Berpuluh tahun pihak NASA, ESA dan CSA berganding bahu dan mengatur langkah untuk merencanakan rancangan yang akhirnya tercapai baru-baru ini. Akhirnya Teleskop Angkasa James Webb (JSWT) mengucupi ruangan angkasa, untuk menandingi dominasi 31 tahun Teleskop Angkasa Hubble (HST).

Pelancaran yang berjaya seolah-olah menjadi hadiah Hari Natal untuk ketiga-tiga pihak ini. Malah misi ini juga menjadi bukti bahawa manusia perlu lebih bekerjasama (bukannya bersaingan) untuk ke angkasa.

JWST terbang ke langit menjadi mata umat manusia

Pelan pembangunan JSWT bermula pada tahun 1996, dengan rancangan asal untuk tahun 2007. Bajet ketika itu pun sedikit sangat, iaitu sekitar AS$500 juta sahaja.

Pada tahun 1978, Kongres Amerika Syarikat meluluskan dana AS$36 juta kepada pihak NASA untuk membangunkan HST (Fleming, 2019).

Nampak saja macam tong sampah… tetapi jasa HST sangat banyak.

Walau bagaimanapun, kos akhir untuk projek HST melambung ke paras AS$1.175 bilion pada September 1986. Jadi bandingkan tahun 1986 dan 2007, memang kos JSWT sangat sedikit.

HST dilancarkan pada April 1990 – dan pada tahun 2015, sudah meηelαη sebanyak AS$11.3 bilion (AS$452 juta setahun).

Pada tahun 2005, NASA, ESA dan CSA berdepan dengan peningkatan kos begitu mendadak. JSWT asyik bertangguh tanpa henti.

Kemudian sama-sama mereka berpakat untuk memperbaharui rekabentuk JSWT selepas saranan daripada pihak penilaian bebas.

Dan seperti disangka, pαηdemik COVID-19 pun menjadi punca JSWT tertangguh (Foust, 2020). Kemudian pihak ESA ada masalah dengan roket pelancar Ariane 5.

James Webb Space Telescope.

Setelah siap semua benda, JSWT dihantar terus ke langit untuk menjadi saksi orang Bumi.

Peranan JSWT Yang Boleh Tengok Jauh

Masa di alam angkasa tidak sama seperti Bumi. Teleskop Angkasa James Webb akan digunakan untuk tujuan mencerap objek-objek jauh.

Dengan JWST, saintis barangkali boleh melihat keadaan angkasa sekitar 250 juta tahun selepas kejadian Letυραη Besar.

Padahal Letυραη Besar berlaku 13.8 bilion tahun lalu. Bagi yang tidak faham, senang cakap JWST dibina untuk tengok masa lampau. Ini adalah matlamat utama saintis, yang sangat mendahagakan ilmu tentang awal alam semesta.

Selain awal alam semesta, JWST juga dibina untuk memenuhi tujuan kedua… iaitu mencari planet-planet di luar lingkaran Sistem Suria.

Dalam bahasa saintifik, planet-planet ini digelar exoplanets. Buat masa sekarang, para pencerap sudah jumpa lebih daripada 500 sistem suria bertebaran di alam angkasa.

Contoh sebuah sistem suria… bintang menambat planet.

Tetapi saintis menganggar Bima Sakti ada lebih daripada 10 bilion sistem suria… malah mungkin 100 bilion pun.

Untuk faham logik di sebalik 100 bilion, cuba tengok saiz Bima Sakti itu sendiri. Kiraan semasa meletakkan angka 52,850 tahun cahaya untuk radius Bima Sakti. Bermakna diameter Bima Sakti adalah 105,700 tahun cahaya (1 tc = 9.7 trilion km).

Sangat besar. Sangat sangat besar.

Itulah keajaiban JWST, yang teknologinya sangat maju hingga mampu menjelajahi ruangan dan sejarah angkasa. Malah objek-objek angkasa sedia ada barangkali mendapat sentuhan semula dengan pencerapan lebih jelas.

Maka mungkin satu hari nanti, JWST akan menjadi mata untuk penjelajah-penjelajah realiti. Mana tahu barangkali JWST akan jumpa satu planet baru yang menjadi kiblat aeroangkasa sampai akhirnya manusia bertemu makhluk asing.

Semua boleh dijayakan dengan komitmen pada cita-cita. Dan gandingan tiga agensi – NASA, CSA dan ESA – tentu sekali boleh membuahkan hasil sangat lumayan.

RUJUKAN:

Fleming, E. (2019, Jun 9). How many discoveries has the Hubble telescope made? Sidmartin.

Foust, J. (2020, Mac 20). Coronavirus pauses work on JWST. SpaceNews.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply