Jayavarman II dikenali sebagai pengasas Angkor dengan mengisytiharkan dirinya bebas dari satu kuasa besar Asia Tenggara. Kuasa ini dikenali sebagai The Emperor of Southern Seas oleh catatan-catatan pengembara China dan Maharaja of Thousands Islands oleh para pedagang Arab dan Parsi. Tidak ramai tahu tentang peperangan yang telah terjadi di Indochina melibatkan kuasa ini,Srivijaya dengan Chenla, iaitu kerajaan awal orang Khmer sebelum wujudnya Angkor.

Saya telah merujuk kepada empat sumber yang menceritakan kejadian yang sama,berlaku kira-kira 1200 tahun dahulu di Indochina, melibatkan sebuah kerajaan besar Melayu dengan kerajaan terawal orang Khmer iaitu dikenali sebagai Chenla dalam rekod-rekod pengembara dan imperial China.

Sumber-sumber tersebut ialah:

1) Kitāb al-Masālik w’al- Mamālik oleh Ibnu Khordadbeh 870 Masehi
2) Muruj adh-dhahab wa ma’adin al-jawahir oleh Masudi 947 Masehi
3) Akhbar al-Sind wal-Hind oleh Sulayman al-Tajir 851 Masehi
4) Silsilat al-tawarikh oleh Abu Zayd Hasan Ibn Yazid Al-Sirafi 916 Masehi

Dalam keempat-empat sumber di atas terdapat rekod tentang peperangan antara Srivijaya dengan Chenla disebabkan oleh berita yang diterima oleh maharaja Srivijaya berkenaan sikap angkuh seorang raja Khmer yang muda. Raja Chenla itu mengatakan dengan angkuhnya di hadapan khalayak bahawa dia ingin melihat kepala Maharaja (pemerintah Emperium Srivijaya) di hadapannya.

Apakah yang dilaporkan oleh Sulayman?

Keempat-empat sumber di atas mengandungi konsep cerita yang sama, jadi eloklah diambil salah satu rekod dari empat sumber terbabit. Saya mengambil rekod dari Sulayman al-Tajir dan disebut semula dalam Muruj adh-dhahab wa ma’adin al-jawahir oleh Masudi yang ditulis pada abad ke-10 Masehi:

Raja Zhenla (Chenla) berkata kepada para menterinya: “Saya mempunyai satu hajat: untuk melihat kepala Maharaja di hadapan saya di sebuah talam.”

Hasrat raja itu bergerak dari mulut ke mulut, dan akhirnya sampai ke telinga Maharaja sendiri. Maharaja pun mengambil keputusan untuk berpura-pura memulakan satu ekspedisi pelayaran untuk memantau seluruh jajahannya,namun kemudian Maharaja belayar secara langsung menuju ke Zhenla. Maharaja tidak mempunyai masalah dalam belayar menerusi sungai menuju ke arah ibukota, memasuki istana dan menangkap raja Zhenla tersebut.(Maharaja berkata):

“Anda telah menyatakan hasrat untuk melihat kepala saya di hadapan anda di atas sebuah talam.(Maharaja menyambung):

“Jika anda berkata anda mahu merebut negara saya, saya akan melakukan perkara yang sama kepada anda. Tetapi oleh kerana anda hanya melahirkan keinginan yang satu ini,saya akan berpuas hati untuk memberikan anda layanan yang sama, yang anda ingin cuba pada saya.”

Kemudian raja Zhenla itu pun dipancung, dan Maharaja memerintahkan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan seorang raja baru. Kemudian Maharaja segera pulang ke tempat asalnya tanpa mengambil apa-apa pun malah mengarahkan orang-orangnya juga berbuat demikian.

Kekuatan Srivijaya ialah 1000 buah kapal perang dengan kekuatan dari sebelah Chenla dianggarkan lebih 50,000 askar dan 1000 hulubalang istana.

KESIMPULAN

Terdapat beberapa kesimpulan dari peristiwa bersejarah ini.

1) Kekuasaan Maharaja yakni pemerintah Srivijaya amat digeruni ketika itu.

2) Emperor Melayu ketika itu memang licik,bijak,rockstar dan badass.Tidak seperti sesetengah orang Melayu yang apologetik, inferior, dungu, lembik, pengecut dan suka menyalahkan bangsa sendiri sebagai escapism pada hari ini.

3) Kita boleh lihat kebenaran teori Srivijaya bukan sebuah kuasa imperialisme yang mengikut model Barat tetapi gaya imperialisme tempatan yang berpaksikan ‘big trading network system’ atau sebuah konglomerat maritim yang bersekutu. Buktinya, Maharaja hanya meninggalkan Chenla selepas membunuh rajanya,tanpa mengambil apa-apapun atau bahkan menjarah kerajaan Khmer Itu. Apa yang Maharaja hendak ialah perdagangan dua hala dengan Chenla, dengan Chenla membekalkan produknya kepada empayar, dan kemudian empayar memperdagangkannya ke China atau India.

4) Maharaja tidak berselera untuk mengambil pusing pentadbiran Chenla. Buktinya Maharaja mengarahkan menteri Chenla melantik raja baru. Dalam kes ini kemungkinan besar adalah Jayavarman I.

5) Chenla wujud lebih dahulu dari Angkor dan Angkor Wat yang terkenal itu. Jadi Srivijaya memang lejen.

Tidak tahu bukan bermakna tiada.Yang penting mengkaji dengan pemikiran positif. Sejarah Melayu bukan sesempit dari Perlis sehingga ke Sabah. Sejarah Melayu bukan bermula dari zaman Kesultanan Melaka atau kedatangan Agama Islam. Islam melengkapkan lagi sikap berdikari dan kesusilaan bangsa Melayu, sepertimana catatan era dinasti Sui lama sebelum kedatangan agama Islam yang suci:

“…mereka menganggap tangan kanan sebagai suci dan tangan kiri sebagai tidak suci. Mereka mencuci setiap pagi, membersihkan gigi mereka dengan kepingan kecil kayu, dan tidak gagal untuk membaca atau membaca doa mereka…”

Sebab itu mereka memilih agama Islam, kerana agama ini mengajarkan kesusilaan yang sesuai dengan jiwa mereka.

~Srikandi


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

1 Comment

Leave A Reply