Huruf “vi es (vs)” adalah singkatan kepada perkataan “versus”. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan “versus” telah ditakrifkan sebagai “lawan”, “melawan”, ataupun “menentang”.
Bahasa Melayu dituturkan oleh 250 juta orang di seluruh dunia. Bahasa tersebut dituturkan di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Timor Leste, Myanmar, Australia, dan Thailand.
Bahasa Indonesia dituturkan oleh 198 juta orang di seluruh dunia. Bahasa tersebut dituturkan di Indonesia. Sebagaimana banyak negara lain, bahasa tersebut berfungsi sebagai bahasa penyatuan negara republik itu.
Tiada seorang pun yang bertutur dalam Béka Melayu ketika artikel ini ditulis. Bahasa tersebut ialah sebuah gambaran sekiranya Bahasa Melayu tidak dipengaruhi oleh unsur asing.
Apakah perbezaan ataupun persamaan antara Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, dan Béka Melayu? Barangkali artikel ini dapat menjawab sedikit persoalan kita. Harap bacalah dengan hati yang terbuka.
SISTEM TULISAN
Kita dapat mencari perbezaan ataupun persamaan antara Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, dan Béka Melayu melalui sistem tulisan mereka. Sistem Tulisan secara mudahnya ialah “cara ataupun kaedah untuk menulis”.
Bahasa Melayu sedang menggunakan Tulisan Rumi, dan/atau Jawi pada masa kini. Tulisan Rumi ditulis secara melintang dari kiri ke kanan, manakala tulisan Jawi ditulis secara melintang dari kanan ke kiri.
Bahasa Indonesia sedang menggunakan Aksara Latin pada masa kini. Aksara Latin ditulis secara melintang dari kiri ke kanan.
Béka Melayu memilih Surat Beringin sebagai tulisan rasmi mereka. Tulisan tersebut dipilih kerana tidak dipengaruhi unsur luar, di samping keizinan pemilik asal kepada “Aksara Beringin”.
PENGADAPTASIAN ISTILAH
Kita dapat mencari perbezaan ataupun persamaan antara Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, dan Béka Melayu melalui pengadaptasian istilah. Pengadaptasian Istilah ialah “cara mengadaptasi perkataan”.
Bahasa Melayu menggunakan “polis”, “universiti”, dan “basikal” manakala Bahasa Indonesia menggunakan “polisi”, “universitas”, dan “sepeda”. Beka Melayu menggunakan “mata-mata”, “balaikaji”, dan “gérék”.
Perkataan “polis”, “universiti”, “basikal”, “polisi”, “universitas”, dan “sepeda” masing-masing berasal daripada Inggeris, Belanda, Inggeris, Belanda, Latin, dan Perancis.
Perkataan “mata”, “balaikaji”, dan “gérék” masing-masing bermaksud “yang terpenting”, “bangunan penyelidikan”, dan “basikal”. Perkataan “gérék” diambil daripada Bahasa Melayu Kedah, “gerek”.
TATABAHASA
Kita dapat mencari perbezaan ataupun persamaan antara Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, dan Béka Melayu melalui tatabahasa. Tatabahasa ialah pengetahuan tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat.
Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia menggunakan sistem SVO. Segelintir pendukung Béka Melayu memilih untuk mengikut tatabahasa Melayu, manakala segelintir lagi mengikut Proto-Austronesia yakni VSO.
Pertimbangkan ayat berikut dalam ketiga-tiga bahasa tersebut.
Bahasa Melayu:
Mereka tidak makan beriani gam itu.
Bahasa Indonesia:
Mereka tidak makan nasi beriani itu.
Béka Melayu:
Tidak makan sida nasi minyak itu.
Ayat Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia dimulakan dengan subjek lalu diikuti oleh kata kerja, dan objek. Ayat Béka Melayu dimulakan dengan kata kerja lalu diikui oleh subjek, dan objek.
ANALISIS AYAT 1
Pertimbangkan ayat berikut dalam ketiga-tiga bahasa tersebut. Buat sebuah perbandingan daripada ayat tersebut.
Bahasa Melayu:
Malaikat membumi pada tempoh lailatulqadar bersama izin Ilahnya.
