Perang Dunia Kedua: Cubaan Terakhir Rommel Menawan Mesir

637
views

Kejayaan British dalam Operasi Crusader pada 18 November berjaya membawa kepada kestabilan kepada posisi mereka di Afrika Utara. Mereka berjaya meyelamatkan tentera mereka yang terperangkap berbulan-bulan di Pelabuhan Tobruk daripada tentera Itali dan Nazi Jerman. Mereka juga berjaya menolak tentera Rommel jauh ke barat walaupun mengalami kehilangan nyawa dan peralatan perang yang banyak.

Rommel bangkit

Walupunbegitu, Operasi Crusader menyebabkan tentera British semakin jauh daripada Mesir yang merupakan hub lojistik dan supply untuk tentera mereka. Mereka mara terlalu jauh kedalam kawasan musuh di Libya. Komander Keseluruhan Tentera British di Afrika Utara, General Sir Claude Auchinleck yakin bahawa Tentera Pakatan Itali-Nazi pimpinan General Erwin Rommel sudah dalam keadaan yang sangat lumpuh untuk melancarkan serangan balas. Auchinleck kemudiannya menghantar surat kepada Perdana Menteri British, Winston Churchill bahawa British sudah menang di Afrika.

Sangkaan Auchinleck meleset sama sekali. Rommel mengambil kekalahan ini sebagai sesuatu yang positif. Tentera Rommel kini mempunyai kelebihan kerana supply dan lojistik mereka sangat dekat dengan Pelabuhan Tripoli, Mesir. Manakala tentera British pula sedang kesempitan kerana gudang logistic mereka semakin jauh iaitu di Alexandria, Mesir. Rommel juga mempunyai satu senjata rahsia yang akan menjahanamkan British iaitu maklumat perisikan.

Maklumat Perisikan Rommel

Ketika Operasi Crusader, tentera pimpinan Rommel berjaya menawan suatu HQ tentera British di mana terdapat pelbagai kod-kod rahsia dan dokumen perisikan British. Beliau menggunakan kelebihan ini dengan berjaya mendengar perbualan radio diantara Duta Amerika di Mesir dan General Auchinleck sendiri mengenai seluruh kekuatan tentera British di Afrika Utara!

Oleh hal yang demikian, Rommel mula mengorak strategi bagaimana ingin mengalahkan tentera British. Beliau tahu bahawa tentera British sedang kepenasan dan kekurangan bekalan. Mereka kini sedang berkampung di sebuah pekan yang bernama Gazala dan Bir Hakim, beberapa kilometre sahaja daripada Tobruk. Dengan memandang rendah mengenai keadaan tentera Itali-Nazi pimpinan Rommel, pada pukul 2 petang, 26 Mei 1942, tentera British diserang dengan bedilan artileri besar-besaran tanpa disedari. Sebelum itu, Churchill menganugerahkan sebilangan pasukan tentera yang banyak kepada Auchinleck. Lebih kurang 110,000 orang tentera, 843 kereta kebal dan 604 pesawat untuk kegunaan tentera British di sana.

Namun, disebabkan oleh maklumat perisikan yang berjaya dibaca oleh Rommel, beliau menggunakan maklumat tersebut untuk mengelirukan tentera British. Tentera Jerman dan Itali tahu kedudukan lemah tentera British dan menyerang kedudukan tersebut. Rommel menghantar pasukan divisyen kereta kebal Itali Ariete terus kearah tentera British yang berkampung di pekan-pekan tersebut. Menjangkakan bahawa serangan itu adalah serangan utama, Auchinleck mengarahkan seluruh tenteranya untuk fokus di kedudukan tersebut.

Malangnya, Auchinleck dikejutkan dengan satu serangan rusuk di bahagian selatan dan pesisir pantai utara oleh Divisyen Panzer ke-9 dan ke-21. Pertahanan British di Gazala dan Bir Hakim menjadi kucar-kacir. Mengetahui bahawa tentera British mempunyai kekuatan yang besar, Rommel menggunakan tactic “divide and conquer” terhadap mereka. Hal ini menyebabkan satu-satu kawasan tentera British terputus daripada HQ mereka tanpa sebarang arahan dan menyebabkan mereka menjadi tidak keharuan.

Pertempuran berlangsung selama beberapa hari sehingga Auchinleck mengarahkan tentera British untuk berundur supaya mereka tidak dikepung sepenuhnya oleh tentera Rommel. Pada 3 June, tentera British meninggalkan pekan Gazala dan Bir Hakim dan berundur sepenuhnya ke Tobruk. Rommel mengambil kesempatan mengenai kegopohan ini mengejar tentera British dengan sejumlah 300 kereta kebal perisanya.

Tobruk Akhirnya Tumbang

Field Marshal Erwin Rommel, komander termuda untuk memegang pangkat tertinggi tersebut

Sekali lagi Tobruk dikepung namun begitu, Auchinleck ingin membiarkan sahaja Tobruk ditawan tentera Nazi itu. Beliau sudah penat untuk menguruskan kota tersebut jika dikepung. Ketika itu, tentera Rommel sudah pun tiba di pintu masuk Tobruk.

