Peristiwa ini amat penting dalam sejarah empayar Uthmaniyah kerana kemenangan ke atas Mamluk menandakan berakhirnya jawatan khalifah Abbasiyah yang diserahkan kepada kerajaan Uthmaniyah. Berikut saya menukilkan sedikit pengenalan sejarah tentang kerajaan Mamluk bersumberkan beberapa buah buku yang ditulis oleh Dr Eman Mohamed Abbas dalam bukunya, Sultan Abdul Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah: Peranan Golongan Nasionalis Dan Golongan Minoriti.

Kerajaan al-Mamalik (Mamluk) tertegak di Mesir di antara tahun 1250-1517 Masihi. Pada asalnya mereka adalah hamba yang dibawa masuk oleh sultan Dinasti Al-Ayyubiyah bagi berkhidmat kepada kerajaan. Sesetengah mereka berjaya mendapatkan jawatan-jawatan yang tinggi lalu mereka sendiri membentuk sebuah negara setelah pembunuhan Sultan kerajaan al-Ayyubiyah terakhir.

Sepanjang sejarah, mereka telah mengharungi banyak peperangan demi mempertahankan Islam. Antaranya ialah ketika menentang Monggol di Syam dan Asia Minor sebelum mendapatkan kemenangan.Mereka juga bangkit menentang Salabiyyin di Syam dan Mesir.

Ramai sultan yang agung lahir dari kalangan mereka seperti al-Zahir Baibars, Saifuddin Qutuz, Sultan Qulawun dan lain-lain lagi tetapi kerajaan Al-Mamalik mula melemah pada akhir zaman pemerintahannya. Kerajaan al-Mamalik dengan nama khilafah kerajaan Abbasiyyah melarikan diri dari Baghdad sehinggalah kejatuhan mereka (Mesir) ke tangan Uthmaniyah pada tahun 1517 Masihi.

Sultan Selim I terkenal sebagai seseorang yang meminati sejarah, sastera dan syair-syair khususnya dalam bahasa Parsi. Baginda juga sentiasa mendampingi para ulama dan sering membawakan pakar sejarah dan syair ketika perang untuk mencatatkan perkembangan yang berlaku dan mendendangkan Qasyidah yang menceritakan kegemilangan zaman itu.

Sultan Selim I telah melaksanakan sebuah perubahan dasar jihad yang amat besar sekali iaitu baginda menghentikan serangan ke atas Eropah sebaliknya memfokuskan untuk menyerang wilayah Islam di Timur. Para sejarawan merumuskan beberapa sebab akan perubahan dasar ini

1. Rasa puas terhadap penaklukan di Eropah yang telah mencapai tahap maksimum pada kurun  ke-15 Masihi. Namun pendapat ini disangkal oleh al-Shalabi kerana usaha penaklukan terhadap Eropah tidak pernah terhenti sepenuhnya

2. Menyelamatkan dunia Islam dan tempat-tempat suci di timur. Hal ini kerana dunia islam pada saat itu berhadapan dengan serangan Sepanyol di Laut Mediteranean dan Portugis di Laut Hindi, Arab dan laut Merah

3. Dasar empayar Syiah Safawi yang ingin menyebarkan mazhab Syiah ke asia Minor dan Iraq. Oleh itu empayar Uthmaniyah memandang perlunya perluasan kuasa dilakukan di Timur Arab bagi membendung pengaruh mazhab Syiah di Asia Minor dan Iraq.

Oleh itu, Sultan Selim I telah memulakan perluasannya dengan menyerang empayar Syiah Safawi serta berjaya mengalahkan mereka di Petempuran Chaldirun pada tahun 1514 M. Baginda telah berjaya memasuki ibu kota tabriz(iran). Kejayaan ini menyebabkan Empayar Uthmaniyah menguasai Tenggara Anatolia, Utara Iraq dan Dyabakir. Namun Sultan Selim I tidak menghancurkan empayar safawi baginda juga berundur dari kota Tabriz ke Amansya setelah mendapat desakan tentera Jannisari. Setelah kejayaan menentang syiah Safawiyah di Iran Sultan Selim I mula memberi fokus untuk menghadapi Kerajaan Mamluk di Mesir atas beberapa sebab:

1. Kerajaan Mamluk menunjukkan permusuhan kepada Empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini terbukti alabila Sultan Mamluk iaitu Sultan Qansuh al-Ghawri (1501-1516M) telah memberikan perlindungan kepada putera-putera kerajan Uthmaniyah yang melarikan diri seperti Putera Ahmad iaitu adik Sultan Selim I untuk dipergunakan sebagai alat untuk menekan Sultan Selim I. Kerajaan Mamluk turut memberikan sokongan sulit kepada Kerajaan Syiah Safawi. Hal ini terbukti apabila pihak perisikan kerajaan Uthmaniyab berjaya menemui dokumen pakatan antara kerajaan Mamluk dan Syiah Safawiyah.

