Eropah merupakan sebuah benua yang tidak pernah sunyi dari mencatatkan peristiwa-peristiwa penting dalam kalendar sejarah. Bahkan, orde dunia pada hari ini adalah titik tolak daripada peristiwa yang berlaku di Eropah. Peristiwa seperti WWI dan WWII sudah cukup untuk menggambarkan bahawa Eropah adalah sebuah medan yang sangat penting hingga ke saat ini.

Antara peristiwa yang ramai antara kita terlepas pandang ialah Per4ng 30 Tahun yang berlaku pada abad ke-17 di Eropah Tengah. Sebahagian sejarawan berpendapat bahawa per4ng ini merupakan antara k0nflik paling berd4rah dalam sejarah Eropah dengan mengambil kira jumlah k0rban, kemampuan teknologi serta kesan signifikan yang berlaku selepas per4ng tamat.

Per4ng ini menggambarkan kemuncak k0nflik ketegangan yang berlaku antara mazhab Katolik dan Protestan yang mula mendominasi Eropah sejak gerakan Reformation. Pada awalnya, per4ng ini berlaku atas faktor agama. Namun lama-kelamaan faktor politik dan kuasa menjadi asbab utama yang menyebabkan hampir seluruh Eropah terlibat dalam kancah peper4ngan.

Punca Peper4ngan

Perdamaian Ausburg 1555 yang dimeterai antara Empayar Suci Rom (Katolik) dan Liga Schmalkaldic (Protestan) telah mengurangkan ketegangan antara kedua-dua mazhab ini. Bukan itu sahaja, pada 1609 Rudolf II bersikap toleransi terhadap penganut Protestan dalam wilayah baginda melalui Letter of Majesty.

Namun segalanya berubah apabila Ferdinand II menaiki takhta. Baginda telah membatalkan Letter of Majesty yang diumumkan oleh Rudolf II dengan memaksa penganut Protestan bertukar kepada Katolik. Tindakan baginda ini dilihat sebagai melanggar Perdamaian Ausburg dimana perjanjian tersebut secara jelas mengiktiraf kebebasan beragama.

Defenestration of Prague

Sebagai tindak balas, penduduk wilayah Bohemia (Austria dan Republik Czech hari ini) yang majoritinya Protestan telah mula member0ntak. Pada 23 Mac 1618, mereka telah bertindak melempar wakil kerabat Ferdinand II keluar tingkap dari bangunan berketinggian 21 meter.

Ajaibnya, wakil tersebut masih hidup dan para agamawan Katolik mendakwa itu merupakan tanda Tuhan menyelebahi penganut Katolik. Peristiwa ini menandakan bahawa Bohemia telah memulakan gerakan pemberontakan mereka. Atas faktor agama, Bohemia yang merupakan antara wilayah Empayar Suci Rom (ESR) telah mengisytiharkan per4ng terhadap Ferdinand II.

Per4ng 30 Tahun ini bermula pada tahun 1618 dan berakhir pada 1648. Sejarawan membahagikan konflik panjang ini kepada empat fasa; Pemberot4kan Bohemia, Penglibatan Denmark, Penglibatan Sweden dan Penglibatan Perancis. K0nflik ini pada mulanya hanya bersifat domestik dan dipengaruhi faktor agama, namun lama-kelamaan segalanya berubah menyebabkan perang berlarutan selama 30 tahun.

Pemberontakan Bohemia

Bohemia bukanlah sebuah kuasa yang ampuh dalam melawan ESR. Oleh itu Bohemia giat meminta bantuan negeri-negeri Protestan dalam menghadapi ESR. Pada tahun 1619, Frederick V telah ditabal menjadi Raja Bohemia. Ketika ini, kuasa-kuasa besar Eropah lain mengambil sikap neutral memandangkan skala k0nflik masih bersifat setempat. Mereka menganggap ini merupakan masalah dalaman ESR.

Di pihak Ferdinand II, baginda telah meminta bantuan sepupunya, Philip IV yang memerintah Sepanyol dalam menghadapi pember0ntakan. Pakatan Protestan turut meminta bantuan ketenter4an dari Turki Uthamniyyah dengan syarat mereka membayar ufti tahunan kepada sultan. Hasilnya, pakatan yang telah dibentuk antara puak Katolik dan Protestan telah menyebabkan berlakunya peper4ngan brutal.

Pertempuran White Mountain

Pada 8 November 1620, tenter4 pimpinan Frederick V telah bertempur dengan tenter4 Ferdinand II dalam per4ng yang dikenali sebagai Pertempur4n White Mountain. Frederick V mengalami kekalahan teruk dalam pertempur4n ini. Fasa pertama ini melihatkan kemenangan berpihak kepada Katolik. Hal ini kerana Ferdinand II memiliki bantuan yang besar dari pakatan Liga Katolik Barat (German, Belgium dan Perancis).

