Sudah 70 tahun bermula era pemerintahan Komunis yang bermula pada 1949 di Tanah Besar China. Tempoh yang lebih lama bertahannya dari era kerajaan Barisan Nasional di Malaysia. Dan semestinya bila disebut negara China, mesti kita terbayang akan susur galur sejarah mereka yang sangat unik bermula dari sebelum masihi lagi sehingga kini.

Segala jatuh bangun dan pertukaran pelbagai dinasti di zaman feudal menjadikan mereka pada hari ini. Jangan kita lupakan hubungan baik mereka bersama Malaysia bukan dimulakan pada era permodenan bermula pada 1974, tetapi hubungan China dan Tanah Melayu ini lebih lama lagi sebelum munculnya Kesultanan Melayu Melaka di Tanah Melayu.

Sebenarnya, tahun 1949 ini dianggap sebagai zaman kegelapan China oleh pejuang demokrasi. Sebelum 1949, Dinasti Qing masih lagi memerintah Tanah Besar China yang akhirnya digantikan oleh Parti Kuomintang (Baca Inihttps://thepatriots.asia/dr-sun-yat-sen-dan-kuomintang/). Maka setelah memerintah dengan  nama Republik China (Republic of China-ROC) selama 40 tahun, akhirya pada tahun 1949, tentera Komunis diketuai oleh Ma Zaedong telah menggulingkan Parti Nasional China ini dalam perang saudara yang penuh berdarah dan kejam.

Parti Komunis yang telah menggulingkan Parti Kuomintang telah menubuhkan Republik Rakyat China (People’s Republic of China-PRC). Maka inilah yang menerajui negara China sehingga kini. Jadi, adakah Parti Kuomintang telah habis seluruhnnya? Jawapannya tidak. Saki baki mereka yang tidak dibunuh yang diketuai oleh Chiang Kai-shek telah lari meninggalkan Tanah Besar China dan pergi ke sebuah kepulauan yang berhampiran yang dikenali sekarang dengan nama Taiwan.

Taiwan yang dahulunya dikenal sebagai Formosa adalah sebuah kepulauan yang pernah menjadi Republik Formosa sekitar tahun 1895 dan republik di bawah Dinasti Qing yang paling singkat selepas diserahkan pada Jepun pada 23 Mei 1895 iaitu pada tahun yang sama juga. Kepulauan yang jaraknya 100 batu dari China telah menjadi destinasi pelarian bagi saki baki Parti Kuomintang. Kepulauan ini pernah dijajah oleh beberapa negara termasuklah China, Belanda dan Jepun kerana ia merupakan pusat dagangan dan pengangkutan utama ke Tanah Besar China.

Evolusi negara Taiwan bermula apabila pada 1980-an berlaku beberapa perubahan demokrasi menjadi situasi agak rumit ketika itu. Permulaannya pada 1996 apabila Taiwan melalui proses pemilihan Presiden pertama, menjadikan negara pulau ini dekat dengan polisi-polisi Amerika Syarikat.

Kita perlu tahu bahawa selepas Parti Komunis menguasai China, negara negara Barat sangat takut akan pengaruh Komunis yang akan bertumbuh menjadi kuasa besar di Asia melebihi pengaruh demokrasi di negara negara serantau. Disebabkan itu, negara negara demokrasi serantau terpaksa mengurangkan komunikasi dengan Taiwan demi menjaga hubungannya dengan China sebagai sebuah negatra besar.

Amerika Syarikat juga pernah mempunyai dasar lama untuk tidak mempunyai hubungan dengan kepimpinan Taiwan selama 40 tahun sebelum ia tertabal apabila Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen yang menghubungi Donald Trump untuk mengucapkan tahniah atas kemenangannya dalam pemilihan Presiden. Begitulah betapa kuatnya pengaruh China dalam menentukan siapa kawan dan siapa lawan. Itu belum kita sebutkan dari sudut ekonomi antara blok Kapitalis dan Komunis ini.

Sepanjang abad ke 20, Komunisme telah muncul sebagai ancaman kepada kuasa Barat. Banyak Perang Dingin yang berlaku untuk menghapuskan penyebaran fahaman ini yang diasaskan oleh Karl Marx dan telah mula diterapkan ketika Revolusi Bolshevik pada 7 November 1917.

Jika pernah kita menonton sukan Olimpik, kita pasti melihat ada satu negara yang tertulis Chinese Taipei. Mesti kita tertanya-tanya kenapa Taiwan diletakkan nama sebagai Chinese Taipei tetapi tidak Taiwan? Jika kita memahami konteks dari sudut sejarah seperti yang telah ditulis di atas, maka kita akan tahu kenapa ia digelar sebegitu.

Pada asalnya PRC dan ROC memang diletakkan sekali di bawah satu jawatankuasa yang sama iaitu Jawatankuasa Olimpik China (China Olympic Committee). Hubungan yang kompleks antara kedua dua buah negara ini perlu diwujudkan satu entiti untuk menyertai acara di peringkat kebangsaan seperti Sukan Olimpik. Masing masing mengakui kedaulatan ke atas Taiwan samada ROC atau PRC. Tetapi ia tidak bertahan lama. Pada tahun 1976, PRC yang berkuasa ke atas China tidak membenarkan mana mana entiti untuk menggunakan perkataan ‘China’ termasuklah Taiwan sendiri.

Disebabkan pengharaman ini, maka ROC yang menguasai Taiwan telah memboikot sukan Olimpik dengan tidak menghantar penyertaan mewakili Taiwan. Tetapi pemboikotan ini tidak lama. Pada tahun 1984, Taiwan kembali menyertai Olimpik. Taiwan perlu memikirkan sebuah nama yang tidak ada sangkut paut dengan China untuk menunjukkan bahawa Taiwan bukan dibawah pemerintahan Tanah Besar China, lebih sepesifik di bawah PRC.

Selepas mengadakan perbincangan yang agak lama, maka ROC mengambil keputusan untuk menggunakan nama Chinese Taipei kerana ia menggambarkan sempadan wilayah ROC yang jelas dengan tidak melibatkan PRC di Tanah Besar China. Di sini juga menjadi titik penting menunjukkan kedaulatan Taiwan di bawah ROC dan bebas merdeka dari Tanah Besar China. Keputusan pengubahan nama ini diterima oleh PRC yang berpengkalan di Beijing.

Jadi, jika ditanya apakah perbezaan antara Taiwan dan China? Dari segi bangsa, boleh dikatakan tiada beza kerana dari susur galur bangsa yang sama. Tetapi jika disebut dari sudut politik, maka itulah yang membezakan mereka. Asas perjuangan juga berbeza di antara Demokrasi dan Komunis. Bagi PRC, Komunisme itulah adalah demokrasi sama seperti demokrasi yang dipraktikkan di negara negara Barat. Perbincangan lebih lanjut berkenaan ini akan diteruskan dalam artikel seterusnya.

RUJUKAN:

1. Roy, Denny (2003). Taiwan: A Political History. Ithaca, New York: Cornell University Press

2. What Is Chinese Taipei? (2018). https://www.economist.com/the-economist-explains/2018/04/09/what-is-chinese-taipei


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan seorang Jurutera Mekanikal Lapangan di The Hub's Engineering Bergiat aktif dengan YADIM dan merupakan Presiden Kluster Belia di bawah YADIM iaitu Sahabat YADIM.

Comments are closed.