Ilmu sains arkeologi telah mengukuhkan kedudukan manusia dalam lembaran prasejarah. Manusia moden (homo sapiens) dipercayai sudah mendiami dunia ini sejak 300,000 tahun lalu sekurang-kurangnya (Neubauer, et al., 2018).

Apa orang tidak faham arkeologi fikir bila cakap pasal “manusia prasejarah”.

Namun yang betul-betul sahih, manusia prasejarah sekitar 100,000 tahun lalu memang 100 peratus sama seperti manusia hari ini. Maksudnya, ada kapasiti fizikal dan saiz otak yang sama.

Memang seronok kalau kaji arkeologi dengan minat mendalam. Kerana ilmu ini masih belum lengkap. Banyak persoalan belum terjawab, terutamanya tentang bahasa dan budaya manusia prasejarah sejauh 100,000 tahun lalu.

Sebenar-benarnya manusia prasejarah.

Sungguhpun begitu, apa yang sudah temui buat masa ini pun sangatlah memberangsangkan. Sains sendiri mengesahkan bahawa manusia sudah lama belajar memasak.

Tidak pasti bila manusia mula memasak. Namun sekitar 30,000 tahun lalu, semua manusia terbukti telan makanan yang dimasak (Crosby, 2019).

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Walaupun menguntungkan dari segi ekonomi, penemuan sebegini mengukuhkan budaya sesebuah negara.

Dan Malaysia juga tidak ketinggalan. Bumi Malaysia memang diberkati, dengan tumbuh-tumbuhan dan hutan belantara serba luas… habitat sangat sesuai untuk kehidupan prasejarah. Itu dari segi teori… bagaimana secara praktikal pula?

Legasi Di Perak

Gua Gunung Runtuh di Perak telah meninggalkan sebuah legasi yang tidak ternilai. Di sini bersemadinya sebatang tubuh yang hidup sekitar 10,000 hingga 11,000 tahun lalu. Ada pendapat menjangka Manusia Perak ini hidup 50,000 tahun lalu (Asmah, 2003).

Rangka Perak Man.

Jadi senang kata, Manusia Perak hidup sekitar 10,000 hingga 50,000 tahun lalu… satu tempoh yang sangat baik untuk faham tentang keadaan bumi prasejarah.

Ditemui pada tahun 1991, Manusia Perak ini menjadi saksi sedikit sebanyak tentang budaya prasejarah. Sejak penemuannya lagi, saintis mendapati keadaannya sangat memberangsangkan.

Manusia Perak dikebµ.mikan dalam keadaan bercangkung (persis macam seorang bayi lahir). Cara pengebµ.miannya pula mesti dihayati semua kerana sangat rapi dan serba mewah.

Ada beza antara manusia yang dikeb.µmikan dengan teliti… dan manusia yang terti.mbµs secara tidak sengaja (dihem.pap akibat gua rµntµh). Dan kalau tengok cara pengeb.µmian Manusia Perak, memang sah bukan kerana kema.la.ngan.

Pertama sekali, Manusia Perak diletakkan dalam li.ang lahad bersertakan dengan makanan (mungkin untuk dewa atau dewi tertentu).

Kemudian jas.adnya ditutup dengan cangkerang kecil sebelum ditabur makanan dan satu lapisan cangkerang lagi sebelum akhirnya tanah mengucup “kera.nda” cangkerang ini.

Bersama jas.adnya, ada peralatan batu yang lain. Tidak mungkin kelompok manusia prasejarah akan buat pengebµ.mian begini… melainkan kalau Manusia Perak betul-betul disegani.

Wajah Perak Man (reconstruction)

Usianya pun sangat tua, iaitu 45 tahun (umur ini dipandang usia pertengahan kerana zaman moden ada vaksin dan ubat serba canggih).

Setelah sekian lama dalam tanah, saintis perlu mengeluarkannya dengan begitu teliti. Setiap langkah dibuat secara berhati-hati, supaya tiada apa terjejas. Setelah menganalisis, mereka menghimpun semua maklumat.

Manusia Perak didapati mengalami keca.catan genetik, kerana bahagian kirinya lebih pendek untuk dibandingkan dengan kanan. Dia banyak bergantung pada bahagian kanan, sekali gus menyebabkan saraf tunjangnya bengkok ke arah kanan.

Ketinggian Manusia Perak pula dalam lingkungan 154 sentimeter sahaja. Walaupun rendah, saintis berpendapat Manusia Perak ada darjat yang tinggi dalam kalangan masyarakatnya.

Saksi-Saksi Lain

13 tahun selepas Manusia Perak menggapai perhatian negara (dan dunia), negeri ini membuat satu lagi kejutan… kali ini di Gua Teluk Kelawar pula. Di sini rangka seorang manusia prasejarah perempuan pula ditemui… dipercayai daripada 8,000 tahun lalu. Umurnya pada usia aj.al sekitar 40 tahun, dengan ketinggian 148 sentimeter.

Penemuan Perak Man dan Perak Woman adalah bukti yang sangat baik untuk Malaysia.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Kalau kerajaan membuat banyak pelaburan dalam bidang arkeologi, entahnya jauh lagi banyak rangka boleh dikeluarkan daripada rizab masa ini.

Cukup saja rangka, buka sebuah muzium khas untuk manusia prasejarah dengan nilai penyelidikan bertaraf dunia.

Barulah betul-betul hebat. Bukannya tolak penemuan ini dalam keadaan terpinga-pinga padahal arkeologi tidak langsung membatalkan ajaran agama.

RUJUKAN:

Asmah, O. (2003). Language and Language Situation in Southeast Asia: With A Focus on Malaysia. Akademi Pengajian Melayu: Universiti Malaya. Halaman 28.

Crosby, G. (2019, Disember 17). Why (and how, exactly) did early humans start cooking? Lit hub.

Neubauer, S., et al. (2018, Januari 24). The evolution of modern human brain shape. Science Advances. 4 (1).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.