Penglibatan Denmark

Denmark merupakan wilayah Protestan yang terletak di utara ESR. Sebelumnya, Denmark bersama negeri Protestan yang lain seperti England dan Scotland menyokong perjuangan Belanda untuk keluar dari penjajahan Sepanyol. Pemberontakan Bohemia telah berjaya mencuri perhatian seluruh Eropah. Raja Denmark ketika itu iaitu Christian IV telah mengambil keputusan untuk menyertai perang dan berpihak kepada Protestan.

Pada mulanya, Ferdinand II dengan kekuatan ketenteraan yang ampuh hampir berjaya dalam menghapuskan pemberontakan. Baginda telah berjaya menghimpit pakatan Protestan hingga ke timur dan utara Austria. Namun, k0nflik berlarutan di sebelah Barat apabila Christian IV memberi bantuan kepada negeri Protestan.

Walaupun Denmark dibantu oleh tenter4 Scotland, pakatan Protestan masih gagal dalam menewaskan tenter4 Ferdinand II. Akibatnya, utara Eropah telah berjaya ditakluki oleh Ferdinand II. Perlu diingatkan bahawa ESR pada masa ini merupakan kuasa dominan yang menguasai Eropah. Maka fasa penglibatan Denmark memperlihatkan kekalahan berterusan kepada pihak Protestan dan kemenangan bagi pihak Katolik.

Penglibatan Sweden

Pada 1630, Raja Sweden iaitu Gustavus Adolphus telah membawa negerinya ke dalam kancah peper4ngan dengan berpihak kepada Protestan. Baginda merupakan seorang yang berpegang teguh kepada ajaran Lutheran. Gustavus Adolphus juga dikenali sebagai Bapa Peper4ngan Moden dimana baginda telah memperkenalkan taktikal baru dalam medan pertempur4n.

Gustavus Adolphus, Raja Sweden

Dengan penyertaan Sweden dalam peper4ngan, ia telah menyaksikan banyak kawasan Katolik telah dirampas. Pakatan Protestan juga telah berjaya mencatatkan banyak kemenangan penting. Antaranya kemenangan penuh bermakna yang dimenangi oleh Gustavus Adolphus dalam Pertempuran Breitenfield. Ketika ini, Perancis telah memberi bantuan kewangan kepada Sweden dalam menghadapi ESR.

Walaupun Perancis merupakan negeri Katolik, ia mengambil keputusan untuk berpihak kepada Protestan. Mengapa hal ini berlaku? Di sinilah faktor agama tidak lagi memainkan peranan penting dalam menyebabkan k0nflik. Perancis dan kerabat Habsburg yang memerintah ESR dan Sepanyol merupakan seteru utama di Eropah.

Perancis yang tersepit antara ESR dan Sepanyol berpendapat mereka perlu berpihak kepada Protestan bagi mengekalkan keseimbangan kuasa di benua Eropah. Perancis tidak mahu kerabat Habsburg menjadi terlalu berkuasa dimana jika perkara tersebut terjadi, pasti akan mengancam kedaulatan Perancis pada masa akan datang.

Penglibatan Perancis

Kemangkatan Gustavus Adolphus dalam Pertempur4n Lutzen pada 1632 telah menjadi titik tolak kepada kekalahan bersiri yang dialami Sweden. Akhirnya pada 1635, Sweden menarik diri daripada kancah peperangan. Hal ini telah memaksa Perancis untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam menghadapi ESR.

Kekalahan Sweden telah menyebabkan termeterainya Perdamaian Prague yang menandakan pengunduran Saxony. Perancis tidak bersetuju dengan terma perjanjian tersebut dan mengisytiharkan perang terhadap ESR. Maka bermulalah episod buku bertemu ruas. Perancis di pihak Protestan dan ESR di pihak Katolik.

Ketika fasa inilah diperlihatkan betapa brut4lnya peper4ngan antara dua pihak. Ketika inilah berlakunya hukuman gantung beramai-ramai, pemburuan ahli sihir dan ramai juga yang terk0rban akibat penyakit. Terdapat sesetengah kawasan yang kehilangan lebih 66% daripada populasi akibat per4ng ini.

Siri peperangan yang sengit telah berlaku antara Perancis dan ESR. Ada kalanya Perancis menang, ada kalanya ESR menang. Perancis masih tidak dapat menewaskan angkatan Ferdinand II sehinggalah kem4tian baginda pada 1637. Angkatan Habsburg di Sepanyol juga masih gigih dalam memerangi Perancis dan sempat menyer4ng Paris pada tahun 1636.

Dalam tahun-tahun yang seterusnya, kedua-dua pihak menemui jalan buntu. Dua-duanya tetap teguh, sama kuat dan tidak mahu beralah. Hinggalah pada 1640, orang Portugis telah mula memberontak terhadap pemerintah Sepanyol dan menuntut kemerdekaan. Hal ini telah menyebabkan Sepanyol berada dalam krisis dalaman seterusnya melemahkan sokongan terhadap ESR.

