Raja George VI mempunyai urusan yang sangat penting pada tahun 1946. Cuaca pun elok, dengan musim panas menyinari kehijauan bumi United Kingdom yang baru menang dalam Per.ang Dunia Kedua.

Walaupun infrastruktur ros.ak teruk dan ekonomi pula tidak menentu, imej dan integriti monarki tidak langsung terca.lar.

Rakyat melihat baginda sebagai raja yang baik, yakni simbol penyatuan pada ketika negara mengalami dugaan besar. Jadi baginda perlu menyelesaikan urusan hari itu, untuk memastikan simbol ini berterusan.

Apabila pintu dibuka, baginda melihat seorang pemuda tinggi lampai sedang berjalan masuk dengan penuh etika.

Pemuda ini bernama Philip, seorang bangsawan daripada Keluarga Diraja Greece. Ketika berusia 18 bulan, keluarga Philip dihalau daripada Greece. Mereka menetap di Paris dalam sebuah rumah milik seorang ibu saudara.

Pada tahun 1939, Philip menjalani latihan bersama Ten.tera Laut British dan menjadi kadet terbaik. Dan baginda dihantar jauh untuk berper.ang hingga Jepun menyerah kalah.

Pengalaman per.ang mengukuhkan azam Philip untuk mendirikan rumahtangga sendiri (Vicenty, 2021). Pertemuan Philip dengan Raja George adalah untuk mencapai azam tersebut. Kerana satu-satunya gadis dalam hatinya ialah Puteri Elizabeth.

George (paling kanan)

Mereka mula kenal dalam sebuah majlis perkahwinan ketika Elizabeth masih kecil. Hubungan mereka menjadi serius pada tahun 1939.

George tahu tentang hubungan ini. Kerana semasa bersantapan di atas sebuah kapal layar, George menjemput Philip… dan pipi Elizabeth terus menjadi merah (Macfarlane, 2021).

Jadi George tidak berfikir lama… terus menerima pinangan Philip dengan syarat yang kecil sahaja: berkahwin apabila Elizabeth berusia 21 tahun. Philip bersetuju, dan pertunangan mereka dirasmikan pada 9 Julai 1947 (Petter, 2021).

Seperti dijanjikan, Philip berkahwin dengan Puteri Elizabeth pada 20 November 1947 dalam sebuah majlis yang besar.

Ada satu kejadian tidak diingini berlaku pada hari perkahwinan. Tiara Elizabeth pat.ah. Mungkin ada berprasangka ini petanda buruk.

Tetapi sebenarnya tiada apa pun yang berlaku. Tukang emas digegaskan dengan iringan polis. Tiara baginda dibaiki dengan segera. Dan majlis perkahwinan diteruskan dengan gilang-gemilang.

Menjadi Putera Diraja British

Pada 6 Februari 1952, Philip dan Elizabeth sedang berehat di sebuah rumah berhampiran dengan hutan Kenya. Mereka menerima panggilan daripada London, yang dijawab Philip.

Beberapa minit kemudian, Philip menggalas tanggungjawab yang berat. Kerana baginda perlu menyampaikan berita kemang.katan Raja George VI (Elbaum, 2021). Pada waktu itu, Philip sudah tahu yang isterinya bakal dimasyhurkan sebagai Ratu United Kingdom.

Atas permintaan Ratu Mary (nenek Elizabeth), majlis pertabalan dianjurkan pada 2 Jun 1953.

Elizabeth mengisytiharkan yang Philip akan diberi tempat dalam semua majlis dan mesyuarat, asalkan tidak bercanggah dengan Akta Parlimen.

Ini bermakna, Philip dibenarkan berkuasa kecuali dalam Parlimen British sahaja. Sepanjang pemerintahan, Philip setia di samping Elizabeth.

Malah suara daripada orang dalam menyatakan mereka mempunyai hubungan yang sangat akrab. Philip sentiasa menjadi sumber kekuatan dan kebijaksanaan pada Elizabeth.

Ada saja laporan yang menabur spekulasi palsu, mengattakan bahawa mereka semakin berpisah. Tetapi mereka dengan segera akan membuat penafian tegas, supaya institusi diraja British kekal terjamin.

Seperti yang Philip berkata, “kita kena memastikan monarki ini berfungsi.” Inilah matlamat Philip, sepanjang hidup.

Malah di sebalik tabir pun, Philip sangat tegas terutamanya sebagai seorang bapa. Philip berasa yang anak lelakinya (tidak pasti sama ada Charles atau Andrew) agak lembut dan manja (wimpy) (Berger, 2021).

Keman.gkat.an Seorang Putera

Putera Philip dan Ratu Elizabeth II diberikan usia yang panjang. Tetapi bagi Philip, usia yang panjang tidak bermakna baginda sentiasa sihat.

Dalam sebuah temu bual pada tahun 2000, baginda berkata yang baginda tidak mahu hidup sampai usia 100 tahun. Kerana tubuh badannya pada masa itu lagi sudah kerap sak.it (Ward, 2020).

17 tahun kemudian, baginda tidak berhenti masuk keluar hospital. Pada 2 Ogos 2017, baginda akhirnya bersara daripada tugasan diraja. Beberapa bulan kemudian, baginda muncul untuk menyambut ulang tahun ke-70 bersama Elizabeth II.

Dan tidak lama kemudian, baginda sekali lagi digegaskan ke Hospital Raja Edward VII untuk menukar tulang pinggul.

Dan apabila COVID-19 melanda, Philip atas faktor usia terpaksa duduk dalam perkarangan Istana Windsor sahaja. Baginda masuk hospital buat kali terakhir pada 3 Mac 2021 untuk menjalani pembe.dahan jantung (keluar 13 hari kemudian).

Dan pada 9 April 2021, baginda mang.kat dua bulan sebelum menyambut Hari Keputeraan Ke-100.

RUJUKAN:

Berger, M. (2021, April 9). Prince Philip, Husband of Queen Elizabeth II, Is (ditapiskan) at 99. The New York Times.

Elbaum, R. (2021, April 9). Prince Philip, husband of Britain’s Queen Elizabeth II, (ditapiskan) at 99. NBC News.

Macfarlane, J. (2021, April 9). Prince Philip and Queen Elizabeth’s royal love story explained – and how they first met. Yorkshire Post.

Petter, O. (2021, April 9). How Prince Philip and the Queen met: The story of a royal relationship. Independent UK.

Vicenty, S. (2021, April 9). Prince Philip, Duke of Edinburgh and Husband to Queen Elizabeth, Has (ditapiskan) at 99. Oprah Daily.

Ward, V. (2020, Disember 27). Duke of Edinburgh proves reluctant celebrant ahead of his 100th birthday. The Telegraph


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.