Pepsi memang sedap dinikmati sebagai penghilang rasa dahaga tetapi tidak ramai tahu, ia merupakan komoditi berharga semasa era Kesatuan Soviet. Sehinggakan ia menjadi alat pertukaran bagi mendapatkan kapal-kapal perang mereka!

Jadi, bagaimana kegilaan ini bermula? Semuanya bermula apabila Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu, Dwight Eisenhower mahu memperkenalkan budaya AS ke tanah Motherland dan menunjukkan faedah kapitalisme.

Justeru, satu pameran bertajuk American National Exhibition diadakan di Moscow pada tahun 1959 dengan Naib Presiden Richard Nixon dihantar sebagai wakil untuk merasmikan pameran.

Pameran ini sebenarnya sebagai tukaran kepada pameran Soviet yang diadakan di New York sebulan sebelumnya.

Dalam pameran tersebut, syarikat-syarikat AS mempamerkan produk mereka seperti kereta, televisyen dan Pepsi. Selain Nixon, pameran tersebut turut dihadiri rakan baik beliau merangkap eksekutif Pepsi, David M. Kendall.

Dalam satu temubual bersama New York Times, beliau bercerita, “Saya berjumpa Nixon pada malam sebelumnya di kedutaan dan memberitahunya saya dimarahi ramai orang kerana membazirkan duit Pepsi dengan mengadakan pameran di Soviet.”

Pameran tersebut bagaimanapun menyaksikan perdebatan hangat antara bakal Presiden AS itu dengan Perdana Menteri Soviet, Nikita Khrushchev berkenaan kapitalisme dan sosialisme.

Bagi meredakan perdebatan yang semakin hangat, Kendall menghidangkan segelas Pepsi kepada Khrushchev dan imej tersebut diabadikan dalam gambar di bawah.

Situasi itulah permulaan kepada kegilaan orang Soviet terhadap Pepsi. Kemudian pada tahun 1972, Pepsi mahu memonopoli pasaran soda negara itu. Walaupun dicabar hebat oleh pesaing mereka Coca Cola, pihak Soviet memutuskan menerima tawaran Pepsi.

Malangnya, mata wan mereka iaitu ruble tidak diperdagangkan di peringkat antarabangsa. Justeru sebagai tukaran akses Pepsi di Soviet, Soviet menawarkan hak pengedaran eksklusif vodka Stolichnaya di AS.

Terima kasih kepada pertukaran itu, ia menjadikan Pepsi produk pengguna pertama AS dikilang dan dijual di Kesatuan Soviet.

Sejak itu, populariti Pepsi di negara itu terus meningkat berkali-kali ganda. Dan walaupun Coca Cola kemudiannya muncul di situ pada tahun 80-an, warga Soviet menikmati sekurang-kurangnya satu bilion minuman Pepsi setahun sehingga akhir 1980-an.

Pada tahun 1989 dan 1990, Presiden Soviet Mikhail Gorbachev mahu memodenkan angkatan lautnya. Masalahnya ialah dengan kos hak pengedaran Stolichnaya sekalipun, ia dianggap tidak mencukupi untuk membayar bil pembelian mereka.

Justeru, sekali lagi satu pertukaran dibuat iaitu lebih banyak minuman Pepsi bernilai AS$3 bilion sebagai tukaran kepada 17 kapal selam, sebuah kapal pemusnah, sebuah kapal frigat dan sebuah kapal kruzer. Hal ini menjadikan Pepsi secara berseloroh digelar kuasa ketenteraan keenam terbesar di dunia ketika itu.

Selepas kejatuhan Soviet pada tahun 1991, perjanjian Pepsi yang sebelum ini dibuat didraf semula. Namun ianya tidak menghalang Rusia dari menjadi pasaran kedua terbesar mereka di luar AS sehingga hari ini.

RUJUKAN:

The Soviet Union Paid Pepsi With Vodka and Warships in Decades-Long Barter. https://vinepair.com/articles/soviet-union-pepsi-stoli-vodka/

How Pepsi briefly became the 6th largest military in the world. https://www.businessinsider.com/how-pepsi-briefly-became-the-6th-largest-military-in-the-world-2018-7


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.