Jepun diambang kejayaan yang mutlak. Mereka sudah menakluk Burma, Hong Kong, Malaya, Singapura, Borneo, Filipina dan Indonesia. Namun, Jepun masih lagi berdepan ancaman daripada kapal-kapal Amerika Syarikat yang masih berlayar di Pasifik.

Kebimbangan ini teserlah apabila Amerika berjaya menyerang ibu kota Jepun iaitu Tokyo menerusi Serangan Doolittle pada 18 April 1942. Serangan ini membuat Jepun sangat-sangat risau kerana tanah air Jepun sebelum ini tidak pernah diserang oleh mana-mana kuasa luar. Amerika merupakan negara pertama dalam sejarah yang berjaya mengebom tempat Maharaja Jepun bersemayam.

Pentadbiran Jepun yang dipimpin oleh Perdana Menteri Hideki Tojo menyuarakan kekecewaan kepada pentadbiran tentera Jepun. Hal ini memberi tamparan hebat kepada Laksamana Isoroku Yamamoto yang merupakan komander turus Tentera Laut Jepun. Sesuatu perlu dilakukan untuk menghalang Amerika untuk ‘menyentuh’ Maharaja Jepun.

Perbalahan Tentera Darat dan Tentera Laut Jepun

Laksamana Madya Chuichi Nagumo (kiri) Komander Armada Aircraft Carrier Jepun di Midway.

Sudah sedia maklum bahawa pihak atasan Angkatan Bersenjata Jepun dikuasai oleh golongan golongan elit dari Tentera Darat Jepun dan Tentera Laut Jepun. Disebabkan batasan yang dimiliki oleh pihak tentera untuk memuaskan hati kedua-dua pihak, masing-masing cuba untuk meyakinkan Maharaja Jepun untuk memberi keutamaan kepada Tentera Darat atau Tentera Laut dalam operasi akan datang.

General Sadao Araki dan Perdana Menteri Tojo lebih suka jika Jepun mengutamakan serangan di daratan. Manakala pihak Tentera Laut Jepun seperti Laksamana Yamamoto lebih suka jika Jepun menggunakan aset Tentera Laut Jepun untuk menguasai laut-laut disekelilingnya. Maharaja Jepun memberi peluang kepada Tentera Darat Jepun untuk menunjukkan kelebihan mereka.

Pada 1931, Tentera Darat Jepun berjaya menawan seluruh Manchuria. Ini merupakan kejayaan bagi mereka. Maharaja Jepun berpuas hati lalu memberi keutamaan dan bajet ketenteraan kepada mereka. Pada 1937, Jepun menyerang China. Walaupun berjaya menawan seluruh pesisir pantai China namun kawasan pedalaman masih lagi dipegang oleh pihak China. Hal ini memberi tamparan yang hebat buat Tentera Darat Jepun.

Pada 1938 dan 1939, ego Tentera Darat Jepun tercalar apabila mereka kalah dalam pertempuran dengan Soviet Union di sempadan antarabangsa di utara China. Dengan kekalahan ini, Maharaja Jepun bersetuju untuk memberi keutamaan kepada Tentera Laut Jepun yang kini dipimpin oleh Laksamana Yamamoto. Armada Tentera Laut Jepun merupakan yang ketiga terkuat di dunia, hampir sama kekuatannya dengan Amerika Syarikat ketika itu.

Serangan Pearl Harbor dan Asia Selatan

Laksamana Yamamoto merupakan mastermind disebalik kejayaan Tentera Laut Jepun di Pasifik.

Pada 7 Disember 1941, Amerika dikejutkan oleh serangan laut besar-besaran keatas pangkalan tentera laut mereka di Pearl Harbor, Hawaii. Serangan ini diketuai oleh Laksamana Yamamoto sendiri. Dalam serangan ini, beliau menggunakan segala aset-aset tentera laut yang ada seperti aircraft carrier, battleships, destroyers, cruisers dan beberapa pesawat laut dengan harapan serangan ini mampu melumpuhkan Tentera Amerika di Pasifik.