Pada 13 June 1942, Auchinleck melancarkan counter-attack besar-besaran terhadap tentera Rommel yang sedang memasuki Tobruk. Beliau menghantar segerombolan kereta kebal sebanyak 300 buah untuk menyerang kedudukan Rommel di luar kota Tobruk. Rommel sudah menjangkakan perkara ini lebih awal selepas menerima maklumat perisikan yang berjaya dipecahkan.

Tentera Itali-Nazi Jerman pimpinan Rommel menggunakan hanya sejumlah meriam anti-kereta kebal dan 70 kereta kebal Panzer yang tinggal untuk mengekang kemaraan 300 kereta kebal tentera British. Pertempuran berlangsung dengan sangat sengit diluar pintu kota Tobruk. Auchinleck mengerahkan Tentera Udara British untuk menyerang kawasan-kawasan Rommel di sana.

Hitler menghantar Field Marshal Albert Kesselring bersama armada udara beliau, Luftlotte 2 untuk membantu Rommel di Afrika Utara

Kemudian, Auchinleck dikejutkan dengan serangan udara tentera Nazi yang disangkakan tiada. Sebenarnya, seminggu sebelum itu, Hitler telah menghantar Armada Udara Kedua (Luftlotte II) ke Afrika Utara pimpinan Field Marshal Albert Kesselring untuk membantu Romel seterusnya, membalas serangan Tentera Udara British di sana.

13 June 1942 merupakan tarikh hitam buat tentera British. Daripada 300 kereta kebal, hanya 65 sahaja yang tinggal. Disebabkan itu, Auchinleck mengarahkan seluruh tentera British untuk berundur secara total sehingga ke Mesir. Pada 21 June, selepas seminggu dikepung tentera musuh, tentera British di Tobruk menyerah kepada tentera pimpinan Rommel. Lebih kurang 35,000 tentera di sana dijadikan tawanan perang.

Rommel Tidak Berhenti

Sejurus kejatuhan kota Tobruk, pemimpin Nazi, Adolf Hitler menganugerahkan pangkat Field Marshal kepada Rommel. Dalam sejarah, beliau menjadi orang yang paling muda memegang pangkat berkenaan dalam Angkatan Tentera Jerman ketika berumur 51 tahun. Namun begitu, Rommel lebih suka jika Hitler menghantar satu lagi divisyen tentera kepadanya berbanding merasuahnya dengan pangkat tersebut.

Kejatuhan Tobruk memberikan tamparan hebat buat Churchill. Ini bermakna satu lagi kubu kuat British di Afrika tumbang ke tangan tentera Nazi. Beliau terbang ke Mesir untuk berjumpa dengan Auchinleck mengenai kekalahan tersebut. Auchinleck memberi jaminan bahawa tentera British membuat pengunduran strategik.

M7 Tank Destroyer (kiri), M3 Grant dan Sherman antara kereta kebal buatan Amerika yang tiba di El Alamein

Selepas Tobruk, Rommel mara ke sempadan Mesir, kemudian mengejar tentera British sehingga ke pekan Sidi Barai, Mersa Matruh dan kemudian ke El Alamein. Tentera British yang berundur sejak kejatuhan Tobruk kini mula mendapat momentum. Pada 1 Julai 1942, Auchinleck mengambil keputusan untuk menangkis serangan tentera Rommel di sebuah pekan hub kereta api dipanggil El Alamein, hanya 100km dari Bandar Alexandria, Mesir.

Rommel pula semakin optimis dan yakin. Beliau sedang membayangkan bahawa bala tentera beliau akan sampai ke Terusan Suez, seterusnya menakluk seluruh Mesir daripada cengkaman British. Jika El Alamein ditawan, pintu ke Piramid-piramid Mesir akan terbuka seluas-luasnya. Diktator Itali, Benito Mussolini dikhabarkan sudah terbang ke Libya untuk membuat persediaan untuk perarakan besar-besaran di Mesir apabila Rommel berjaya tiba di Terusan Suez.

First Battle of El Alamein – Rommel Berhenti

Pengunduran Auchinleck ke membuatkan Churchill sangat gusar. Beliau sangat takut jika kehilangan Mesir dan tampak gayanya tentera Rommel tidak dapat dihentikan. Auchinleck mengambil keputusan untuk bertahan di El Alamein kerana kawasan itu merupakan sebuah pekan yang strategik. Bekalan logistik dan kereta kebal telah tiba dengan sangat banyak kepada tentera British di Afrika Utara. El Alamein merupakab sebuah hub kereta api di mana menjadi sebuah tempat yang strategik untuk mengangkut kesemua bekalan itu ke barisan hadapan.

Komander Timur Tengah Gen. Auchinleck (kanan), Perdana Menteri Winston Churchill (tengah), Komander Royal Air Force, Marshal Arthur Tedder di Afrika Utara 1942.