2. Sultan Selim I ingin menamatkan pertikaian tentang wilayah Tarsus yang terletak di tenggara asia Minor dan Utara Sham

3. Kekejaman Kerajaan Mamluk terhadap rakyat Sham dan Mesir. Hal ini terbukti apabila penduduk Syam dan ulama Mesir menyatakan keinginan untuk bernaung di bawah Empayar Uthamniyah. Para ulama, hakim, pembesar dan sidang mensyuarat telah bermesyuarat dengan rakyat untuk membincang kedudukan mereka. Akhirnya golongan ini membuat keputusan untuk mewakikan Hakim 4 Mazhab dan pembesar untuk menulis surat terbuka kepada Sultan Selim I dan mengadukan akan keadaan rakyat Syam yang diseksa oleh pemerintah Mamluk.

Mereka juga turut menyatakan bahawa Sultan Mamluk telah melanggar hukum syarak. Meraka juga megalu-alukan usaha Sultan Selim I untuk menyerang kerajaan Mamluk bahkan rakyat akan keluar Aintab untuk menyambut kehadiran Sultan Selim I. Mereka juga meminta Sultan Selim I menghantar utusan yang dipercayai yang menemui mereka secara rahsia dan memberi jaminan akan keselamatan mereka. Menurut Dr. Muhammad Harb, surat perjanjian ini masih tersimpan lagi di Muzium Tokapi Istanbul pada bahagi arkib Uthmani nombor 11634. Terjemahan surat itu adalah:

“Seluruh rakyat Halab (Aleppo) yang terdiri daripada seluruh ulama, pemerintah, pemimpin, pembesar dan penduduk tanpa terkecuali memberi taat setia mereka kepada tuanku sultan semoga diperteguhkan kemenangannya. Dengan izin seluruh rakyat tadi, kami menulis surat ini ditujukan kepada sultan yang mulia.

Seluruh rakyat Halab yang sentiasa setia kepada Tuanku memohon ke hadapan Sultan agar diberi perjanjian damai. Jika tuan jelas menganugerahkan kepada kami maka kami akan menangkap cherkes (Mamluk) dan kami akan serahkan kepada tuan atau kami akan mengusir mereka. Seluruh penduduk Halab bersedia menemui dan menyambut Tuan sebaik sahaja tuan menjejak kaki di bumi Aintab.

Sultan, bebaskanlah kami dari tangan Cherkes, lindungilah kami daripada kafir sebelum Turkuman tiba. Buat pengetahuan Tuanku sultan, syariat Islam tidak lagi dilaksanakan di sini. Ia kini dibekukan. Jika pemerintah Mamluk suka kepada sesuatu yang bukan milik mereka, maka mereka akan merampasnya. Tidak kira perkara itu berupa harta, wanita atau keluarga. Mereka tidak berasa belas ihsan kepada sesiapa. Kesemua mereka adalah kejam, meminta kami bagi menyerahkan seorang lelaki bagi setiap tiga rumah. Apabila kami menolak, kami dimusuhi dan dihukum.

Oleh itu, wahai sultan-sultan yang memerintah empayar sebelum Turkuman pergi, kami meminta agar seorang menteri tuan dihantar kepada kami dan agar beliau memberi jaminan bahawa kami, isteri dan kaum keluarga akan selamat. Hantarkanlah kepada kami seorang yang tuan percayai secara rahsia dan akan bertemu dengan kami memberikan kami jaminan keselamatan. Agar dengan ini mereka yang mengharapkannya akan berasa tenang. Semoga Allah berselawat kepada junjungan kita Muhammad dan kepada seluruh kaum keluarga Baginda.”

4. Golongan ulama di kerajaan Turki Uthmaniyah berpendapat menguasai Syam dan Mesir merupakan langkah terbaik untuk umat islam. Hal ini kerana ancaman Portugis di Laut Merah dan Kesatria John di Laut Mediteranean semakin berbahaya.

Maka tentera Utmaniyah di bawah pimpinan Sultan Selim I telah menyeberangi padang pasir untuk menghadapi Mamluk. Sultan Mamluk Qansuh Al-Ghawri telah keluar dari Kaherah menuju ke Aleppo sehingga kedua-duanya bertembung di Marj Dabiq di utara Aleppo pada 24 Ogos 1516.

Dalam Pertempuran Marj Dabiq, tentera Uthmaniyah telah mencapai kemenangan mudah dengan kecanggihan altileri tentera Uthmaniyah. Sultan Qansuh Al-Ghawri telah terbunuh dalam peperangan itu. Tentera Uthmaniyah telah menunjukkan penghormatan kepada Sultan Qansuh dengan melakukan solat jenazah terhadapnya dan mengebumikannya di pinggir kota Aleppo. Dengan kemenangan ini, Sultan Selim I telah menuju ke Damsyik.

