Sejak kecil, penulis tertanya-tanya mengapa peribahasa Melayu perlu digunakan sebagai penyedap ayat. Tetapi dengan perubahan masa, barulah penulis sedar peribahasa ini sebenarnya bukan sekadar melambangkan hubungan simbiosis orang Melayu dengan alam semulajadi. Malah, ia sebenarnya melambangkan kebijaksanaan orang Melayu dalam disiplin ilmu secara tidak langsung. Berikut beberapa contoh peribahasa menarik:

  • Dua ekor gajah bertarung, seekor kancil m4ti tersepit di tengah-tengah

Maksud peribahasa ini ialah orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar yang mengakibatkan kebinasaan kepada dirinya. Dalam konteks alam, gajah merupakan haiwan yang gagah dan mampu menakutkan haiwan pemangsa yang cuba menangkapnya. Justeru, tidak hairanlah jika gajah naik minyak, lebih baik buat langkah seribu kerana tidak mahu dilanggar atau dipijaknya.

Dalam konteks sejarah orang Melayu, gajah digunakan sebagai alat pengangkutan golongan bangsawan dan pemerintah, urusan kerja berat dan jentera pep3rangan. Buktinya, E.H Schafer (1957) pernah mencatatkan juak-juak Melayu diperintahkan oleh Maharaja Fei dari Wei Barat (China) untuk menggembala dua ekor gajah yang dibawa dari Lingnan (kini selatan China dan Vietnam) pada tahun 554. Gajah-gajah ini dilengkapi dengan rengga kayu dan p3dang gading.

Sementara dalam Hikayat Hang Tuah pula, Laksamana Hang Tuah dikatakan pernah membeli enam ekor gajah di Siam. Dalam rekod Maharaja Ming (Ming Shi-lu), beberapa ekor gajah telah dibawa rombongan Kesultanan Melayu Melaka diketuai Hang Tuah dan telah dihadiahkan kepada baginda pada tahun 1481.

Kancil seperti kita semua sedia maklum merupakan haiwan yang cerdik. Ada saja helahnya bila mahu melepaskan diri bila berdepan 4ncaman pemangsa seperti dipaparkan dalam banyak kisah Sang Kancil.

Dalam peribahasa ini, ia sebenarnya mengingatkan manusia walau secerdik mana sekalipun dirinya, tetapi bila terperangkap dalam konflik, dia tidak akan berupaya melepaskan diri. Malah, ia juga berperanan sebagai ingatan kepada para pemerintah bahawa ketamakan dalam mengejar kuasa boleh mengakibatkan kehilangan nyawa terutama dalam kalangan rakyat.

Peribahasa ini bukan sekadar menceritakan kaitan gajah dengan pelbagai aspek kehidupan orang Melayu. Malah, ia secara tidak langsung menunjukkan kehandalan orang Melayu dalam bidang zoologi (kaji haiwan).

  • Bak membelah buah kepayang muda, dimakan mabuk, dicampak sayang

Dalam masakan Melayu, buah kepayang atau keluak amat lazat sebagai ramuan hidangan termasuk hidangan nasi kebuli (hidangan diraja bagi kerabat diraja Pahang silam). Tetapi jika anda cuba memakannya secara mentah-mentah, memang mabuklah jadinya dan berpotensi m4ti. Ini kerana buah ini sebenarnya ber4cun dan jika dimakan, rasanya amat pahit.

Berikutan sifatnya yang memabukkan, tidak hairanlah mengapa sesetengah nelayan menjadikan ia sebagai bahan semasa menuba ikan. Ini bagi memastikan ikan yang cuba ditangkap mabuk atau m4ti. Justeru, buah ini harus melalui proses yang panjang untuk membuang r4cunnya sebelum ia digunakan sebagai bahan masakan.

Atas sebab itulah, definisi peribahasa di atas amat sesuai iaitu serba salah. Yalah, jika dibelah, tidak dimakan sayang. Tetapi jika dimakan mentah, boleh menyebabkan seseorang itu mabuk atau m4ti. Peribahasa ini secara tidak langsung menunjukkan pengetahuan orang Melayu dalam ilmu botani.

  • Bagai dedalu api hinggap ke pokok

Peribahasa ini bermaksud orang jahat walau ke mana saja dia pergi akan merosakkan orang yang baik. Dalam konteks ilmu botani, dedalu sebenarnya sejenis tumbuhan parasit yang menumpang di pokok buah-buahan seperti mempelam atau jambu.

Bila dedalu sudah menumpang, ia akan menghisap semua nutrien pokok yang ditumpang sehingga mengakibatkan pokok tersebut kehilangan nutrien berharga. Jika dibiarkan, dedalu boleh menyebabkan pokok tersebut m4ti.

Peribahasa ini menunjukkan betapa mendalamnya kefahaman orang Melayu terhadap ilmu botani dan bagaimana ia dimanfaatkan dalam kehidupan seharian terutama dalam bidang pertanian.

  • Sekerat ular, sekerat belut

Peribahasa ini membawa maksud orang yang tidak tahu pihak mana yang harus diikuti/munafik. Tetapi mengapa orang terdahulu menyamakan ular dengan belut sebagai gambaran kepada sifat munafik?

Hasil kajian beberapa penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan beberapa keputusan menarik. Pertama, bentuk fizikal dua haiwan itu mirip antara satu sama lain. Kedua, belut atau belut sawah (Monopterus albus) dalam konteks peribahasa ini tidak mempunyai sirip atau anggota tambahan untuk bergerak seperti ikan lain.