Pada Subuh 8 Disember 1941, Tentera Darat Jepun melancarkan serangan serentak di beberapa kawasan koloni Eropah seperti Hong Kong, Filipina, Malaya, Singapura, Borneo dan Indonesia. Disebabkan kesibukkan negara-negara penjajah berperang dengan Jerman di Eropah, serta kelumpuhan Tentera Amerika di Pasifik, Jepun berjaya menawan koloni-koloni tersebut. Akhirnya berjaya menjadi kawasan ini ‘Kawasan Kesemakmuran Asia Timur Raya’.

Kenapa Midway?

USS Yorktown yang tenggelam ketika Pertempuran di Midway.

Yamamoto memilih Midway atas beberapa faktor. Jika beliau menawan Midway, pulau tersebut akan menjadi batu asas kepada serangan Jepun ke seluruh Amerika Barat. Midway akan menjadi batu asas untuk menawan seluruh Hawaii, Fiji dan Samoa daripada Amerika Syarikat.

Selain itu juga, beliau terkesan dengan kegagalan beliau dalam memusnahkan sepenuhnya Angkatan Laut Amerika ketika Serangan Pearl Harbor pada 7 Disember 1941. Aircraft Carrier Amerika tidak dapat dimusnahkan langsung. Namun Yamamoto berjaya memusnahkan satu Aircraft Carrier Amerika USS Lexington dan melumpuhkan USS Yorktown ketika Pertempuran di Laut Coral (Battle of Coral Sea) pada 4 Mei 1942. Hal ini menyebabkan Yamamoto yakin bahawa Amerika mampu ‘dijinakkan’ lagi di Midway.

Pelan asal Laksamana Yamamoto yang mahu mengumpan musuhnya. Laksamana Nimitz mengetahui pelan ini mengumpan Yamamoto dengan serangan atas dan bawah di Midway.

Di samping itu, Yamamoto memilih Midway kerana didesak oleh Tentera Darat Jepun yang mahu beliau memberi bantuan laut untuk Serangan keatas Alaska.

Pelan Yamamoto

Laksamana Chester Nimitz, Komander Tentera Laut Amerika di Pasifik

Objektif Laksamana Yamamoto yang paling utama sekali adalah untuk menawan seluruh Pulau Midway. Beliau menyedari betapa banyaknya kapal-kapal terbang Amerika berlabuh di situ. Kapal-kapal laut Amerika juga dilaporkan sering berlabuh di Midway untuk mengisi minyak.

Justeru, Yamamoto mahu menggunakan helah agar Aircraft Carrier Amerika dapat diumpan ke Midway. Seterusnya beliau akan menyerang Midway dengan 4 Aircraft Carrier Akagi, Kaga, Soryu, dan Hiryu. Semua aircraft carrier ini dibantu oleh beberapa jenis kapal cruiser dan bot torpedo yang lain dibawah pimpinan Laksamana Nagumo. Manakala satu lagi ‘task force’ pimpinan Laksamana Yamamoto akan berada beberapa ratus batu dibelakang Nagumo untuk membuat ‘kejutan’ kepada tentera Amerika. Kapal-kapal Yamamoto terdiri daripada kapal Battleship terbesar iaitu Yamato dan beberapa kapal pemusnah yang lain.

Apa yang Yamamoto dan staf-staf beliau tidak tahu ialah, Amerika sudah berjaya memecah kod-kod rahsia tentera Jepun. Amerika berjaya membaca keseluruhan pelan Yamamoto keatas Midway. Sekarang, Amerika hanya perlu untuk bersedia untuk serangan balas.

Laksamana Chester Nimitz

Chester W. Nimitz merupakan Laksamana Armada dan juga Komander Turus Tentera Laut Pasifik. Dalam pertempuran ini, beliau sedar yang kemampuan Tentera Laut Amerika tidak setanding dengan Tentera Laut Jepun pimpinan Yamamoto. Namun, beliau mempunyai satu kelebihan yang Jepun tidak ada.

Tentera Amerika telah berjaya memecahkan kod-kod rahsia Tentera Laut Jepun sejak awal 1942 lagi. Apabila Yamamoto melakar pelan untuk menyerang Midway, Nimitz sudah tahu selok belok pelan serangan Tentera Laut Jepun. Beliau tahu apa, berapa, dimana dan bagaimana Jepun akan menyerang Midway.

