penjaga keamanan dan memelihara keseimbangan dunia manusia-musang.

Gumiho juga tidak lagi digambarkan secara negatif dengan pelakon-pelakon lelaki kacak dipilih pihak produksi untuk menggalas peranan gumiho. Kebiasaannya, mereka menggalas peranan sebagai gumiho yang bersikap romantis seperti Shin Woo-yeo (Ki-yong) dalam My Roommate Is A Gumiho. Keputusan kreatif sebegini mungkin lari daripada kisah rakyat Korea sebelum ini.

Tetapi dengan perubahan sebegini, ia mendorong penonton terutama warga Korea mengenali sejarah Korea dengan lebih mendalam. Dan ini dinyatakan oleh produksi Tale of the Nine Tailed semasa drama itu disiarkan pada tahun lepas.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Perubahan kreatif yang dibuat mereka dengan memodenkan elemen cerita rakyat Korea dalam drama berkenaan membuatkan cerita-cerita rakyat sebelum ini kelihatan segar. Antara contoh perubahan ialah samdochun (sempadan dunia manusia/alam ghaib) ditukar kepada Pejabat Imigresen Alam Ghaib dengan penjaganya yang digambarkan sebagai pegawai moden dan bukan hantu mengikut cerita rakyat.

Agaknya kalau cerita-cerita rakyat negara diletakkan dalam latar moden seperti dilakukan oleh produksi-produksi drama Korea hari ini, mesti seronok, kan?

RUJUKAN:

Sister, Fox. (2015). Monster of the Week: Kumiho. The Supernatural Fox Sisters.com. Diambil dari https://thesupernaturalfoxsisters.com/2015/06/03/monster-of-the-week-kumiho/

K, J. (2020). 3 Ways “Tale Of The Nine-Tailed” Puts A Unique Twist On Traditional Stories. Soompi. Diambil dari https://www.soompi.com/article/1431185wpp/3-ways-tale-of-the-nine-tailed-puts-a-unique-twist-on-traditional-stories


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.