Bahasa Indonesia:
Malaikat membumi pada tempoh lailatulqadar bersama permisi Ilahnya.
Béka Melayu:
Di tenggat tujuh likur mendarat parayang dengan kebenaran Tuhannya.
Perkataan “malaikat”, “bumi”, “pada”, “tempoh”, “lailatulqadar”, “sama”, “izin”, “Ilah”, dan “permisi” masing-masing berasal darpada Arab, Sanskrit, Sanskrit, Portugis, Arab, Sanskrit, Arab, Arab, dan Belanda.
Perkataan “tujuh likur” bermaksud “malam kedua puluh tujuh”. Perkataan “tujuh” berasal daripada Proto-Austronesia, *tuzuq. Tiada bukti kukuh yang mendakwa perkataan “likur” itu kata pinjaman asing.
Perkataan “parayang” ialah singkatan kepada “para hiang”. Perkataan “para” berasal daripada Proto-Malayo-Polinesia, *para. Perkataan “hiang” berasal daripada Proto-Malayo-Polinesia-Barat, *qiang.
ANALISIS AYAT 2
Pertimbangkan ayat berikut dalam ketiga-tiga bahasa tersebut. Buat sebuah perbandingan daripada ayat tersebut.
Bahasa Melayu
Tauke kedai itu bertawakal kepada Ilah sesudah vaksinasi.
Bahasa Indonesia:
Pemilik toko bertawakal pada Ilah sesudah vaksinasi.
Béka Melayu:
Selepas penyungkitan berserah empunya warung itu akan Tuhan.
Perkataan “tauke”, “kedai”, “tawakal”, “pada”, “Ilah”, “sudah”, “vaksinasi”, “milik”, dan “toko” masing-masing berasal darpada Hokkien, Tamil, Arab, Sanskrit, Arab, Sanskrit, Belanda, Arab, dan Hokkien.
Perkataan “penyungkitan” berasal daripada kata dasar “sungkit”. Perkataan “sungkit” telah ditakrifkan sebagai “mencungkil”. Tiada bukti kukuh yang mendakwa perkataan “sungkit” itu kata pinjaman asing.
Perkataan “selepas” berasal daripada Proto-Austronesia, *esa dan Proto-Malayo-Polinesia-Barat, *lepas. Perkataan “empunya” berasal daripada Proto-Malayo-Polinesia, *empu dan Proto-Austronesia, *ni-ia.
ANALISIS AYAT 3
Pertimbangkan ayat berikut dalam ketiga-tiga bahasa tersebut. Buat sebuah perbandingan daripada ayat tersebut.
Bahasa Melayu:
Mereka minum teh di kedai itu sesudah Solat Jumaat.
Bahasa Indonesia:
Mereka minum teh di toko itu sesudah Salat Jumat.
Béka Melayu:
Selepas Sembahyang Kelima minum sida asau di warung itu.
Perkataan “mereka”, “teh”, “kedai”, “sudah”, “solat”, “jumaat”, “toko”, “salat”, dan “jumat” masing-masing berasal darpada Sanskrit, Hokkien, Tamil, Sanskrit, Arab, Arab, Hokkien, Arab, dan Arab.
Perkataan “Kelima” dilhamkan daripada Kadazandusun, “Kolimo”. Perkataan Kadazandusun tersebut berasal daripada Proto-Austronesia, *ka- dan *lima.
Perkataan “asau” dilhamkan secara langsung daripada Proto-Austronesia, *waSaw. Perkataan Proto-Austronesia tersebut pada asalnya membawa maksud “daun”.
ANALISIS AYAT SEHARIAN
Pertimbangkan ayat berikut dalam ketiga-tiga bahasa tersebut. Buat sebuah perbandingan daripada ayat tersebut.
Bahasa Melayu:
Diorang ngeteh kat kedai tu dah Solat Jumaat.
Bahasa Indonesia:
Orang-orang ngeteh kat toko tu dah Jumatan.
Béka Melayu:
Pas smayang lima gi ngasau diorang ni kat warung tu.
Perkataan “diorang”, “ngeteh”, “kat”, “tu”, dan “dah” masing-masing singkatan kepada “dia orang”, “mengeteh”, “dekat”, “itu”, dan “sudah”. Perkataan “Jumatan” secara harfiahnya bermaksud “kegiatan Jumaat”.
