Jika kita rujuk PRPM, makna kata Nusantara = Kepulauan Melayu (maksudnya termasuk Malaysia, Selatan Thai, Filipina).

Dalam KBBI (Kamus Besar Bahasa Indonesia), Nusantara = Kepulauan Indonesia (Indonesia sahaja tanpa libatkan negara lain).

Tetapi, dalam konsep Asia Tenggara (ASEAN) pula, berbeza makna istilah Nusantara itu. Mari kita telusuri perubahan makna istilah perkataan ini dalam lipatan sejarah.

Advertisements

Etimologinya, kata Nusantara terbentuk daripada dua perkataan Sanskrit.

Nusa = pulau
Antara = antara / termasuk

Berdasarkan catatan sejarah,

Kata’ Nusantara’ mula muncul dalam teks jawa pada Abad ke-14, kemudian lesap daripada rekod sejarah selama beberapa lama.

Kemudian muncul pada penghujung Abad ke-20. Berdasarkan catatan sejarah, kata’ Nusantara’ mula muncul dalam teks jawa pada Abad ke-14, kemudian lesap drpd rekod sejarah selama beberapa lama. Kemudian muncul pada penghujung Abad ke-20.

Tahun 1334, Gadjah Mada dari Majapahit gunakan istilah Nusantara untuk merujuk kepada kawasan maritim Empayar Majapahit.

Dalam teks Pararaton, ditulis bahawa Gadjah Mada berjanji tidak akan gunakan rempah-ratus dalam makanannya selagi Majapahit tidak menundukan kerajaan-kerajaan lain di Nusantara. (Side note : betapa pentingnya sambal dalam makanan Melayu sehingga sumpah disandarkan pada sambal).

Selepas catatan ini, lama tidak ditemui (digunakan) perkataan Nusantara dalam penulisan. Kira macam satu keajaiban juga bagaimana perkataan ini masih wujud. Mungkin sebab istilahnya kekal diturunkan secara lisan.

Bila masuk era Penjajahan, konsep Nusantara ini digunakan dalam karya kreatif untuk menentang penjajah (semangat Nusantara). Indonesia gunakan untuk melawan Belanda, Malaysia gunakan lawan British.

Bila masuk era Penjajahan, konsep Nusantara ini digunakan dalam karya kreatif untuk menentang penjajah (semangat Nusantara). Indonesia gunakan untuk melawan Belanda, Malaysia gunakan lawan British.

Ki Hadjar Dewantara pula pernah mencadangkan kepada Sukarno agar Nusantara digunakan sebagai nama gabungan pulau-pulau di Indonesia yang merdeka. Tapi ditolak, nama Indonesia yang digunakan.

Masuk zaman ‘Ganyang Malaysia (1963 – 1966)’, istilah Nusantara juga digunakan oleh Indonesia dalam konfrontasi mereka.. ‘The vision of the Nusantara of a Greater Indonesia (Indonesia Raya)’. Selepas gagal gagasan Indonesia Raya, maka gagal juga usaha mewujudkan negara Nusantara.

Nusantara ini juga pernah dicadangkan sebagai nama kesatuan Malaysia, Singapura, Indonesia dan juga negara-negara Melayu yang lain, tetapi tidak digunakan. Malah istilah ASEAN pula yang diperkenalkan (kekal sehingga ke hari ini).

Kemelut istilah Nusantara ini juga sebenarnya menarik perhatian ahli akademik barat.

1951, Justus M. van de Kroef menyatakan bahawa Nusantara itu tidak sesuai utk melambangkan Indonesia. Tetapi lebih sesuai dirujuk kepada kawasan yang lebih luas (Kepulauan India Timur).

Charles Allen (1983) pula mengatakan Nusantara merujuk kpd kawasan yang bermula daripada Pulau Marquesa di Laut Pasifk, turun ke Asia Tenggara, melalui Madagascar.

Seawal tahun 1990-an pula, bermulalah istilah Nusantara disinonimkan dengan kebudayaan dan Politik Islam Nusantara… dan digunakan sebagai nama-nama syarikat di kedua-dua negara.

Contoh gerakan agama yang menggunakan Nusantara:-

1. Nadhatul Ulama (2015) , gunakan istilah Islam Nusantara.

2. Islam Hadhari yang pernah diperkenalkan di Malaysia gunakan konsep Islam Nusantara.

Sarjana Islam di Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand dan Filipina pernah bekerjasama menghasilkan Jurnal Antarabangsa Islam Nusantara.

Hari ini, istilah dan konsep Nusantara banyak digunakan dalam aktiviti kebudayaan yang melibatkan negara-negara di rantau ini.

Sebagai contoh: Kem Kepimpinan Nusantara yang berlangsung di Jakarta (2013) dan Putrajaya (2014). Kem ini dianjurkan oleh persatuan Generasi Baru Nusantara.

2015, secara rasminya istilah Nusantara disebut sebagai identiti Komuniti ASEAN. Istilah Nusantara juga pernah dicadangkan sebagai pengganti nama Laut China Selatan… jadi Laut Nusantara.

Kebangkitan semula konsep Nusantara dalam kalangan masyarakat kini bertitik tolak daripada pengambilan kata itu untuk diserapkan dalam politik dan budaya negara Malaysia dan Indonesia khususnya.

Kalau anda berminat dengan artikel tamadun Melayu, kami nak cadangkan anda beli buku terbaru kami, Hikayat Adiwangsa, sebuah Fantasi Tamadun Melayu yang diterbitkan bawah imprint fiksyen kami, Mahakarya. Beli di: http://bit.ly/HikayatAdiwangsa

RUJUKAN:

1. Ariffin Omar (2015), Bangsa Melayu: Malay Concepts of Democracy and Community.

2. Avé, Jan B. (1989), ‘“Indonesia”, “Insulinde” and “Nusantara”: Dotting the I’s and
Crossing the T.

3. Hans-Dieter Evers. (2016),Nusantara: History of a Concept.

Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply