Sebut saja siri filem Indiana Jones, kita membayangkan kebijaksanaan watak ikonik pelakon Harrison Ford menyelesaikan teka-teki atau mengatasi jerangkap samar semata-mata untuk mendapatkan khazanah yang dinyatakan dalam filem. Ya, elemen sebegini hanyalah fiksyen semata-mata. Tetapi siapa sangka perangkap sebegini wujud di dunia sebenar seperti piramid-piramid di Mesir.

Mesir sememangnya terkenal dengan piramid sebagai imej ikonnya. Antara piramid yang terkenal ialah Piramid Agung Giza, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure, ketiga-tiganya dibina semasa era Dinasti Keempat. Tetapi ada satu piramid yang menjadi contoh kebijaksanaan orang Mesir Purba menghasilkan jerangkap samar untuk melindungi makam dan khazanahnya iaitu Piramid Lengkung di nekropolis Dahshur, selatan Kaherah.

Piramid lengkung.

Piramid Lengkung dibina semasa era pemerintahan Firaun Sneferu. Pada asalnya, ia dibina mengikut sudut yang lebih curam sebelum ditukar kepada sudut yang lebih sempit. Ramai berpandangan perubahan ini dibuat sama ada bagi membolehkan ia siap dibina mengikut jadual atau mengelak runtuhan pada struktur. Hakikatnya, perubahan tersebut dibuat atas faktor keselamatan dan perubahan ideologi yang dianuti Sneferu ketika itu.

Piramid ini mula menarik perhatian umum apabila ia diekskavasi oleh pasukan pengkaji arkeologi pada tahun 1956. Dari tahun 1965 hingga 2018, pihak berkuasa menjalankan kerja-kerja pemulihan yang menyeluruh ke atas Piramid Lengkung sebelum dibuka semula kepada pelancong pada tahun 2019.

Antara pengunjung bertuah yang berkesempatan melawat Piramid Lengkung ialah penyelidik dan pempengaruh YouTube terkenal, Anyextee. Dia merupakan antara pengunjung terawal berpeluang melihat piramid tersebut termasuk mengunjungi bahagian laluan yang telah ditutup. Dan hasilnya sememangnya mengejutkan.

Anyextee

Antara penemuan menarik yang dibuat Anyextee ialah penemuan grafiti lama pada bahagian laluan. Ini termasuk grafiti tarikh 20 Oktober 1839, tarikh pengkaji Mesir Purba dan jurutera John Shae Perring menemui laluan di sebelah barat piramid. Ini dapat dicapai selepas pasukannya berjaya mengeluarkan bongkah batu dan serpihan keluar dari koridor utara dan kamar untuk sampai ke bahagian dalam piramid.

Grafiti yang ditemui Anyextee semasa menjelajah Piramid Lengkung.

Selain grafiti, Anyextee turut menemui ruang penyangga yang menempatkan pintu batu yang telah diturunkan. Tambahnya, ia kelihatan seperti jerangkap samar versi dunia sebenar Indiana Jones kerana bila pintu batu ini diturunkan, ia menutup terus ruang akses ke piramid. Satu lagi pintu batu piramid masih wujud di bahagian timur piramid dan berada pada kedudukan asalnya.

Anyextee turut menyatakan beberapa penemuan pelik yang dibuat pengkaji arkeologi semasa berada di Piramid Lengkung. Salah satu daripadanya ialah sebuah kotak kayu yang mengandungi mumia kelawar, tulang-tulang dan seekor burung hantu. Kotak ini ditemui di bawah timbunan batu di lantai koridor utara.

Anyextee percaya mumia kelawar ini diletakkan di situ pada tempoh di mana aktiviti pemumiaan binatang menjadi norma di Mesir Purba. Turut ditemui ialah teks-teks Dinasti Ke-26 dan lukisan seekor singa beberapa kaki dalam koridor utara. Dia percaya pada tempoh inilah, pintu batu di sebelah barat diturunkan.

Tetapi bagi perom_pak makam, itu bukan halangan kepada mereka untuk memecah masuk. Ini diakui Anyextee menerusi pemerhatiannya dalam ruang berkenaan. Begitupun, idea jerangkap samar versi Indiana Jones ini menimbulkan perdebatan dalam kalangan pengkaji Mesir Purba. Walaupun mereka percaya idea sebegini sengaja disensasikan, itu tidak menghalang sesetengah pakar daripada terus mencari.

Pada tahun 2016, pakar-pakar mula mencari sebarang bentuk perangkap yang wujud di Piramid Agung Giza. Mereka percaya telah menemui alur-alur dalam sebuah bilik kecil di luar kamar yang menempatkan makam Firaun Khufu. Alur-alur ini akan diisi dengan bidur-bidur batu dengan tujuan mengekang mana-mana perom_pak makam dari cuba menceroboh.

RUJUKAN:

Hoare, C. (2021). ‘Real-life Indiana Jones trap’ found while exploring ‘unseen’ passage of Egypt pyramid. Daily Express.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.