Perkataan “smayang”, “gi”, “ngasau”, “diorang”, “ni”, “kat”, dan “tu” masing-masing singkatan kepada “sembahyang”, “pergi”, “mengasau”, “dia orang”, “ini”, “dekat”, dan “itu”.
PEMILIHAN KATA
Ketiga-tiga bahasa mempunyai pilihan kata yang berbeza. Pertimbangkan kata benda ini. Kata benda ini merujuk kepada sejenis alat yang berfungsi untuk mengawal aliran kenderaan, manusia, ataupun haiwan di jalanraya.
Kata benda tersebut dinamakan sebagai “lampu isyarat” dalam Bahasa Melayu, manakala “lampu lalu lintas” dalam Bahasa Indonesia. Béka Melayu memilih “Damar Lintasan”.
Perkataan “lampu”, dan “isyarat” masing-masing berasal daripada Belanda dan Arab. Perkataan “damar” berasal daripada Proto-Austronesia, *damar. Istilah “damar lintasan” bermaksud “lampu tempat melintas”.
AKHIR KATA
Kesimpulannya, itu adalah perbandingan antara Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, dan Béka Melayu. Ketiga-tiga bahasa tersebut mempunyai perbezaan dan persamaan yang pelbagai.Apakah pendapat anda tentang perbandingan ketiga-tiga bahasa tersebut? Harap berikan ulasan anda di dalam ruang ulasan di bawah.
Kepada sesiapa yang berminat dengan Bahasa Melayu dan variasinya, tuan-tuan dan puan-puan boleh melayari laman sesawang “https://facebook.com/groups/531708060493604/“.
Kepada sesiapa yang berminat dengan Béka Melayu, tuan-tuan dan puan-puan boleh melayari laman sesawang “www.twitter.com/bekamelayu“, dan “https://m.youtube.com/channel/UCpD__fDrstaumIOcvah1xjA“.
Semoga artikel ini memberikan seribu satu kebaikan buat semua pihak baik secara langsung ataupun sebaliknya.
Sekian, terima kasih.
Bahasa Melayu: Tamat
Bahasa Indonesia: Tamat
Beka Melayu: Habis
RUJUKAN
Austronesian Comparative Dictionary: Malay. Dicapai pada 22hb September 2021 dari https://www.trussel2.com/acd/acd-l_m.htm#Malay
Loanwords in Indonesian and Malay. Dicapai pada 22hb September 2021 dari http://sealang.net/indonesia/lwim/
Langfocus: How different are Indonesian and Malay?! Dicapai pada 22hb September 2021 dari https://youtu.be/3kAbNdot4e0
Twitter: Beka Melayu. Dicapai pada 22hb September 2021 dari https://twitter.com/bekamelayu/status/1262219053516468224…
Omniglot: Malay. Dicapai pada 22hb September 2021 dari https://omniglot.com/writing/malay.htm
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Omniglot: Indonesian. Dicapai pada 22hb September 2021 dari https://omniglot.com/writing/indonesian.htm
Dewan Bahasa dan Pustaka: vs. Dicapai pada 22hb September 2021 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=vs
Langfocus: Malay. Dicapai pada 22hb September 2021 dari https://youtu.be/70nxZpblKws
Langfocus: Indonesian. Dicapai pada 22hb September 2021 dari https://youtu.be/749dhnXdYXQ
Macam mana Bahasa Melayu Tanpa Kata Pinjaman Asing? (Teka Beka Melayu). Dicapai pada 22hb September 2021 dari https://youtu.be/QoA1y20tyOw
Channel Youtube Ini Dedah Bagaimana Keadaan Bahasa Melayu Tanpa Pengaruh Arab, Inggeris, Sanskrit, Hokkien. Dicapai pada 22hb September 2021 dari https://www.google.com/…/channel-youtube-ini-dedah…/amp/
Dewan Bahasa dan Pustaka: sistem. Dicapai pada 22hb September 2021 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sistem
Dewan Bahasa dan Pustaka: tulisan. Dicapai pada 22hb September 2021 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=tulisan