Peranan Badak Air Dalam Ekosistem

311

Badak air dapat mengepam silikon dengan memakan sejumlah rumput yang banyak, kemudian membuang najis ke dalam air. Badak air akan memakan sekitar 40 kg rumput dan tumbuhan lain yang kaya dengan silikon dioksida.

Kemudian, mereka akan bermalasan di dalam air untuk menghadam dan membuang silikon tersebut. Sebelum ini, saintis telah mengkaji peranan badak air dalam mempengaruhi pergerakan nitrogen, karbon dan fosforus dalam ekosistem mereka, tetapi masih tidak jelas adakah silikon turut dipengaruhi.

Pasukan Jonas Schoelynck dari Univesity of Antwerp mengkaji paras silikon dalam ekosistem yang didominasi oleh badak air di barat daya Kenya. Analisis mendapati badak air telah membawa silion dalam tubuh mereka sebanyak 0.4 tan – 76% daripada jumlah silikon yang dibawa di seluruh ekosistem mereka.

Badak air berperanan seperti tali pinggang penghantar yang membawa silica dari darat ke air.” – kata Schoelynck.

Pam silikon dari badak air memainkan peranan penting dalam ekosistem kerana sel tunggal algae dalam air memerlukan silikon ini dan algae memberikan makanan kepada tumbuhan dan haiwan lain di laluan air.

Tetapi badak air telah dibunuh atau dihalau keluar daripada kebanyakan sungai. Sekiranya populasi badak air ini menurun lebih banyak, jumlah silikon yang dipam ke laluan air akan berkurangan. Tumbuhan dan ikan di situ akan mengalami bahaya.

RUJUKAN:

  1. Schoelynck, J., Subalusky, A. L., Struyf, E., Dutton, C. L., Unzué-Belmonte, D., Van de Vijver, B., … & Frings, P. (2019). Hippos (Hippopotamus amphibius): The animal silicon pump. Science advances5(5), eaav0395.
  2. https://www.newscientist.com/article/2201454-hippos-poop-a-huge-amount-of-silicon-every-day-and-its-a-good-thing/
  3. New Scientist Issue 3229 agress to indemnify New Scientist LtD and New Scientiest against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.