Moving Forward As One

Perαηg Psikologi Boneka Kayu Oleh Inggeris-Jerman Ketika WWII

1,513

Semasa Pe.ran.g Dunia Kedua, pihak tentera Jerman telah membina sebuah pengkalan udara yang lengkap dengan pesawat dan pelbagai pengangkutan, namun semuanya adalah palsu dan dibina menggunakan bahan kayu, tujuannya adalah untuk memperdayakan tentera pihak Sekutu.

Namun, Tentera Udara Diraja British (RAF) dikatakan bertindak balas dengan menunggu Jerman selesai membina dan kemudian menjatuhkan sebutir b.om palsu yang juga diperbuat dari kayu terhadap pengkalan udara palsu tersebut.

‘B.om’ yang dipercayai telah digunakan dalam peristiwa ini.

Kisah ini telah disampaikan dalam berbagai-bagai bentuk dan versi di mana lokasi dan bagaimana pengkalan udara palsu itu dib.om adalah berbeza-beza tetapi intinya adalah:

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

“Sebuah pengkalan udara umpan dibina di Belanda yang diduduki oleh musuh, menjadi kisah yang telah diceritakan berulang-ulang sejak dahulu oleh juruterbang veteran Sekutu. ‘Pengkalan udara’ Jerman dibina dengan pemerhatian yang teliti, dibuat hampir keseluruhannya dari boneka kayu. Terdapat hangar kayu, tangki minyak, penempatan sen.jata api, trak, dan pesawat.

Jerman yang mengambil masa yang lama untuk membina umpan boneka mereka menyebabkan jurufoto Sekutu mendapat masa yang lebih dari mencukupi untuk memantau dan melaporkannya. Harinya akhirnya tiba setelah pembinaan umpan selesai. Dan pada keesokan paginya, sebuah pesawat RAF terbang merentasi Selat, kemudian terbang rendah sambil mengelilingi pengkalan udara dalam satu pusingan, lalu menjatuhkan sebutir b.om besar palsu yang diperbuat dari kayu.”

Adakah kisah ini benar? Penggunaan pengkalan udara umpan dan pelbagai lagi peralatan palsu yang dibuat agar kelihatan seperti peralatan sebenar yang lain semasa Pe.ran.g Dunia Kedua bukanlah kisah mitos sama sekali.

Kedua-dua belah pihak saling cuba memperbodohkan antara satu sama lain dan memang benar, Jerman pernah membina model kapal terbang boneka dan adakalanya sebuah pengkalan udara yang lengkap tetapi palsu, untuk mencegah anca.man dari pihak Sekutu terhadap pengkalan udara Jerman yang sebenar.

Mereka turut melukis kesan-kesan kemusn.ahan seolah-olah telah dib.om pada pengkalan udara yang sedia ada untuk menjadikan ia kelihatan seperti sudah tidak boleh digunakan, ini dilakukan agar mereka ada peluang untuk terselamat dari sebarang pengeb.oman lanjut.

Pengkalan udara atau lapangan terbang palsu memerlukan struktur bangunan palsu seperti menara kawalan di Perancis ini.

Operation Fortitude adalah sebuah operasi muslihat Sekutu untuk membuat Jerman percaya bahawa pencer.oboh.an akan dilakukan di Pas-de-Calais, dan bukan di Normandy. Seluruh angkatan tentera palsu di bawah George S Patton Jr ditubuhkan, lengkap dengan pesawat, kereta kebal dan meri.am palsu.

Jika terdapatnya nilai yang strategik dalam memperbodohkan musuh kita, maka musuh kita juga mungkin memiliki nilai strategik dalam membiarkan kita terus percaya bahawa kita telah berjaya menipu mereka, walaupun selepas kita telah terikut rentak perancangan pihak musuh. Ini salah satu jenis kelebihan besar yang perlu dibuang.

Sekumpulan petugas darat Luftwaffe memasing kaki roda dan sayap palsu pada pesawat boneka Junkers Ju-87 Stuka.

Namun, di sebalik semua perancangan ini, masih terdapat beberapa sudut aspek yang menampakkan kisah ini lebih cenderung untuk bersifat sebagai kisah mitos berbanding kisah benar.

Muslihat yang dicadangkan (terutamanya versi yang dipetik pada perenggan awal yang menyatakan penggunaan pesawat dan b.om tunggal) penuh dengan kemungkinan akan berakhir dengan kegagalan yang dengan mudah berpotensi besar untuk memberikan hasil yang sia-sia.

Bagaimana sekiranya pihak Jerman tidak nampak “b.om” dijatuhkan dari pesawat? Bagaimana jika mereka nampak ia jatuh tetapi mereka tidak tahu benda apakah itu sehingga ia menyentuh tanah? Bagaimana jika ia jatuh di luar sasaran dan pihak Jerman tidak akan pernah menemuinya? Dan mengapa tidak dirakamkan kejadian itu agar dapat meningkatkan nilai propagandanya?