Manakala malang bagi Rommel. Walaupun sudah menawan pelabuhan Tobruk namun bekalan lojistik tentera-tentera beliau masih lagi bermasalah. Kereta kebal Rommel tinggal 70 buah sahaja berbanding dengan tentera British iaitu 179 buah. Musibah besar kepada Rommel berlaku pada 29 June 1942, apabila tentera British menyedari bahawa Rommel sering membaca mesej rahsia kekuatan tentera British di Afrika Utara. Menyedari perkara ini, Auchinleck menghentikan penggunaan kod berkenaan. Rommel dan tenteranya kini buta.

Pada 30 June 1942, Rommel dan bala tentera gabungan Jerman dan Itali menyerang posisi Auchinleck di El Alamein. Namun, tentera British kini tampak lebih bersedia untuk menangkis serangan Rommel. Auchinleck memposisikan kesemua divisyen-divisyen tenteranya di beberapa tempat yang strategik supaya Rommel tidak mampu untuk melakukan serangan rusuk.

Posisi tentera Rommel dan tentera Auchinleck ketika Pertempuran El Alamein Pertama.

Serangan Rommel juga dipatahkan apabila tentera British dibantu oleh Tentera Udara Diraja British yang kini mempunyai aset udara yang lebih tinggi berbanding dengan Luftwaffe. Rommel mengarahkan kereta kebal Panzer-nya untuk memaksa untuk pecahkan pertahanan tentera British di selatan dan utara El Alamein namun gagal. Pada petang 1 Julai 1942, Rommel menghentikan serangan selepas mendapati bilangan kereta kebal beliau hanya tinggal 32 sahaja.

Pada 2-3 Julai, Rommel sekali lagi berdegil untuk mencuba membuat serangan untuk memecahkan kubu tentera British di pekeliling El Alamein. Serangan ini dibuat pada waktu malam untuk mengelirukan musuh. Permulaan serangan ini sangat baik namun ia mengambil masa yang lama. Apabila matahari muncul sahaja, Tentera Udara British melakukan 780 penerbangan terhadap tentera Rommel yang kini tinggal hanya 26 kereta kebal sahaja.

Kini, giliran Rommel pula yang terpaksa bertahan selepas melihat betapa parahnya keadaan tentera beliau ketika itu. Tentera Jerman dan Itali menggali sistem pertahanan untuk bertahan daripada serangan British. Mereka juga sedang menunggu bekalan lojistik yang semakin kritikal.

Pada 4 Julai, Auchinleck melancarkan beberapa siri serangan berskala kecil untuk memporak-porandakan tentera Rommel. Namun, Rommel dengan keadaan bekalan yang sedikit mampu bertahan daripada serangan itu. Pada 31 Julai, Auchinleck menghentikan serangan keatas Rommel untuk memberi ruang kepada tenteranya untul berkumpul dan berehat.

The End of the Beginning

Keadaan semasa ketika ini sangat menarik. Tentera British pimpinan General Auchinleck kini sudah mendapat momentum. Mereka berjaya menghalang tentera Rommel untuk masuk terus ke Mesir. Kedudukan British di Mesir tampak selamat. Auchinleck menikmati bekalan yang tiada hentinya untuk meneruskan perjuangan.

Namun begitu, Churchill masih lagi mempunyai ‘masalah peribadi’ dengan komander tentera berkenaan. Beliau memecat Auchinleck pada 13 Ogos 1942 dengan alasan ‘kegagalan beliau untuk menangkis serangan Rommel’. Struktur pentadbiran tentera British di Afrika Utara di rombak semula. Tempat beliau digantikan oleh General Harold Alexander sebagai Komander Turus Timur Tengah (Commander-in-Chief of Middle East Command). Sementara itu, komander tentera British Ke-8 (British Eigth Army) yang selama ini menentang tentera Rommel di Afrika Utara disandang oleh Lt. General Bernard Montgomery.

Bagi Rommel pula, kedegilan beliau untuk menyerang tentera British di Mesir ketika bekalan lojistik yang sangat gawat menjadi punca kepada kegagalan beliau. Sungguhpun begitu, strategi beliau untuk bertahan walaupun masih mempunyai 26 kereta kebal haruslah dipuji. Beliau sering dilihat memimpin di barisan hadapan dan berjuang bersama-sama tenteranya untuk mengekang serangan musuh. Ini merupakan salah satu rahsia kejayaan Rommel.

Rommel sedar pada ketika ini, beliau memerlukan bantuan daripada Hitler untuk menghantar lebih ramai lagi tentera ke Afrika Utara. Namun, Hitler kini sedang sibuk untuk memikirkan perang di Rusia dan di Stalingrad. Keengganan Hitler untuk membantu Rommel di Afrika Utara akan memakan diri. Dengan tentera British yang semakin selesa dihujani bekalan lojistik, Rommel pula terpaksa duduk dan menderita menunggu bekalan-bekalan tersebut yang kini sering diganggu dek kerana serangan tentera udara British yang menyerang konvoi Jerman d