Justeru, jika ada yang melihat haiwan ini di bendang, bohonglah kalau tiada yang meloncat lari kerana menyangka ia seekor ular. Selain itu, belut juga mempunyai ciri hermafrodit iaitu organisma yang mempunyai kedua-dua organ pembiakan jantan dan betina pada individu yang sama.

Pada awal kehidupannya, belut bermula sebagai betina sebelum bertukar menjadi jantan bila mencecah usia dewasa. Menariknya, belut ini boleh menukar jantina terutama apabila populasi belut betina berkurangan di sesebuah habitat.  Tetapi semasa proses penukaran jantina berlaku, belut akan menjadi agresif dan menjadi k4nibal. Selagi proses penukaran jantina berlaku, ia berupaya memakan belut-belut lain.

  • Menanam tebu di bibir

Ah, ya. Peribahasa paling sesuai diberi kepada golongan politikus di seantero dunia. Peribahasa ini bermaksud janji-janji manis yang ditabur atau orang yang bercakap baik tetapi berniat jahat.

Mungkin agak janggal mengaitkan tebu dengan sikap mungkir janji. Tetapi peribahasa ini sekali lagi menonjolkan pemahaman ilmu botani orang Melayu. Tebu jika dilihat dari strukturnya, mempunyai daun yang tajam, kasap dan miang, kulit yang keras dan liat. Ia mempunyai ruas-ruas keras tetapi jika diproses boleh menghasilkan air yang manis dan enak rasanya.

Tebu mempunyai rasanya yang manis dan sedap tetapi strukturnya mempunyai ciri yang tajam yang pada masa sama akan menyakiti orang lain. Begitulah juga dapat difahami dengan janji-janji yang ditaburkan, manis didengar dan enak untuk ditelan. Tetapi ciri janji itu ada mempunyai ciri tajam, keras, miang dan liat. Kemanisan itu memiliki durinya yang tersendiri.

  • Dit3mbak dengan p3luru petunang

Peribahasa ini bermaksud rundingan yang sangat baik. Dalam konteks sejarah, orang Melayu bukan sekadar menggunakan s3njata tradisional seperti k3ris, t0mbak dan l3mbing. Malah, orang Melayu sebenarnya turut memanfaatkan teknologi pers3njataan terkini ketika itu seperti 1stinggar dan m3riam.

Ini dibuktikan menerusi pembentangan yang dibuat oleh penyelidik ilmu pers3njataan Melayu, Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah dalam Wacana Manuskrip Melayu, Istinggar dalam Manuskrip Melayu: Tradisi Ilmu dan Teknologi Minangkabau pada tahun lepas. Dalam pembentangan tersebut, Wan Mohd Dasuki mendedahkan Kesultanan Melayu Melaka mempunyai 8,000 laras s3napang dan m3riam.

Dalam pembentangan sama, beliau turut mendedahkan betapa takjubnya Alfonso de Albuquerque melihat kualiti s3njata yang dihasilkan kesultanan Melayu itu selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Menerusi catatannya pada tahun 1557, 3,000 laras s3napang Melaka dirampas dengan kualiti pembuatannya dikatakan menyamai kualiti pembuatan s3napang yang dihasilkan di Eropah.

Jadi apa kaitan p3luru petunang dengan rundingan yang sangat baik? P3luru petunang ialah p3luru yang telah dijampi dengan tujuan setiap b3dilan atau t3mbakan yang dilepaskan mengenai sasaran. Bila ia dibuat sebegitu rapi, maka hasilnya juga baik.

  • Seperti bujuk lepas dari bubu

Bagi yang menggaru kepala apa sebenarnya bujuk, bujuk sebenarnya ikan haruan. Peribahasa ini bermaksud hilang dalam sekelip mata. Dalam dunia haiwan akuatik, usah pandang rendah keupayaan ikan haruan.

Ini kerana ikan ini merupakan ikan pem4ngsa dan mempunyai badan yang kuat. Selain itu, ia juga amat menjaga kawasan dan bersedia bertindak agresif untuk melindungi kawasannya. Justeru, usah terkejut jika ikan sebegini terlepas dari kail atau bubu kerana ia menunjukkan kekuatannya dalam melepaskan diri.

Atas sebab itulah, peribahasa ini sesuai dengan perilaku ikan ini. Ini kerana apabila ia sudah terlepas, ia akan segera menghilangkan diri sehinggalah 4ncaman terhadapnya hilang.

RUJUKAN:

Abd Rahim, Haziq. (2020). Peribahasa – Peribahasa yang Tunjuk Melayu Ini Genius, AJAR. https://ajar.com.my/2020/04/22/peribahasa-peribahasa-yang-tunjuk-melayu-ini-genius/

Mohamad Yusof, Nor Afzan. (2019). Kehebatan artileri Melayu dikaburkan dalam sejarah. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/04/555261/kehebatan-artileri-melayu-dikaburkan-dalam-sejarah

MyNewsHub. (2017). Buah Keluak, Beracun Tetapi Lemak Isinya. https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/buah-keluak-beracun-tetapi-lemak-isinya/

Selongkar10. (2019). 15 Peribahasa Melayu ‘Rare’ Jarang-Jarang Kita Dengar Berserta Maksud Tersiratnya. https://selongkar10.blogspot.com/2019/05/15-peribahasa-melayu-rare-jarang-jarang.html

Yusof, Yusrin Faidz. (2019). Gajah Dalam Sejarah Alam Melayu. https://yusrinfaidz.blogspot.com/2019/12/gajah-dalam-sejarah-alam-melayu.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.