Pertempuran Prague 1648

Dalam keadaan ESR yang semakin lemah, Sweden kembali menyertai per4ng pada tahun 1642 bagi pihak Protestan. Pada tahun berikutnya, Denmark pula kembali menyertai per4ng tetapi kali ini ia berpihak kepada ESR. Perancis mencatatkan beberapa kemenangan besar dalam pertempur4n dan ini menandakan ESR semakin melemah dan tidak mampu lagi menahan ser4ngan.

Sweden membuat percubaan pada tahun 1645 dengan menyer4ng Vienna namun gagal merampas kota tersebut dari ESR. Hanya pada tahun 1648, tercetusnya Pertempuran Prague di mana ia merupakan peper4angan signifikan terkahir dalam Per4ng 30 Tahun. Dalam pertempur4n ini, Sweden telah berjaya menaw4n Istana Prague dari ESR dan merampas banyak karya seni.

Ketika ini, ESR hanya meliputi kawasan sekitar Austria sahaja, menandakan kuasa tersebut telah tewas dalam per4ng penuh berd4rah ini.

Perdamaian Westfalen 1648

Akhirnya pada tahun 1648, semua pihak yang terlibat dalam peper4angan telah memeterai Perdamaian Westfalen. Perjanjian ini menandakan berakhirnya Per4ng 30 Tahun, atau secara tepatnya 29 tahun, 11 bulan, 3 minggu dan sehari. Hasil daripada perjanjian ini, Sepanyol kehilangan penguasaan ke atas Portugal dan Republik Belanda, di mana ia telah memerdekakan kedua-dua negara tersebut. Bukan itu sahaja, perjanjian ini juga memperuntukkan kuasa autonomi yang lebih banyak kepada wilayah bekas jajahan ESR.

Legasi Per4ng

Peper4ngan yang cukup panjang ini telah meninggalkan bekas yang cukup dalam bagi dunia Eropah khususnya. Para sejarawan percaya bahawa Per4ng 30 Tahun ini telah menjadi titik tolak kepada kemunculan semangat nasionalisme dan membawa ke arah pembentukan negara bangsa. Perdamaian Westfalen juga telah melahirkan konsep bahawa rakyat sesebuah negara tertakluk kepada negara itu sendiri.

Gereja tidak lagi memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan

Ia merupakan asas kepada undang-undang antarabangsa yang kita lihat pada hari ini. Kesan yang paling radikal adalah kemerosotan kuasa gereja dalam hal-hal kenegaraan. Gereja tidak lagi berpengaruh dalam pemerintahan negara dan kerajaan harus menghormati hak rakyat untuk mengamalkan agama masing-masing. Dari sinilah konsep sekularisme bercambah dengan suburnya ke seluruh benua Eropah.

Bukan itu sahaja, per4ng ini telah mewujudkan sentimen dan sikap prejudis yang melampau dalam kalangan masyarakat Eropah. Mereka akan bersangka buruk terhadap kelompok yang berbeza etnik dan agama. Bahkan keadaan ini boleh dilihat hingga ke hari ini dimana wujudnya sikap rasisme dan nasionalisme melampau.

Per4ng 30 Tahun ini juga mencatatkan k0rban yang sangat besar. Dicatatkan jumlah k0rban akibat per4ng ini lebih besar berbanding jumlah k0rban Per4ng Saudara Amerika dan Perang Napoleon.

Per4ng ini juga mengakibatkan kem4tian 1.4% populasi dunia, manakala WWI memakan nyawa 1.7%. Sedangkan Per4ng 30 Tahun tidak mempunyai teknologi setanding WWI, tetapi k0rbannya begitu besar. Ini menggambarkan betapa brut4lnya perang ini.

RUJUKAN:

Thirty Years’ W4r. https://www.history.com/topics/reformation/thirty-years-w4r

Entrance Into The Thirty Years’ W4r. https://www.britannica.com/biography/Gustav-II-Adolf/Entrance-into-the-Thirty-Years-W4r

Feature History – Thirty Years’ W4r. https://www.youtube.com/watch?v=Ej7eFLgFzN4&t=247s


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Kemunduran Akibat Pemikiran Terjajah, Yang Mengukuhnya Sombong, Yang Meruntuhnya Ilmu Haikal Hazwan, pemuda yang mempunyai minat mendalam terhadap pengetahuan sejarah dan politik tanah air mahupun antarabangsa. Cita-citanya mahu melihat generasi sezaman dengannya bangga akan kejayaan leluhur. Percaya bahawa ilmu serta niat yang ikhlas sahaja dapat memajukan bangsa dan membina sebuah tamadun yang berdaulat.

Comments are closed.