Sepanjang lipatan sejarah manusia, manusia berpe.ra.ng atas banyak sebab. Sesetengah pepe.ra.ngan didorong oleh sebab-sebab pragmatik seperti perluasan kuasa dan melemahkan kedudukan pihak musuh. Tetapi ada pepe.ra.ngan boleh tercetus atas sebab aneh seperti Pe.ra.ng Udang Karang antara Perancis dengan Brazil.

Pada tahun 1961, sekumpulan nelayan Perancis memilih mencari lubuk udang karang baru selepas gagal mendapat hasil di sepanjang barat laut perairan Afrika. Selepas mencuba di beberapa tempat, mereka menemui lubuk baru di satu kawasan berhampiran pesisir pantai Brazil dan mula menuai hasil. Bagaimanapun, peningkatan kapal nelayan asing di perairan berkenaan mula menimbulkan kecurigaan dalam kalangan nelayan Brazil.

Lantas, mereka memfailkan aduan bahawa nelayan-nelayan asing ini menangkap udang karang secara haram di luar perairan Pernambuco. Ten.te.ra Laut Brazil mengerahkan dua buah kapal pe.ra.ng kecil untuk menyiasat dakwaan mereka. Sebaik mendapati apa yang dilaporkan itu benar-benar berlaku, ten.te.ra laut Brazil memberi amaran kepada nelayan-nelayan Perancis agar beredar dari kawasan perairan berkenaan.

Malangnya, nelayan-nelayan tersebut enggan memberi kerjasama. Malah, mereka bertindak memfailkan aduan kepada pihak berkuasa di Paris dan menggesa Perancis mengerahkan kapal pe.ra.ng ke perairan berkenaan. Ini memaksa kerajaan Brazil bersiap sedia dengan semua kemungkinan termasuk pertem.pu.ran laut dengan ten.te.ra laut Perancis walaupun sedar pertikaian sebegini amat mengarut.

Di Paris, Presiden Perancis ketika itu Charles de Gaulle merasakan dengan menghantar dua buah kapal pe.ra.ng kecil, ia seolah-olah menunjukkan Brazil tidak menghormati Perancis. Akibatnya, Paris menghantar kapal pemus.na.h Tartu untuk menjamin keselamatan nelayan-nelayan Perancis. Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila Tartu berjaya dipintas ten.te.ra laut Brazil semasa dalam perjalanan ke situ.

Kapal pemu.sn.ah Tartu (Perancis) berjaya dikesan dan dipintas oleh ten.te.ra laut Perancis.

Rio de Janeiro memberi kata dua kepada Paris untuk mengarahkan nelayan-nelayannya keluar dari perairan Brazil dalam tempoh 48 jam. Bagaimanapun, tuntutan tersebut tidak dilayan Paris. Tidak lama selepas itu, sebuah kapal milik nelayan Perancis dirampas oleh ten.te.ra laut Brazil.

Menjelang tahun 1963, ketegangan antara kedua-dua negara berkenaan udang karang masih belum reda. Brazil berhujah udang karang bergerak di sepanjang pentas benua sekaligus menunjukkan ia berada dalam kawasan perairannya. Sementara Perancis bertegas udang karang berenang dalam air sekaligus ia berhak ditangkap oleh sesiapa yang memancing di lautan.

Poster dokumentari mengenai insiden ini.

Pada April 1963, kedua-dua pihak sedar pepe.ra.ngan hanya kerana udang karang bukan saja merugikan kedua-dua belah pihak tetapi amat mengarut. Lantas, jalan diplomasi dipilih bagi merungkai perselisihan Paris-Rio de Janeiro dengan pertikaian ini dibawa ke tribunal antarabangsa.

Pe.ra.ng Udang Karang berakhir secara rasmi pada 10 Disember 1964 dengan kedua-dua belah pihak memeterai perjanjian. Dalam perjanjian tersebut, kawasan perairan Brazil diluaskan sejauh 200 batu persegi termasuk kawasan lubuk udang karang. Sementara 26 kapal nelayan Perancis diberi hak menangkap ikan di perairan berkenaan selama lima tahun. Konflik ini turut menjadi pencetus penubuhan Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa Bersatu.

RUJUKAN:

Docevski, Boban. (2017). The Lobster DITAPIS: When Brazil and France argued over whether lobsters crawl or swim. The Vintage News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.