Moving Forward As One

Perbezaan Ideologi Politik Konservatif VS Liberal Di Korea Selatan

1,098

Gambar di bawah ni, sebagaimana kalian boleh agak, ialah peta Korea Selatan. Di sebelah barat, biru mewakili parti presiden Moon Jae-in, Jeolla dan di sebelah timur ialah parti GeongSang Dong berwarna ‘samar’ (loghat kelate 🙊).

Kedua-dua bahagian ni, diwakili penyokong dan pengundinya, dah pun mengisytiharkan perseteruan antara satu sama lain. Siap gelar ‘seteru’ mereka sebagai ‘musuh utama’. Secara ringkas, ideologi politik berbeza yang dibawa parti masing-masing iaitu Jeolla yang liberal dan GeongSang Dong yang konservatif membawa kepada perseteruan berabad ni.
Berabad? Beratus tahun lamanya? Serius la. 🤔

Haaa kepada kaki kdrama sejarah, mesti pernah dengar nama Silla, Baekje, dan Goguryeo iaitu 3 kerajaan lama Korea kan? Sebenarnya, perseteruan timur lawan barat di semenanjung korea ni dah lama wujud. Kerajaan Silla dulu memerintah di belah timur Korea, berpusat di Gyeongju. Manakala Baekje yang berada di barat pula memerintah di pusatnya di Wirye, dipercayai Seoul sekarang.

Goguryeo pulak kat mana? Tu yang dipisahkan DMZ tu. Korea Utara.

Secara teknikalnya walaupun Korea ni dah jadi negara, sebenarnya mereka tak benar-benar bersatu pun. Silla dan Baekje dari dulu bergaduh, sejak ‘Romance of Three Kingdom’ Korea lagi. Malah masa Silla berkuasa, orang-orang Baekje tak dibenarkan jadi pegawai kerajaan.

Bila zaman moden, diorang bergaduh bab politik pulak. Masa parti GeongSang Dong memerintah dan Park Chung-hee (kepala pe.rang korea selatan masa pe.rang korea) jadi presiden, mendiang naikkan kawasan timur korea menjadi ‘chaebol’, dan menimbulkan kemarahan belah barat.

Hasilnya, peta ni la. Perseteruan berabad dalam kalangan rakyat,
sampai ke hari ini. Boleh tahan jugak semangat sejarah dan kebudayaan warga korea ni, diorang bawak dari dulu hingga kini. Fuh.

Kalau kita perhati pula secara menyeluruh di serata dunia, timur lawan barat ni memang biasa. Jerman, USA, UK, malah jepun pun ada semangat Kanto vs Kansai. Walaupun tak semua berkisarkan konservatif melawan liberal, tapi konsep seteru dari 2 arah ni wujud.
Malaysia pun ada? Entahlah.

Tepuk dada tanya selera.

Semangat kebangsaan ni bukan senang nak diterjemah dan diaksikan. Bahasa Melayu sebagai penyatu pun masih diperkotak-katikkan. Inggeris masih menjarah, walaupun sebagai bahasa. Haih.

P.S: Busan di timur Korea Selatan ada dialek sendiri, sebagaimana sek kito di Semenanjung. Saja nak beritahu. 🤭

Ruangan komen telah ditutup.