Nama baginda mula dibaca di khutbah dan mata wang yang mengakui baginda sebagai sultan dan khalifah turut dicetak. Dari Syam Sultan Selim I telah menghantar surat kepada Tuman Bey pengganti Sultan Qansuh di Mesir untuk taat kepada empayar Turki Uthmaniyah. Namun Turman Bey telah membunuh dan menolak utusan itu.

Oleh itu Sultan Selim i membuat keputusan untuk menyerang Turman Bey di Mesir dengan menggunakan laluan padang pasir Palestin. Apabila tiba di Baitulmaqdis, Sultan Selim telah mengangis teresak-esak di Masjid Batu. Baginda telah mendirikan solat hajat untuk memohon kepada Allah untuk memberi kemenangan di Mesir. Akhirnya tentera Uthmaniyah telah berjaya mengalahkan Tentera Mamluk di Pertempuran Gaza dan Pertempuran Ridaniya.

Terdapat beberapa faktor kekalahan tentera Mamluk iaitu:

1. Teknologi ketenteraan Kerajaan Uthmaniyah lebih maju. Tentera Mamluk menggunakan meriam besar yang kekal serta tidak boleh bergerak manakala Tentera Uthamniyah telah menggunakan meriam ringan yang boleh digerakkan ke semua arah

2. Kebijaksanaan taktik perang tentera Uthmaniyah. Antara kebijakasanaan tentera Uthmaniyah ialah ialah tentera Uthmaniyah sentiasa bergerak di belakang meriam tentera Mamlul yang sukar digerakkkan.

3. Semangan juang tentera Uthmaniyah yang tinggi.

4. Sikap empayar Uthamniyah berpegang pada syariat islam dan mengambil berat soal keadilan rakyat sehingga mendapat sokongan berbanding kerajaan Mamluk yang mengabaikannya dan bersikap zalim.

5. Sikap beberapa atasan Mamluk yang khianat. Mereka telah menyertai tentera Sultan Selim I dan mengakui kekuasaannya. Sultan Selim I telah melantik pemerintah Mesir dan Damsyik dalam kalangan mereka iaitu Khair Bey dan Janberdi Al-Ghazali

Al-Jibrati menyebut impak positif kemenangan uthmaniyah di Mesir. Kata beliau adalah seperti yang dipetik:

“Mesir kembali kepada pemesyuaratan sepertimana pada zaman awal Islam. Apabila beliau (Sultan Selim I) memulihkan semula keadaan di Mesir, beliau telah memberikan pengampunan kepada golongan Cherkes( Mamluk) dan keturunan mereka. Beliau tidak menyentuh harta-harta wakaf Sultan Mesir. Malah beliau memperuntukKan peruntukan tertentu untuk semua soal yang berkaitan harta wakaf, kebajikan, makanan ternakan, rantai tanah suci dan gedung perniagaan. Beliau juga memberikan peruntukan kepada anak yatim, orang tua dan orang kurang Upaya. Beliau menetapkan pengurusan kota dan mengawal sempadan. Beliau memansuhkan semua dakwaan, penahanan dan denda.”

Peralihan Khalifah

Apabila memasuki Kaherah, Khalifah Abbasiyyah iaitu Al-Mutawakkil Alallah (khalifah Abbasiyah pada fasa di Mesir hanyalah simbol dan boneka Mamluk) telah menyerahkan gelaran Khlaifah kepada Sultan Selim I. Dengan ini baginda menjadi khalifah umat Islam. Namun al-Shalabi seakan meragui kisah ini apabila beliau menyatakan sejarawan ibn Iyas yang hidup ketika peristiwa ini langsung tidak menceritakan kisah ini dan sumber-sumber ketika itu tidak menceritakan tentangnya. Surat Sutan Selim I kepada Sulaiman turut tidak menyentuh peristiwa ini. Fakta sejarah menyatakan sebelum penaklukan Mesir dan Syam lagi pada tahun 1514, Sultan Selim I telah mengisytiharkan diri sebagai Khalifah Allah di pelusuk bumi.

Dengan kemenangan ini Syarif Mekah iaitu Barakat bin Muhammad telah mengakui kekuasaan daulah Uthmaniyah di Hijjaz. Beliau menyerahkan kunci-kunci Mekah dan beberapa peninggalan warisan kepada Sultan Selim I. Hal ni menyebabkan baginda digelar penjaga atau khadam kepada dua tanah suci (Makkah dan Madinah).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nama Diberi Muhammad Iqbal Harraz bin Mohd Yaakub. Masih lagi belajar di UiTM Rembau di dalam jurusan diploma mascomm. Sangat meminati sejarah Islam dan suka berkongsi apa yang dibaca kepada orang ramai. Berpegang kepada prinsip "yang Benar tetap Benar".

Comments are closed.