Pada 300,000 tahun yang lalu, sebanyak sekitar sembilan spesis manusia yang melata di Bumi. Sekarang hanya tinggal satu sahaja. Spesis Homo Neanderthalensis merupakan pemburu bertubuh pendek dan gempal yang beradaptasi dengan dataran sejuk di Eropah. Spesis Homo Denisovan tinggal di Asia. Spesis Homo Erectus tinggal di Indonesia dan Homo Rhodesiansis tinggal di tengah Afrika. Homo Naledi tinggal di Afrika Selatan. Homo Luzonensis tinggal di Filipina, Homo Floresiensis (hobbit) di Indonesia dan Orang Gua Rusa Merah tinggal di China.

Sekitar 10,000 tahun yang lalu, mereka semua telah tiada lagi di dunia ini. Ketiadaan spesis-spesis manusia yang lain seolah seperti mereka menghadapi kepupusan besar-besaran (mass extinction). Namun, tiada malapetaka seperti letusan gunung berapi, perubahan iklim ataupun impak asteroid yang menyebabkan kepupusan tersebut. Dikatakan, kepupusan spesis-spesis ini disebabkan oleh spesis baru yang muncul sekitar 260,000 – 350,000 tahun yang lalu di Afrika Selatan iaitu Homo Sapiens (manusia moden).

Penyebaran manusia moden di luar Afrika telah menyebabkan berlakunya kepupusan besar-besaran yang lebih dahsyat daripada peristiwa 40,000 tahun yang telah menghapuskan mamalia Zaman Ais. Tetapi apa yang menyebabkan pupusnya spesis-spesis manusia lain?

Kita (manusia moden) adalah spesis yang berbahaya. Kita memburu mammoth berbulu, sloth tanah dan burung moa sehingga menuju kepupusan mereka. Kita memusnahkan dataran dan hutan untuk pertanian serta mengubah suai separuh daratan planet Bumi. Kita telah mengubah iklim Bumi. Kita juga berbahaya sesama kita kerana kita bersaing untuk sumber makanan dan tanah.

Sejarah telah menunjukkan pelbagai contoh manusia berperang, berpindah dan menghapuskan sekumpulan manusia lain untuk menguasai kawasan bermula dari kemusnahan Rom, penaklukan orang Amerika di Barat Amerika dan kolonisasi British ke atas Australia. Berlaku juga genosid dan pembersihan etnik di Bosnia, Rwanda, Iraq, Darfur dan Myanmar. Bahasa dan peralatan yang digunakan mempunyai kebolehan untuk berlakunya genosid. Kita tidak mempunyai sebab yang kukuh untuk menyatakan manusia moden awal tidak mempunyai sifat-sifat ini.

Sekolompok optimis melihat manusia pemburu-pengumul (hunter-gatherers) sebagai orang yang sukakan keamanan dan orang liar yang mulia. Budaya manusia moden, bukan sifat semulajadinya telah mencetuskan keganasan. Kajian dan penemuan sejarah serta arkeologi menunjukkan bahawa peperangan dalam budaya primitif sangat tegang, merebak dengan luas dan membawa pada banyak kematian.

Senjata neolitik seperti belantan (clubs), tombak, kapak dan busur, digabungkan dengan taktik gerila seperti serbuan dan serang hendap telah menjadi kaedah yang ampuh dalam pertempuran. Keganasan telah menjadi punca utama kematian dalam kalangan manusia pada ketika itu. Tulang-tulang lama dan artifak menunjukkan keganasan pada ketika itu. Terdapat tombak Kennewick Man yang berusia 9,000 tahun dari Amerika Utara yang tersangkut di pelvisnya.

Tapak Naratuk yang berusia 10,000 tahun di Kenya menunjukkan telah berlakunya pembunuhan besar-besaran yang dahsyat. Rangka Neanderthal menunjukkan corak traum yang konsisten dengan peperangan. Namun, senjata yang rumit cenderung memberikan Homo Sapiens kelebihan ketenteraan. Budaya telah membantu manusia moden menuai pelbagai haiwan an tumbuhan, memberi makan kepada suku (tribe) yang lebih besar, seterusnya memberikan kita kelebihan yang strategik dalam jumlah bilangan.

Lukisan dan ukiran gua telah memberikan petanda yang jauh lebih berbahaya iaitu kapasiti untuk berfikir dan berkomunikasi perkara yang canggih antara satu sama lain. Manusia moden mempunyai kemampuan untuk bekerjasama, merancang, memanipulasi dan menipu yang mungkin menjadi senjata yang terbaik.

Rekod fosil yang tidak lengkap telah memberikan kesukaran untuk menguji idea ini. Tetapi di Eropah mempunyai rekod arkeologi lengkap yang menunjukkan dalam tempoh 1000 tahun selepas kemunculan manusia moden, spesis Neanderthal pupus. DNA Neanderthal dapat dijejak dalam kalangan orang Eurasia dan membuktikan manusia moden bukan sahaja menggantikan mereka selepas mereka pupus. Tetapi kita juga berjumpa dan mengawan dengan mereka.

Orang Asia Timur, Polynesia dan Australia didapati telah mempunyai DNA dari Homo Denisovan. DNA Homo Erectus juga ditemui dalam banyak orang Asia. Afrika mempunyai DNA spesis manusia kuno yang lain. Fakta manusia moden berkacuk dengan spesis manusia yang lain membuktikan spesis-spesis ini hilang hanya selepas mereka berjumpa dengan manusia moden.

Persoalan yang penting ialah mengapa manusia moden menghapuskan spesis manusia yang lain? Yang mengakibatkan kepupusan besar-besaran?

Jawapannya terdapat pada pertumbuhan populasi (population growth). Manusia telah membiak dengan pesat, sama juga dengan spesis-spesis manusia yang lain. Apabila manusia mula menjadi pemburu yang bekerjasama, tiada lagi pemangsa yang dapat menumbangkan manusia. Tanpa pemangsa yang mengawal populasi manusia dan tiada perancangan keluarga, populasi manusia membesar mengatasi sumber yang ada. Kekurangan makanan akibat kemarau, musim sejuk yang teruk dan tuaian melampau telah mengakibatkan pergaduhan dan konflik antara ketua suku. Akhirnya, peperangan telah menjadi kawalan ke atas pembesaran populasi yang bergaduh atas isu sumber makanan dan kawasan.

Penghapusan yang dilakukan oleh manusia moden mungkin tidak dirancang, tetapi serbuan demi serbuan, serangan demi serangan, akhirnya membawa kemenangan kepada manusia moden.

Tetapi kepupusan Neanderthal sekuranganya mengambil tempoh yang lama – beribu tahun. Ini disebabkan manusia moden awal tidak mempunyai kelebihan menakluk seperti manusia moden akan datang selepas itu. Tambahan lagi ini menunjukkan Neanderthal mempunyai tahap kecerdikan yang hampir dengan manusia.

Pada hari ini, kita sering melihat bintang di langit dan tertanya-tanya sama ada kita hidup seorang di ala mini. Dalam fantasi dan sains fiksyen, kita juga tertanya-tanya bagaimana rasanya apabila berjumpa dengan spesis lain sama pintar dengan kita. Tentu menyedihkan sebenarnya kita pernah berjumpa dengan mereka, tetapi sekarang mereka telah pupus.

RUJUKAN:

  1. Nine Species of Human Once Walked Earth. Now There’s Just One. Did We Kill The Rest?. https://www.sciencealert.com/did-homo-sapiens-kill-off-all-the-other-humans

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.