Dalam sejarah supervillain DC Comics, supervillain yang menggunakan senjata bertema ais yang dikenali ramai sudah tentu Mr Freeze atau nama sebenarnya Victor Fries iaitu salah seorang musuh Batman. Lebih-lebih lagi, watak Mr Freeze pernah dilakonkan oleh Arnold Schwarzenegger dalam filem Batman & Robin (1997). Namun begitu, masih ada lagi watak supervillain yang popular dengan senjata ais iaitu Captain Cold atau alter egonya Leonard Snart, musuh The Flash. Untuk pengetahuan anda, watak Leonard Snart dilakonkan oleh Wentworth Miller dalam siri televisyen The Flash (2016) dan Legends of Tomorrow (2016).

Namun apakah perbezaan di antara mereka berdua? Senjata mereka berdua bertemakan ais namun konsep bagi pembuatan senjata mereka sangatlah berbeza. Nampak sama tetapi tidak serupa.

Mr.Freeze pakar dalam bidang kriogenik. Kriogenik secara asasnya ialah cabang fizik yang melibatkan suhu yang rendah. Kemalangan di dalam makmalnya membuatkan Mr.Freeze terpaksa memakai sut kriogenik untuk mengekalkan suhu badannya yang rendah. Senjata Mr Freeze boleh membuatkan sasarannya menjadi beku. Dan bahan asas senjata Mr.Freeze ialah cecair nitrogen. Cecair Nitrogen sangat berbahaya dan jika terkena pada kulit manusia boleh mengakibatkan luka beku (Cold Burn). Tisu dan kulit akan rosak jika terdedah dengan suhu beku yang melampau. Jika dilihat dalam siri Gotham (2014), senjata Mr.Freeze mampu membunuh seseorang dengan satu tembakan sahaja.

Senjata Captain Cold pula berbeza dengan Mr.Freeze. Captain Cold banyak mengubahsuai senjatanya yang digelar Cold Gun. Cold Gun mampu membeku sesuatu sasaran. Cold Gun ialah senjata boleh laras. Dalam siri The Flash (2014), Captain Cold boleh melaraskan suhu Cold Gun sewaktu Barry cuba membekukan King Shark.

Jika tersalah laras, ia mampu membunuh seseorang sepertimana Leonard Snart membunuh ayahnya dengan menggunakan Cold Gun. Cold Gun Dalam siri komik Rebirth, Captain Cold menggabungkan senjatanya dengan teknologi Anti Speed Force yang digelar sebagai Black Ice Gun. Dengan teknologi Anti Speed Force, Captain Cold mampu membeku seorang speedster dan mengganggu Speed Force yang merupakan punca kuasa The Flash sebagai seorang speedster. Ini bermakna The Flash tidak boleh menggunakan kelajuannya di dalam suhu bawah 0°C. Objek tidak bergerak di dalam suhu yang rendah.

Namun, apa yang menarik ialah Captain Cold menguasai ‘Absolute Zero Temperature’ di dalam Cold Gun nya. Ini diakui sendiri oleh Mr.Freeze. Absolute Zero bermaksud suhu yang rendah dianggarkan dalam −273.15 °C.

Captain Cold dan Mr.Freeze merupakan pesaing yang sama hebat. Di dalam game Injustice 2, mereka berdua sama-sama cuba membuktikan siapa yang lebih hebat dalam menggunakan senjata ais.

GAMBAR 1 : MR.FREEZE (GOTHAM)
GAMABR 2: CAPTAIN COLD

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mirza Danish merupakan seorang copywriter yang bekerja di syarikat swasta. Seorang pembaca dan juga penulis cerpen. Masa lapangnya diisi dengan bermain gitar, membuat vlog dan juga pergi ke gig pada hujung minggu. Juga merupakan seorang fanclub 'Hujan' yang digelar Raingers. Graduan dari UiTM Pasir Gudang dalam bidang kejuruteraan awam.

Leave A Reply