Perang Dadah Di Mexico

13,265

Rakyat US dikejutkan dengan pembvnvhan 9 warga US, terdiri daripada 3 wanita dan 6 kanak-kanak di utara Mexico. Diorang dalam perjalanan ke kenduri perkahwinan dan disyaki bertembung dengan kartel d4dah Mexico. Menurut saksi, diorang dib4kar hidup-hidup oleh kartel, mangsa termasuk sepasang kembar yang baru berusia 6 bulan.

Donald Trump mencadangkan kepada Mexico supaya US hantar tentera untuk hapuskan kartel ni. Kalau korang tak biasa dengar cerita Mexico ni, mungkin akan rasa Trump over. Tapi realitinya, kerajaan Mexico memang sedang “berp3rang” dengan kartel d4dah.

Kalau kat negara lain, masalah tangkap sindiket d4dah ialah kerja polis. Tapi kat Mexico, polis dah tak mampu nak kawal keadaan, sehingga kerajaan perlu mobilize tentera.

Kartel d4dah di Mexico ni bukan sekadar sindiket, malah memiliki senjata dan armed force tersendiri, dari “hit man” (“sicario”) hingga ke paramilitary. Selain mengancam keselamatan orang awam, kartel ni juga selalu berp3rang antara satu sama lain untuk merebut kawasan, menggugat ketenteraman awam. Jadi pada tahun 2006, Presiden Felipe Calderón mengisytiharkan p3rang terhadap kartel-kartel ni, yang juga dikenali sebagai P3rang D4dah (“Guerra Contra El Narcotráfico”).

Tapi selepas 13 tahun p3rang dan hampir 250,000 nyawa terkorban, P3rang D4dah bukan saja tak berjaya membanteras kartel ni malah diorang jadi semakin kuat. Kartel paling besar di Mexico sekarang ialah “Sinaloa” yang diasaskan oleh Joaquín Guzmán (“El Chapo”) dan “Jalisco” yang dipimpin oleh Nemesio Oseguera Cervantes (“El Mencho”). Sinaloa pegang barat Mexico, Jalisco berkuasa di tengah, manakala timur dikuasai oleh “Los Zetas” dan “El Golfo” yang pernah dominan suatu ketika dulu tapi sekarang nyawa-nyawa ikan.

Walaupun US menyalurkan bantuan kewangan dan perisikan kepada kerajaan Mexico, P3rang D4dah tak memberi hasil. Korupsi yang kronik menyebabkan berlakunya ketirisan dalam operasi ketenteraan dan juga khianat oleh orang dalam yang sudah “dibeli” oleh kartel. Malah ramai anggota tentera elit juga menyertai kartel, menyebabkan keupayaan armed force kartel setanding tentera Mexico.

Polis dan tentera yang tak nak terima sogokan pun tak akan selamat, ahli keluarga diorang semua dah kena mark dengan kartel, jadi nak tak nak kena menyertai dark side. Mana-mana ahli politik Mexico yang berani kata nak membanteras kartel, esok akan jumpalah m4yatnya dig4ntung kat jejantas pusat bandar, sebagai “pengajaran” kepada sesiapa yang berani lawan kartel. Sejak 2006 dah ada lebih 70 orang datuk bandar di merata Mexico dibvnvh sebab berani usik kartel ni.

Cara kartel membvnvh dan menyeksa orang pun gruesome semacam, sebijik macam moyang Aztec diorang. Cara Aztec membuat pengorbanan manusia dengan mengambil jantung korban hidup-hidup pun ditiru oleh kartel. Tujuannya tidak lain untuk menanamkan perasaan takut di kalangan orang ramai supaya tak lawan kartel.

Pendekatan keras tak menjadi, maka Andrés Manuel López Obrador (AMLO), presiden baharu nak cuba cara lembut pulak. AMLO kata “abrazos, no balazos” (pelukan, bukan peluru) akan menyelesaikan masalah kartel di Mexico. Tahun 2019 Masihi pun masih wujud idealis macam ni, walaupun hakikatnya kartel semakin ganas: pada tahun 2018, angka pembvnvhan oleh kartel adalah sebanyak 36,000 kes, mencapai rekod tertinggi, bersamaan 100 kes sehari.

Time macam ni AMLO masih nak mengisytiharkan “P3rang D4dah sudah tamat” pada awal tahun ini. Kerajaan berlembut, maka kartel jadi semakin berani. 2 minggu lepas, apabila anak El Chapo ditahan di Culiacán, terus geng Sinaloa menyerbu bandar Culiacán. Tentera kerajaan tewas, dan AMLO terpaksa mengarahkan supaya anak El Chapo dilepaskan. Apabila government force tak mampu nak tackle penjenayah, Mexico boleh kata di ambang “failed state”.

Kartel bermaharajalela, US pun ada tanggungjawab juga. Sumber pendapatan utama kartel ialah pengguna US. 90% daripada mar!juana, c0caine dan h3roine yang orang US duk syok hisap adalah dibekal oleh kartel Mexico. Tahun-tahun kebelakangan ini orang US duk legalize d4dah, kononnya “victimless crime”, jadi permintaan terhadap d4dah meningkat.

Bila penjualan d4dah meningkat, pendapatan kartel pun meningkat, maka makin banyak sumber kartel nak sogok orang dan upgrade senjata. Victimless crime lah sangat. Kawalan pistol yang longgar di US juga memudahkan kartel untuk dapatkan senjata secara penyeludupan. Antaranya Barrett Browning M82 buatan US yang kelihatan semasa pertempuran senjata di Culiacán.

Jadi US ada tanggungjawab moral untuk menyelesaikan masalah kartel di Mexico. Kalau ISIS boleh settle, takkan kartel tak dapat. Tapi sekarang AMLO menolak tawaran bulat-bulat bantuan Trump atas alasan “kedaulatan” pula. Nampaknya lama lagi orang Mexico kena suffer dengan masalah kartel ni. Silap-silap “capo” (ketua kartel) akan jadi presiden seterusnya.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.