Dengan maklumat-maklumat ini, Nimitz dapat menggunakan aset-aset Tentera Laut Amerika yang tinggal untuk counter pelan serangan Yamamoto. Nimitz membahagaikan armadanya kepada dua untuk menyambut kedatangan Yamamoto; Task Force 17 pimpinan Laksamana Jack Fletcher dan Task Force 16 pimpinan Laksamana Raymond Spruance.

Laksamana Jack Fletcher, memimpin Task Force 17. Beliau ada di dek kapal USS Yorktown ketika Pertempuran Midway.

Task Force 16 dan 17 ini masing masing mempunyai kekuatan kapal yang seimbang. Terdapat 3 aircraft carrier yang boleh beroperasi setakat ini iaitu USS Yorktown (Task Force 17), USS Hornet dan USS Enterprise (Task Force 16). Laksamana Fletcher hanya diberi satu sahaja aircraft carrier kerana USS Saratoga dibedil teruk oleh Jepun ketika Pertempuran Kepualauan Solomon.

Dalam serangan mengejut ini, Nimitz tidak mahu bertempur satu lawan satu dengan Yamamoto kerana beliau tidak mahu berdepan dengan kapal-kapal besar Yamamoto yang mampu melumpuhkan kapal-kapal beliau. Sebaliknya, Nimitz mahu melumpuhkan kapal-kapal aircraft carrier pimpinan Laksamana Nagumo dengan serangan dari arah utara dan selatan menggunakan semua aircraft carrier yang Nimitz ada.

Hari Pertempuran

Laksamana Madya Raymond Spruance, Komander Task Force 16, menjadi tulang belakang dalam menenggelamkan aircraft carrier Jepun di Midway.

Pada pukul 4.30 pagi, 4 Jun 1942, Laksamana Yamamoto memimpin armada Tentera Laut Jepun menuju ke Midway untuk memusnahkan Pangkalan Udara Amerika dan seterusnya menawan seluruh pulau tersebut. Yamamoto mengarahkan Laksamana Nagumo bersama-sama keempat-empat aircraft carrier-nya untuk bergerak dahulu dan menyerang pangkalan di Midway dahulu. Jika serangan keatas pangkalan itu mampu memberi kejutan buat Amerika untuk menghantar kapal-kapal mereka menyerang Nagumo, armada Yamamoto akan menyerang semua kapal-kapal Amerika secara besar-besaran. Ini merupakan umpan Yamamoto.

Apa yang mengejutkan Nagumo, pangkalan tentera udara Amerika kelihatan kosong, seperti tiada langsung kapal terbang di situ. Beliau dikejutkan oleh serangan pesawat-pesawat Amerika yang menanti Nagumo. Nampaknya beliau sudah termakan umpan Laksamana Nimitz dan armada-armada laut Amerika. Aircraft Carrier pimpinan Nagumo diserang bertubi-tubi dari arah utara dan selatan oleh Task Force 17 dan 16 pimpinan Laksamana Fletcher dan Spruance.

Pada pukul 10.25 pagi, 30 kapal terbang dive bomber dari USS Enterprise menyerang pimpinan aircraft carrier Akagi dan Kaga. Manakala 17 kapal terbang dive bomber dari USS Yorktown menyerang aircraft carrier Siryu. Ketiga-tiga aircraft carrier pimpinan Laksamana Nagumo teruk dibedil oleh pesawat-pesawat Amerika. Serangan mengejut ini membuatkan banyak pesawat-pesawat Jepun musnah. Aircraft Carrier Akagi, Kaga dan Siryu, tenggelam sepenuhnya pada waktu Maghrib.

Laksamana Nagumo dalam dilema. Beliau yang berada di aircraft carrier Hiryu, merupakan satu-satunya daripada empat aircraft carrier yang ditugaskan untuk menyerang Midway yang tinggal! Nagumo kini nekad. Beliau mahu membawa sekurang-kurangnya satu aircraft carrier Amerika tenggelam ke dasar laut.

Aircraft Carrier Jepun, Hiryu diserang oleh pesawat-pesawat Amerika di Midway.

Pada pukul 12.05 tengah hari, Nagumo mengarahkan 24 kapal terbang dive bomber miliknya berlepas dari Hiryu menuju ke USS Yorktown, dimana duduknya Laksamana Fletcher di kapal tersebut. USS Yorktown dipimpin Fletcher teruk dibedil oleh Nagumo. Apabila menyedari kapal tersebut masih lagi boleh berlayar, Nagumo mengarahkan serangan kedua pada pukul 2.30 petang.

