Perang Nuklear Indo-Pakistan: Shaheen VS Agni

42

Bab Pakistan dengan India bergocoh ni, depa pada masa sekarang takkan escalate sampai guna senjata nuklear. Keadaan sekarang belum membolehkan kedua pihak guna senjata nuklear depa. Lebih atau kurang hanya akan ada conventional skirmishes di beberapa tempat aje lah.

India dan Pakistan ni bab bergocoh bukan sehari dua ni baru nak bergasak. Depa ni dah bergocoh sejak 1945 lagi. Malaysia pun belum Merdeka masa tu depa dah gaduh-gaduh. Skirmishes ni biasa la. Masing-masing tak nak lepas hegemoni Kashmir terlepas, maka bergaduhlah mereka.

Kali terakhir dua kepala batu ni bergaduh tahun 1999 yang dimana konflik ketika itu dikenali sebagai Perang Kargil. Tapi pertempuran kecil tetap ada dekat garisan kawalan antara kedua negara. Ketika itu, ramai dok kata habislah Indo-Pak akan bantai membantai dengan senjata nuklear depa.

Rilek brader…

Polisi nuklear depa tak semudah itu. Depa ni dah puluh tahun gaduh tapi belum capai takat didih konflik sampai nak bernuklear antara satu sama lain. Hangpa kena paham deterrence tu apa. Deterrence ni maksud dia saya ada nuklear sebab jiran saya pun ada maka dia tak boleh la berani-berani nak atomkan saya sebab kalau dia atom saya, saya kasi atom balik.

Pakistan mengamalkan “first strike policy” dan ini hanya berlaku apabila kekuatan angkatan konvensional depa dah betul-betul lumpuh. Sebagai contoh India dah melintasi sempadan Pakistan secara total macam Perang 1971 dan menguasai bandar-bandar utama sementara pasukan konvensional dah hampir capitulated.

Barulah Pakistan akan ambil kira untuk guna senjata nuklear depa. Kira last ditch effort senang kata. Keupayaan Pakistan dari segi persenjataan nuklear adalah bersifat untuk menghapuskan keupayaan serang balas India yang berpegang kepada “no first strike”.

India pulak polisi depa “no first strike use”. Yang ini terbalik. Makna kata India takkan guna senjata nuklear depa selagi musuh tak guna dulu atau depa hanya akan guna senjata nuklear depa bila depa dah diserang. Tetapi polisi ni turut menyatakan yang bila dah kena bantai, India akan serang balas dengan skala maksimum tanpa cengkeram. Makna kata bantai habis-habisan. All out retaliation. Apapun tak tinggal. Kalah jadi abu.

Jadi susah la sebenor-benarnya nak tercetusnya konflik ni sampai tahap nuclear offensive. Stand off mungkin ae tapi tahap exchange mutual destruction tu highly unlikelylah.

Keupayaan balistik India.
Keupayaan balistik Pakistan.

Begitulah hakikatnya. Jadi kita kena tunggu lah perkembangan sehari seminggu ni dululah. Benda boleh berubah.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.