Sebut sahaja kosa kata “perang” terbayang dek akal adalah pertembungan hebat antara dua atau beberapa pihak untuk menentukan siapa lebih kuat. Berbeza dengan peperangan matawang kerana ia mengambil konsep melemahkan atau menurunkan nilai matawang oleh beberapa negara melalui bank pusat.

Kenapa perlu disusutkan nilai matawang?

Mungkin ia kedengaran sedikit janggal tetapi matawang yang terlalu tinggi tidak semestinya bagus untuk kepentingan negara terutama sebagai negara pengeksport/pengeluar. Kenapa? Kerana matawang yang rendah akan membuatkan eksport negara lebih kompetitif di pasaran global dengan menawarkan harga yang lebih rendah. Kita juga perlu ingat nilai pasaran eksport negara yang tinggi akan beri kesan positif terhadap ekonomi negara dan seterusnya membuka lebih peluang pekerjaan kesan daripada ransangan pasaran domestik dan juga luar negara.

Setiap peperangan akan mempunyai kesan yang negatif dan untuk peperangan matawang atau penurunan nilai matawang ini, ia akan memberi kesan kepada inflasi terutama kepada nilai barangan import menjadi lebih tinggi dan ia juga membuatkan kos melancong ke luar negara lebih tinggi. Kesan negatif ini adalah kesan yang tidak populis dikalangan netizen kerana memberi kesan secara langsung kepada mereka berbanding kesan positif diatas. Walaubagaimanapun, peningkatan kadar inflasi ini juga akan memberi kesan yang positif terhadap ekonomi domestik kerana pengguna akan mula beralih kepada sumber tempatan berbanding sumber import yang dilihat lebih tinggi harganya.

Bagaimana ianya boleh tercetus?

Untuk memahami perjalanan sehingga tercetusnya peperangan matawang ini, mari kita sama-sama dalami contoh terdekat kejadian peperangan matawang dengan melihat apa yang berlaku pada tahun 2015 apabila China mengambil keputusan untuk menurunkankan nilai matawang yuan (China Yuan Renminbi CNY). Secara tepat ianya bermula pada 11 Ogos 2015 apabila China telah mengejutkan dunia dengan tindakan mereka melalui bank pusat People’s Bank of China (PBoC) menurunkan nilai matawang mereka – bukan sekali, bukan dua kali tapi tiga kali berturut-turut!

  1. 11 Ogos 2015 – PBoC telah merendahkan nilai yuan dari mid point sebanyak 1.9% kepada tukaran USD 6.23.
  2. 12 Ogos 2015 – PBoC sekali lagi merendahkan nilai yuan dari mid-point sebanyak 1.6% kepada tukaran USD 6.33.
  3. 13 Ogos 2015 – Sekali lagi PBoC merendahkan nilai yuan dari mid-point sebanyak 1.1% kepada tukaran USD 6.40.(Setiap hari PBoC membenarkan nilai yuan untuk naik atau turun sebanyak 2% daripada mid-point).
Carta kejatuhan nilai Yuan dalam masa seminggu pada Ogos 2015 berbanding nilai USD. Gambar sumber www.xe.com.

Tindakan drastik yang diambil oleh China ini adalah untuk menggalakkan lagi nilai pasaran dagangan eksport mereka setelah jatuh sebanyak 8% untuk bulan yang sebelumnya dan tindakan ini juga diambil supaya mereka kekal di landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak 7% bagi tahun 2015. Kesannya terhadap nilai matawang lain?

  1. Vietnam melalui bank pusat mereka The State Bank of Vietnam (SBV) telah menurunkan nilai matawang dong (VND) sebanyak 0.99% berbanding tukaran USD. Beijing merupakan rakan dagangan terbesar Ho Chi Minh, dengan eksport Vietnam ke China berjumlah USD7.7 bilion pada separuh pertama tahun 2015. Kedua-dua negara ini juga merupakan hab pembuatan kos rendah dan dengan kejatuhan nilai yuan, barangan dari Vietnam dilihat lebih mahal dalam dalam pasaran global.
  2. Kazakhstan telah mengeluarkan nilai tambat tenge (Kazakhstani Tenge KZT) terhadap nilai USD seminggu selepas penurunan nilai yuan yang telah menyebabkan nilai matawang tenge susut sebanyak 29% berbanding nilai USD.
  3. Rusia matawang ruble telah jatuh ke tahap 64.7 terhadap tukaran nilai USD pada 13 Ogos 2016 kesan dari kejatuhan harga minyak dunia iaitu ke paras USD48.84 setong yang juga terkesan dari kejatuhan nilai yuan dimana China adalah pengguna terbesar di dunia bahan api fosil. Nilai yuan yang lemah akan memberi tekanan kepada harga minyak, yang juga mempunyai kesan secara langsung kepada nilai ruble.
  4. Malaysia antara negara yang paling terkesan daripada penurunan yuan berbanding USD. Merekodkan nilai matawang terendah sejak 17 tahun pada 13 August 2015 dengan tukaran ringgit kepada USD 4.08 dan terus jatuh ke tahap tertinggi dengan tukaran USD 4.46 pada 29 Sep 2015. Walaupun eksport Malaysia dilihat tidak bersaing secara langsung dengan China, tetapi ringgit masih terjejas kerana yuan yang lemah boleh menurunkan perbelanjaan domestik China ke atas barangan yang diimport dari Malaysia kerana sebahagian besar daripada eksport Malaysia berakhir di China. Ringgit terdedah kepada penurunan nilai yuan kerana hubungan perdagangan yang kukuh dan China merupakan pasaran eksport kedua terbesar Malaysia, mencakupi 12.6% daripada jumlah dagangan eksport dalam tempoh enam bulan hingga Jun 2015. Tidak dinafikan penurunan nilai ringgit juga adalah kesan daripada sentimen ketidakstabilan politik negara dan juga kejatuhan harga minyak dunia dibawah paras USD50 per barrel pada tahun 2015.
  5. Canada, New Zealand, Australia, Korea dan Thailand – Nilai matawang mereka juga mengalami kejatuhan kerana China merupakan antara destinasi eksport yang mempunyai nilai yang tinggi bagi negara-negara ini.

Peperangan matawang ini kita boleh lihat dari perspektif peperangan yang sebenar kerana ia boleh membawa kepada bencana yang lebih besar jika ia menjadi tidak terkawal kerana kejatuhan matawang yang terlalu drastik dan berpanjangan akan menyebabkan kadar inflasi meningkat tinggi dan kuasa pembeli akan berkurang yang seterusnya memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Selamat menilai semua.

Sumber:

http://www.thestar.com.my/business/business-news/2015/08/15/how-devaluation-of-yuan-affects-other-economies/#BUYc2ApuiQSrRbDE.99

http://www.reuters.com/article/vietnam-economy-dong-idUSL3N10U1R620150819

https://www.bloomberg.com/news/articles/2015-08-11/ringgit-tracks-asia-currency-losses-as-china-slashes-yuan-fixing

http://www.cbc.ca/news/business/vietnam-devalues-dong-currency-matching-beijing-s-yuan-move-1.3196024

https://www.rt.com/business/312259-ruble-drop-china-yuan/

https://dailyreckoning.com/trump-declare-currency-war/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aku masih lagi mencari identiti dalam disiplin penulisan ini dan berharap setiap penulisan aku ini dapat membuka benak pemikiran pembaca dan juga diri sendiri. InsyaAllah.

Leave A Reply