Pada pukul 3.00 petang, USS Yorktown tenggelam namun Laksamana Fletcher terselamat. Dalam pada itu, Laksamana Spruance, yang mengemudi USS Enterprise cuba untuk menyelamatkan kapal pengangkut Fletcher dengan menyerang Nagumo. Hiryu teruk dibedil oleh Spruance dalam serangan ini. Kapal pengangkut Hiryu tenggelam pada keesokkan harinya.

Kesan Pertempuran Midway

Ini merupakan kekalahan teruk pertama Tentera Laut Jepun. Selepas beberapa siri kemenangan demi kemenangan selepas memasuki Perang Dunia Kedua, Pertempuran Midway merupakan noktah buat cita-cita Jepun untuk menguasai Pasifik.

Armada Tentera Laut Jepun kehilangan lebih 45% aset-aset dan kapal-kapal perang terkuat mereka. 4 buah aircraft carrier dan 1 cruiser berat, telah musnah dalam pertempuran ini. Sebuah lagi cruiser berat rosak teruk dibedil pesawat-pesawat Amerika. Semua 248 pesawat udara Jepun musnah dalam pertempuran ini yang merupakan juruterbang yang paling berpengalaman yang Jepun ada.

Armada Tentera Laut Amerika pula berdiri gagah. Sebuah aircraft carrier dan sebuah destoroyer sahaja yang musnah dalam pertempuran ini. Dari 233 pesawat Amerika yang bertempur, hanya separuh daripadanya musnah.

Pertempuran ini melumpuhkan sekaligus armada laut Jepun di Pasifik. Kekalahan ini merupakan kekalahan yang sangat memalukan bagi Tentera Laut Jepun sehingga mereka terpaksa menyembunyikan kekalahan mereka di mata panglima-panglima Tentera Darat Jepun selama sebulan. Mana tidaknya, 4 buah aircraft carrier terbaik Tentera Laut Jepun hancur dalam pertempuran ini. Ia mengambil masa dua tahun untuk Jepun untuk membina semula kekuatan aircraft carrier mereka.

Manakala Amerika pula hanya kehilangan sebuah aircraft carrier langsung tidak tergugat. Dalam masa dua tahun sahaja, Amerika mampu membina 12 buah lagi aircraft carrier yang akan melumpuhkan Empayar Jepun di penghujung Perang Dunia Kedua. Pertempuran ini memberi semangat dan morale yang tinggi kepada rakyat Amerika bahawa, perang ini boleh dimenanginya.

Jepun pula terpaksa menukar strategi mereka. Jepun kini lumpuh di Pasifik. Mereka yang sebelum ini agresif kini betukar kepada defensif. Semua pulau-pulau yang dijajah Jepun seperti Guadalcanal, Solomon, dan Papua New Guinea terpaksa dipertahankan tanpa bantuan Tentera Laut Jepun.

Rujukan

  1. Dennis, Peter; Grey, Jeffrey; Morris, Ewan; Prior, Robin; Bou, Jean (2008). The Oxford Companion to Australian Military History (Second ed.). Melbourne: Oxford University Press. ISBN 0195517849.
  2. Kernan, Alvin (2005). The Unknown Battle of Midway. New Haven, Connecticut: Yale University Press. ISBN 0-300-10989-X. An account of the blunders that led to the near total destruction of the American torpedo squadrons, and of what the author calls a cover-up by naval officers after the battle.
  3. Smith, Douglas V. (2006). Carrier Battles: Command Decision in Harm’s Way. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 1-59114-794-8.
  4. Stille, Mark (2007). USN Carriers vs IJN Carriers: The Pacific 1942. New York: Osprey. ISBN 978-1-84603-248-6.
  5. Evans, David; Peattie, Mark R. (1997). Kaigun: Strategy, Tactics, and Technology in the Imperial Japanese Navy, 1887–1941. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 0-87021-192-7

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang lepasan UPNM berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi yang kini berkhidmat di dalam Rejimen Renjer Diraja. Penulisan yang lebih cenderung kearah sejarah Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.

Comments are closed.