Peralihan Kuasa Dan Pembentukan Kabinet

0
720
views

Sebuah kerajaan memerlukan masa yang panjang untuk dibentuk selepas sebuah peralihan. Sememangnya perpindahan kuasa antara dua parti akan menyebabkan pertembungan ahli mahupun ideologi. Selama satu penggal Malaysia menyelami prinsip-prinsip konservatif dari segi sosial dan liberalisme ekonomi. Mulai 10 Mei 2018, negara kita akan menghala kearah pembaharuan yang lain. Maka untuk sebuah rakit yang kini berada di pertemuan antara dua sungai, pelbagai perkara baru akan menelankan masa bagi mendapatkan kesesuaian.

Untuk memahami konsep peralihan kuasa, Amerika Syarikat harus dijadikan contoh. Negara tersebut mempunyai prinsip demokrasi yang dikongsi dua parti besar iaitu Demokratik dan Republikan. Maka Amerika Syarikat mempunyai pengalaman yang meluas tentang peralihan kuasa, satu perkara Malaysia boleh pelajari mulai hari ini. Terdapat beberapa pertandingan presiden yang boleh dijadikan contoh. Pada 4 November 2008, Amerika Syarikat mengharungi sebuah pilihanraya yang menyaksikan kemenangan Demokratik.

Tetapi calon presiden parti tersebut tidak menggantikan George W. Bush serta-merta. Berdasarkan perlembagaan, hanya kematian, perletakan dan perlucutan sahaja yang boleh membatalkan pentadbiran seorang presiden sebelum tamat tempohnya. Dalam pilihanraya sebelumnya, George W. Bush mendapat mandat yang akan meneruskan pentadbiran beliau sehingga 20 Januari 2009. Maka kemenangan Demokratik pada 4 November 2008 akan memulakan perkhidmatan Barack Obama hanya selepas tarikh tamat bagi George Bush.

Antara 4 November 2008 dan 20 Januari 2009 ialah 77 hari. Barack Obama mempunyai masa lebih daripada dua bulan untuk membentukkan sebuah kabinet. Sepanjang masa tersebut, beliau mengisikan jawatan-jawatan penting. Hillary Clinton diumumkan akan menjadi Setiausaha Negara (Menteri Luar Negeri) pada 1 Disember 2008 (hampir sebulan selepas kemenangan pilihanraya). Sebelum itu Timothy Geithner disahkan akan menjawat sebagai Setiausaha Kebendaharaan (Menteri Kewangan).

Waqaf Saham

Barack Obama pula akan mengekalkan Robert Gates sebagai Setiausaha Pertahanan, juga pada 1 Disember 2008. Eric Holder dicalonkan sebagai Peguam Negara pada tarikh yang sama. Hanya pada 2 Februari 2009 (14 hari selepas pentadbiran bermula), barulah beliau mendapat sokongan majoriti sebanyak 75-21. Ini bermakna, Eric Holder disahkan jawatan 90 hari selepas kemenangan pilihanraya.

Tetapi Jawatankuasa Perdagangan menyaksikan penantian yang lebih lama. Barack Obama bergelut dengan senarai panjang calon beliau, terutamanya sekali apabila dua pilihan utama beliau mendapat penentangan. Gabenor Bill Richardson menarik diri daripada pencalonan pada 4 Januari 2009 selepas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengesyaki tentang derma-derma politik beliau terima. Judd Gregg turut dihalang pada bulan seterusnya kerana pencalonan beliau akan mendapatkan sebuah majoriti besar daripada Demokratik.

Hanya pada 24 Mac 2009 barulah Gary Locke disahkan sebagai Setiausaha Perdagangan. Tugasan ini kosong selama 63 hari selepas pentadbiran bermula.

Pengalaman Amerika Syarikat menunjukkan kepentingan masa bagi pembentukan kabinet. Perlembagaan negara tersebut menjaminkan lebih daripada dua bulan untuk memudahkan peralihan kuasa yang sempurna. Namun dalam kesempurnaan yang disediakan ada saja kecacatan.

Maka jelas juga kenapa Dr Mahathir tidak dapat mengisytiharkan kabinet dalam masa tiga hari selepas memenangi Pilihanraya Umum Ke-14. Kejayaan beliau ialah peralihan kuasa pertama di Malaysia, yang mencetuskan pertembungan ideologi dan ahli. Sungguhpun begitu, The Patriots menyeru rakyat Malaysia memanjatkan doa supaya urusan beliau dipermudahkan. Bursa saham sudahpun menunjukkan pembukaan rendah akibat reaksi sementara. Kita harus berganding bahu untuk melicinkan sebuah peralihan kuasa yang sedang diteruskan.

Previous articleTanggungjawab Perang Dan Memori Silam: Roh Hirohito
Next articleKepentingan dan Konflik Air
Meskipun sibuk dengan perniagaan restoran, Ahmad Faezal tetap merupakan pengikut setia astronomi, geologi dan sejarah yang telah menjadi sebahagian daripada minat bervariasi beliau. Beliau juga mengimpikan bahawa dalam masa seratus tahun, bangsa Melayu mampu melibatkan diri dalam bidang aeroangkasa, seiringan dengan bangsa-bangsa lain. Namun, asas kepada kejayaan ini terletak kepada empat huruf utama iaitu ILMU.
SHARE