Perbezaan Ketuanan Melayu Dan Ketuanan Yahudi-Zionism

839

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ketuanan Melayu telah menjadi naratif penting dalam politik Malaysia. Haluan kanan menyokongnya; haluan kiri menentangnya. Itulah rumusan paling senang untuk memahami konteks ini.

Namun apa yang mudah tidak semestinya tepat.

Disebabkan itulah semua orang harus faham apa itu Ketuanan Melayu sebelum mendengari dongengan dan omongan daripada ahli politik, biarpun yang menyokong atau menentang.

Bandaraya Lausanne yang terletak di Switzerland boleh menarik pelancong dari segenap alam dengan hanya gambar semata-mata.

Bangunan-bangunan di situ berwarna-warni terletak di tebing Tasik Léman dengan permandangan banjaran-banjaran berlitup salji. Meskipun dengan rambangan mata ini, Lausanne merupakan bandaraya penting dalam diplomasi global.

Disinilah blok Arab berkumpul untuk bersidang bersama Israel buat julung kalinya bagi tujuan menubuhkan negara Palestin. Namun pada tarikh yang sama iaitu 16 Ogos 1949, 1,000 kilometer jauh dari Lausanne ke Vienna, satu lagi peristiwa penting berkaitan Israel berlaku. Sebuah kapal menerbangkan Theodor Herzl untuk pengebvmiannya di Israel.

Kem4tian Herzl bergema di seluruh dunia terutamanya kawasan-kawasan penempatan Yahudi daripada Amerika Syarikat ke Timur Tengah ke Rusia. Sejak menulis Der Judenstaat pada tahun 1896, Herzl berusaha sehabis mungkin untuk menjayakan penubuhan penempatan berdaulat untuk bangsa Yahudi.

Idea dan kudratnya adalah ibaratkan benih pada rahim yang merupakan semangatnya. Daripada inginkan negara sendiri hinggalah rela dengan negeri dibawah Uthmaniyah, Zionisme rancak berusaha hinggalah P3r4ng Dunia Kedua mengizinkan segala-galanya.

Sudah menjadi semulajadi bagi Israel untuk terjerumus ke arah politik haluan kanan. Sejak penubuhan, Israel dikuasai pemimpin-pemimpin yang cerdik dan cilik seperti Golda Meir, Yitzhak Rabin dan Shimon Peres.

Dan sekarang ini Israel dilihat sudah letih selepas 10 tahun bersama Benjamin Netanyahu. Apa yang boleh dirumuskan daripada karier politik mereka ialah pasang surut haluan kanan, dimana mereka mempertahankan Israel yang dianggap hak mereka.

Tambah pula dengan Netanyahu, yang merupakan penguasa tertinggi parti Likud dalam Dewan Knesset. Likud pula ditubuhkan sebagai parti politik selepas parti-parti kecil iaitu Herut, Liberal, Free Center, National List dan Movement for Greater Israel bergabung.

Untuk pengetahuan National List ialah parti cetusan David Ben-Gurion yang tidak berpuas hati dengan halatuju parti asalnya iaitu Mapai. Herut pula ditubuhkan daripada benih Irgun yang merupakan pertubuhan separa t3nt3ra (par4milit4ry).

Maka denyut nadi Likud itu sendiri berpencak di haluan kanan mengukuhkan legitimasi negara Israel. Dengan erti kata lain, semangat Zionisme telah melahirkan Ketuanan Yahudi. Mesti mempertahankan negara walau apa jua sekalipun.

Titik Persamaan Yang Jauh Bercanggahan

Ketuanan Yahudi ingin menegakkan kepentingan bangsa. Ketuanan Melayu pun ingin menegakkan kepentingan bangsa. Namun ada satu perbezaan ketara dalam hal ini. Ketuanan Yahudi mengizinkan segala operasi di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza atas nama memelihara kedaulatan negara.

Sehingga hari ini Israel masih mengongkong penempatan-penempatan di majoriti Tebing Barat, sekaligus memustahilkan sebarang kerelevanan bagi kerajaan Palestin.

Di luar pep3r4ngan, anggota-anggota keselamatan Israel bosan menjaga sempadan. Jadi mereka mengejek mana-mana rakyat Palestin yang ingin melintas sama ada pergi atau pulang.

Siapa yang salah cakap kena tahan. Siapa yang ada dokumen tidak tepat (bukan palsu pun) kena tahan. Kadang ada unit keselamatan tulis suatu permit VIP yang tidak sah pun di sisi undang-undang Israel sendiri.

Permit ini disangka warga Palestin sebagai dokumen penting yang sebenarnya gurauan seorang dua anggota. Dan bila berjaya masuk, anggota sama tidak jaga pintu keluar (Holmes, 2019).

Maka kenalah tahan.

Inilah Ketuanan Yahudi.

Bumbung rumah budaya Palestin kadangkala dibuat mendatar bagi tujuan beriadah atau kerja rumah.

Israel pula membuat operasi kadangkala secara bergerak-gerak. Sesiapa yang melepak di ruangan bumbung tanpa mengetahui ada unit Israel berdekatan boleh dit3mb4k pun, terutamanya jika bercakap telefon dalam prasangka itu pemerhati Hamas (Beaumont, 2014).

Inilah Ketuanan Yahudi.

Belum lagi dikira dengan unit-unit kecil yang memecah masuk rumah pukul tiga pagi semata-mata untuk ambil gambar kononnya untuk berikan kesedaran bahawa Israel sentiasa memerhati.

Gambar-gambar tersebut tidak dihantar ke Shin Bet pun.

Inilah Ketuanan Yahudi.

Banyak boleh dibincangkan jika ingin ghairah membandingkan secara jahil antara Ketuanan Yahudi dan Ketuanan Melayu.

Malah satu artikel pun tidak mencukupi. Namun soalannya jelas: ada Melayu buat begini terhadap Cina dan India? Jika tiada, bagaimana Ketuanan Melayu sealiran dengan Ketuanan Yahudi?

RUJUKAN:

Beaumont, P. (2014, Jun 8). Stories from an (ditapiskan): the Israelis who broke silence. The Guardian. Retrieved from (Request Link)

Holmes, O. (2019, November 22). (ditapiskan) on power and boredom’: Israeli ex-(ditapiskan) depict life in the (ditapiskan). The Guardian. Retrieved from https://www.theguardian.com/artanddesign/2019/nov/22/exposed-israel-photo-exhibition

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.