Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “perbandingan” telah ditakrifkan sebagai “hal berbanding atau dibandingkan”. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, “bahasa” telah ditakrifkan “sistem lambang bunyi yang digunakan untuk mengidentifikasikan diri”. Bahasa Melayu dituturkan oleh 250 juta orang di Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, Myanmar, Australia, dan Filipina. Bahasa tersebut dijadikan sebagai bahasa rasmi di Malaysia, Singapura, dan Brunei.
Bahasa Yahudi-Melayu pernah dituturkan di Pulau Pinang dan Singapura. Bahasa tersebut digunakan oleh kaum Yahudi Baghdad pada zaman British. Kaum tersebut berasal dari India. Persoalannya, apakah perbezaan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Yahudi-Melayu? Barangkali artikel ini dapat menjawab sedikit persoalan kita. Harap bacalah dengan hati yang terbuka.
Sistem Tulisan
Perbandingan melalui sistem tulisan dapat dilihat antara Bahasa Melayu, dan Bahasa Yahudi-Melayu. Sistem Tulisan secara mudahnya ialah “cara ataupun kaedah untuk menulis”. Bahasa Melayu sedang menggunakan Tulisan Rumi, dan/atau Jawi pada masa kini. Tulisan Rumi ditulis secara melintang dari kiri ke kanan, manakala tulisan Jawi ditulis secara melintang dari kanan ke kiri.
Sebelum itu, artikel ini jelas bercerita tentang kehebatan tamadun Melayu dalam membina sebuah peradaban. Maka kami menjemput kalian untuk beli buku KITAB TAMADUN MELAYU yang sememangnya bercerita tentang sejarah, nilai peradaban dan ciri-ciri ketamadunan dipupuk Melayu. Dengan hanya satu pembelian, kalian boleh dapat tahu banyak benda hebat yang dijayakan nenek moyang kita. Link pembelian: https://bit.ly/3T0GDqq
Bahasa Yahudi-Melayu menggunakan abjad Ibrani. Tulisan tersebut ditulis dari kanan ke kiri secara melintang. Tulisan tersebut juga dibca dari arah kanan ke kiri secara melintang.
Pengadaptasian Istilah
Perbandingan melalui pengadaptasian istilah dapat dilihat antara Bahasa Melayu dan Bahasa Yahudi-Melayu. Pengadaptasian Istilah ialah “cara mengadaptasi perkataan”. Bahasa Melayu menerima unsur luar daripada pelbagai bahasa asing. Bahasa asing tersebut ialah Arab, Inggeris, Hokkien, Sanskrit, dan sebagainya. Bahasa Yahudi-Melayu juga menerima unsur luar daripada pelbagai bahasa asing. Bahasa asing tersebut ialah Melayu, Yahudi-Parsi, dan Hokkien.
Perkataan “lo (לא)” ditemui dalam Bahasa Yahudi-Melayu. Perkataan tersebut berasal daripada Bahasa Hokkien, “lú (汝)”. Perkataan “lo” merujuk kepada kata ganti nama diri kedua seorang. Ayat “namikham (נמיחוהם)” ditemui dalam Bahasa Yahudi-Melayu. Ayat tersebut membawa maksud “saya tidak mahu”. Ayat berkenaan berasal daripada Bahasa Parsi, “namikhaham (نميخواهم)” melalui Bahasa Yahudi-Parsi.
Tatabahasa
Perbandingan melalui tatabahasa dapat dilihat antara Bahasa Melayu dan Bahasa Yahudi-Melayu. Tatabahasa ialah pengetahuan tentang pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat. Bahasa Melayu dan Bahasa Yahudi-Melayu menggunakan sistem SVO. Ayat mudah dalam kedua-dua bahasa tersebut dimulai dengan subjek, lalu diikuti oleh kata kerja dan objek. Ayat “Awak cakap jam tiga” adalah antara ayat dalam Bahasa Melayu. Perkataan “awak” merujuk kepada subjek, perkataan “cakap” merujuk kepada kata kerja, dan “jam tiga” merujuk kepada objek.
Ayat “Lo chakob pokol tiga” adalah antara ayat dalam Bahasa Yahudi-Melayu. Perkataan “lo” merujuk kepada subjek, perkataan “chakob” merujuk kepada kata kerja, dan “pokol tiga” merujuk kepada objek.
Analisis Ayat 1
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Buat sebuah perbandingan daripada ayat tersebut.
Bahasa Melayu:
Saya tidak mahu.
Bahasa Yahudi-Melayu:
Saya tida maho.
Kedua-dua bahasa di atas menggunakan perkataan “saya” sebagai kata ganti nama diri pertama seorang. Ia masing-masing menggunakan “tidak” dan “tida” sebagai kata nafi. Kedua-dua bahasa berkenaan juga masing-masing menggunakan “mahu”, dan “maho”.
Kata nafi dalam kedua-dua bahasa tersebut diletakkan selepas subjek. Kata tersebut juga diletakkan sebelum kata kerja.