Tentera Amerika memeriksa ladang yang merupakan lokasi lapangan terbang palsu Jerman yang diduduki oleh skuadron Ju-88s yang palsu

Jerman menempatkan beberapa sen.jata anti-pesawat sebenar di sekitar pengkalan udara palsu mereka, jika tentera Sekutu mengeb.om salah satu pengkalan udara palsu mereka, Jerman pasti akan membalas dengan temb.akan anti-pesawat yang sebenar. Sekiranya tidak ada sen.jata anti-pesawat di sekitar pengkalan udara palsu, tidakkah mereka terfikir yang pihak Sekutu akan mudah menjangka sesuatu yang mencurigakan sedang berlaku?

Adakah anda sanggup mempertaruhkan satu pesawat pejuang dan seorang juruterbang hanya untuk menjatuhkan b.om kayu terhadap pengkalan udara boneka demi membuat lawak? Dengan jangkaan hayat seorang askar yang menjadi juruterbang pesawat pengeb.om adalah tidak begitu tinggi, agak peliklah jika ada yang sanggup menanggung risiko kehilangan pesawat yang sebenar untuk menjatuhkan b.om kayu.

Pesawat palsu yang digunakan pihak Sekutu sehari sebelum pendaratan D-Day.

Walau bagaimanapun, sebuah buku telah menjawab mengenai persoalan ini, penulis dari Perancis, Pierre-Antoine Courable dan penulis dari Belgium, Jean Dewaerheid telah membawa satu penyelidikan secara serius terhadap kisah lagenda pengeb.oman palsu tentera Sekutu terhadap pengkalan udara palsu tentera Jerman yang berusia tujuh dekad ketika buku itu diterbitkan.

Menurut Vintage Wings of Canada Pada tahun 2009, Courable menerbitkan buku yang di mana penulis ini akhirnya mengemukakan bukti dengan penyelidikan yang teliti dan laporan saksi-saksi awal dari pihak sekutu tetapi masih belum cukup untuk membuktikannya dan penuh dengan keraguan, ia dianggap tidak lebih sekadar dari lagenda mitos yang tidak ada kesudahan.

Hinggalah setahun selepas itu, saksi paling penting yang telah lama ditunggu-tunggu untuk tesis Courable, iaitu seorang juruterbang Luftwaffe dengan nama Oberstleutnant Werner Thiel telah tampil untuk dirakamkan pengakuannya melalui rakaman video yang menguatkan lagi kisah jenaka tentera udara Bersekutu itu sebagai kisah benar.

Pada tahun itu juga, Pierre-Antoine Courable dan Jean Dewaerheid bersama-sama sejarawan Peter Haas dari Jerman membuat penyelidikan di kalangan veteran Amerika dari Pe.ran.g Dunia Kedua di seberang Atlantik. Tujuannya adalah untuk merakamkan penerangan dan pengakuan bersaksi atau penglibatan USAF dalam isu ini, kerana para penyelidik ini percaya bahawa kisah ini bukan mitos tetapi kenyataan.

Sepasang Focke Wulf 190-an palsu yang telah rosak, mungkin telah berjaya mengumpan pesawat Sekutu, atau hanya dirosakkan ketika tentera Sekutu setelah ‘pengkalan udara’ ditawan

Mengapa USAF (Angkatan Tentera Udara Amerika Syarikat) dan bukan RAF (Tentera Udara Diraja Britain)? Ini kerana mereka mendapati dan percaya bahawa pelaku yang menjatuhkan b.om palsu bukanlah Inggeris tetapi Amerika Syarikat. Oleh itu, kisah yang sering digambarkan oleh sebilangan pihak sebagai “lawak Inggeris” ini mungkin sebenarnya istilah yang sesuai untuknya adalah “lawak Yankee”.

Pengakuan bersaksi oleh Werner Thiel adalah sangat penting kerana pengakuan ini datang dari seorang bekas pegawai tentera Jerman. Ia dirakam pada 28 Disember 2010 melalui sebuah wawancara bersama Pierre-Antoine Courouble, pengarang buku The Riddle of the Wooden B.ombs, oleh pembikin filem, Philippe Leynaud.

 

Werner Thiel

Werner Thiel mengakhiri wawancara itu dengan membuat pengumuman yang dia menyatakan impiannya untuk bersua muka dengan bekas juruterbang atau perancang operasi tersebut atau sesiapa saja yang mungkin terlibat secara langsung dalam operasi ‘per.ang boneka kayu’ secara dua hala ini.

Malangnya, mesej Werner Thiel tidak cukup waktu dan tidak tersebar dengan meluas untuk membolehkan Werner Thiel melihat hasratnya menjadi kenyataan kerana beliau akhirnya meninggal dunia pada tahun 2012. Namun beliau telah menjadi individu penting yang berjaya membuktikan sebuah kisah yang telah lama dianggap sebagai jenaka mitos, sebagai sebuah kisah yang benar-benar pernah berlaku.

RUJUKAN:

O’Malley, Dave. (2012). Wood for Wood. Vintage Wings of Canada

Mikkelson, David. Did the British Drop a Wooden Bo.mb on a Decoy German Airfield?. Snopes. (forum thread)

Holt, Thaddeus. (2004). The Deceivers: Allied Milit.ary Deception in the Second World W.ar. Scribner.

Ruangan komen telah ditutup.