Analisis Ayat 2
Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Buat sebuah perbandingan daripada ayat tersebut.
Bahasa Melayu:
Jam berapa?
Bahasa Yahudi-Melayu:
Pokol beraba?
Kedua-dua bahasa tersebut masing-masing menggunakan “jam”, dan “pokol”. Perkataan “jam” dan Bahasa Melayu berasal daripada Bahasa Sanskrit, “yama (याम)”. Kedua-dua bahasa tersebut masing-masing menggunakan “berapa”, dan “beraba”.
Analisis Ayat 3
Pertimbangkan ayat berikut dalam kedua-dua bahasa tersebut. Buat sebuah perbandingan daripada ayat tersebut.
Bahasa Melayu:
Awak cakap enam ratus.
Bahasa Yahudi-Melayu:
Lo chakob henam ratush.
Kedua-dua bahasa di atas masing-masing menggunakan perkataan “awak” dan “lo” sebagai kata ganti nama diri kedua seorang. Kedua-dua bahasa di atas masing-masing menggunakan perkataan “cakap” dan “chakob” sebagai kata kerja.
Kedua-dua bahasa di atas masing-masing menggunakan perkataan “enam” dan “henam”. Perkataan Yahudi-Melayu tersebut mengalami Penambahan Bunyi Awalan (Prothesis).
Kedua-dua bahasa di atas masing-masing menggunakan perkataan “ratus” dan “ratush”. Perkataan Yahudi-Melayu tersebut mengalami Penarikan-S (S-retraction).
Kosa Kata Unik
Kedua-dua bahasa tersebut mempunyai kosa kata yang mungkin tidak wujud dalam bahasa lain. Sebahagiannya boleh diagak manakala sebahagian yang lain sukar difahami. Antara kosa kata yang terdapat dalam Yahudi-Melayu ialah “langit (لاڠيت)”, “betina (بتينا)”, “lelaki (للاکي)”, “hidup (هيدوڤ)”, dan “sana (سان)”. Kesemua perkataan tersebut masing-masing bermaksud “langit”, “betina”, “orang”, “hidup”, dan “sana”.
Antara kosa kata yang terdapat dalam Yahudi-Melayu ialah “langit (לנגית)”, “batinah (בתינה)”, “orang (אווראנג)”, “hidob (הידוב)”, dan “sana (סנא)”. Kesemua perkataan tersebut masing-masing bermaksud “langit”, “wanita”, “lelaki”, “hidup”, dan “sana”.
Kebolehfahaman Bersama
Kebolehfahaman Bersama ataupun dalam bahasa Inggeris “Mutual Intelligibility” secara ringkasnya adalah situasi di mana penutur dapat memahami antara satu sama lain tanpa perlu pelajarinya. Bolehkah penutur Melayu dan Yahudi-Melayu dapat faham satu sama lain? Dengan keadaan, mereka tidak pernah belajar bahasa lain, dan mereka perlu berbual dengan menggunakan bahasa masing-masing.
Sejujurnya, penulis tiada jawapan untuk soalan tersebut. Harap mereka yang berkenaan dapat memberikan ulasan di dalam ruangan ulasan di bawah.
Akhir Kata
Kesimpulannya, itu adalah artikel tentang perbandingan antara Bahasa Melayu, dan Bahasa Yahudi-Melayu. Bahasa Yahudi-Melayu dikenali sebagai Judeo-Malay dalam Bahasa Inggeris.
Sebagaimana yang lain, orang Yahudi yang tiba sesuatu tempat akan mengadaptasi dengan tempatan. Orang Yahudi yang tiba di Pulau Pinang akan beradaptasi dengan unsur tempatan di samping mengekalkan sedikit unsur sendiri.
Pencari Cincin Sakti: http://bit.ly/CincinSaktiStore
Sate Untuk Jembalang: http://bit.ly/SateJembalangStore
Kombo: http://bit.ly/komboPCSSUJ
Apakah yang penulis terlupa tentang kedua-dua bahasa tersebut? Harap berikan ulasan anda di dalam ruangan ulasan di bawah.
Semoga artikel ini membawa manfaat kepada semua pihak baik secara langsung ataupun tidak langsung.
RUJUKAN
Dewan Bahasa dan Pustaka: Perbandingan. Dicapai pada 18hb Februari 2022 dari https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perbandingan
Kamus Besar Bahasa Indonesia: Bahasa. Dicapai pada 18hb Februari 2022 dari https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/bahasa
Langfocus: Malay. Dicapai pada 18hb Februari 2022 dari https://youtu.be/70nxZpblKws
Omniglot: Malay. Dicapai pada 18hb Februari 2022 dari https://omniglot.com/writing/malay.htm
Jewish Languages A to Z. Dicapai pada 18hb Februari 2022 dari https://books.google.com.my/books?id=reTzDwAAQBAJ… languages a-z judeo-malay&f=false