Derapan tapak kaki kuda berlari merancakkan lagi suasana debuan di padang pasir yang luas. Pasukan Turki Uthmaniyyah yang terdiri daripada pasukan berkuda (Sipahi) dan pasukan elit (Janissari) melangkah gagah menuju ke kota Bitlis. Perintah langsung dari Sultan Suleiman al-Qanuni iaitu pemerintah ke-10 Empayar Turki Uthmaniyyah dituruti oleh Wazir Agung Kesultanan Turki Uthmaniyyah, Ibrahim Pasha dalam memimpin pasukan tentera untuk merebutkan kembali kota Bitlis daripada tangan gabenor kota itu, Sheret Bey.

1- PENGENALAN.

• Empayar Safawiyyah dipimpin oleh Shah Tahmasp I, menjadikan mazhab Syiah sebagai agama rasmi negara & menjadikan kota Tabriz sebagai ibukota empayar.

• Sultan Suleiman pula memerintah Kesultanan Turki Uthmaniyyah, mengamalkan Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah & menjadikan Istanbul sebagai ibukota empayarnya.

• Pada masa ini, hubungan berlaku dengan agak tegang di antara Sultan Suleiman dengan Shah Tahmasp I.

2- SEBAB PEPERANGAN.

• Ada beberapa sebab mengapa Sultan Suleiman melancarkan kempen memerangi empayar Safawiyyah ketika pemerintahan Shah Tahmasp I, diantaranya :

1) Sheret Bey, gabenor kota Bitlis mengingkari perjanjian dengan Sultan Suleiman dengan meletakkan wilayah ini di bawah kekuasaan Shah Tahmasp I.

Ini kerana, Sheret Bey telah dipengaruhi dengan pujuk rayu Shah Tahmasp I untuk bergabung ke dalam wilayahnya.

2) Shah Tahmasp I mengikat perjanjian untuk bersekutu dengan kerajaan Hasburg yang bertujuan untuk menyerang & menggempur wilayah pemerintahan Kesultanan Turki Uthmaniyyah dari arah selatan dan utara.

• Perjanjian ini diusulkan oleh Raja Charles V & surat yang berisi pakatan ini dibawa oleh utusan yang bernama Saint John de Balbi.

Surat ini tiba di Persia pada tanggal 18 Februari 1529 M & Shah Tahmasp I membalas surat ini dengan rancangan untuk menyerang pada tahun 1530 M.

Tetapi pakatan ini gagal kerana termeterainya Perjanjian Damai Amasya yang berlaku pada tahun 1555 M.

3) Shah Tahmasp I menghantar tenteranya untuk membunuh gabenor Baghdad yang setia pada Kesultanan Turki Uthmaniyyah & menggantikan posisi gabenor di Baghdad dengan orang kepercayaannya.

3- PERMULAAN KEMPEN TURKI UTHMANIYYAH MEMERANGI EMPAYAR SAFAWIYYAH.

A) KEMPEN PERTAMA ( 1532 M – 1536 M ).

• Pada tahun 1532 M, pasukan Turki Uthmaniyyah menyerang & menggempur kota Bitlis sehingga menyebabkan Sheret Bey terbunuh di dalam pengepungan ini.

Akhirnya kota Bitlis dapat ditawan oleh pasukan tentera Ibrahim Pasha & jawatan gabenor kota Bitlis digantikan oleh anaknya atas persetujuan Sultan Suleiman.

• Setelah itu, Ibrahim Pasha mendapat surat perintah langsung dari Sultan Suleiman untuk menuju masuk terus ke wilayah empayar Safawiyyah dengan menggempur ibukota empayar ini, iaitu kota Tabriz.

Pada tanggal 15 Julai 1533 M, Ibrahim Pasha dapat menawan kota Tabriz.

Dengan asakan pasukan Turki Uthmaniyyah yang berkekuatan dua kali ganda daripada tentera Safawiyyah, menyebabkan Shah Tahmasp I berundur & keluar daripada kota ini bersama sisa pasukan tenteranya yang masih terselamat.

• Ibrahim Pasha dengan mudah dapat memenangi ke atas dua pertempuran ini kerana mendapat bantuan penuh daripada para Pasha ( Jeneral Perang Turki Uthmaniyyah ).

Shah Tahmasp I berundur dari kota Tabriz bersama pasukan tenteranya kerana pada waktu ini kekuatan pasukan baginda tidak setanding dengan pasukan tentera Turki Uthmaniyyah.

• Pada tahun 1534 M, Sultan Suleiman bersama pasukan tentera seramai 200,000 orang menyusul & merancakkan lagi kempen ini dengan bergabung dengan pasukan Ibrahim Pasha di kota Tabriz.

Tujuan mereka kali ini adalah menggempur kota Baghdad.

• Dalam bulan Disember tahun 1543 M, pasukan Sultan Suleiman berjaya menawan kembali kota Baghdad daripada tangan pasukan Shah Tahmasp I.

Shah Tahmasp I berundur lagi dengan sisa pasukannya sejauh mungkin daripada jangkauan tentera Turki Uthmaniyyah kerana Sultan Suleiman telah menyertai pasukannya dalam serangan kali ini.

• Di Baghdad, Sultan Suleiman dianugerahi dengan gelaran Penjaga Tanah Haramain ( kota suci Madinah & Mekah ) dan dibai’ah oleh penduduk kota Baghdad sebagai khalifah sah pengganti kekhalifahan Dinasti Bani Abbasiyah.

• Pada bulan Oktober tahun 1535 M, Sultan Suleiman terpaksa menundakan operasi mengejar pasukan Shah Tahmasp I setelah sebahagian pasukan tenteranya tidak dapat menahan cuaca musim sejuk yang sedang bermula & mereka semua pulang semula ke Istanbul.

Dalam kempen pertama ini, seramai 30,000 orang tentera Turki Uthmaniyyah terbunuh & seramai 20,000 orang yang tercedera ataupun ditawan oleh tentera musuh.

• Kempen ini tidak diteruskan pada tahun 1536 M susulan terjadi kes pembunuhan ke atas Ibrahim Pasha pada tanggal 15 Mac 1536 M.

• Pada tahun 1536 M juga, Maharaja Francis I dari Perancis menandatangani perjanjian bersekutu dengan Sultan Suleiman.

Ini kerana pada masa itu, kerajaan Perancis & kerajaan Hasburg saling bermusuhan serta Maharaja Francis I mengambil kesempatan ke atas permusuhan Sultan Suleiman dengan Maharaja Charles V.

• Hasil perjanjian ini, maka tertubuhlah Perjanjian Bersekutu Uthmaniyyah-Perancis 1536 M yang dimana perjanjian ini bertahan selama 2 abad setengah sehingga perjanjian ini terbatal apabila Napoleon Bonaparte menyerang Mesir pada tahun 1798 M.

• Seorang ahli sejarah dari Switzerland, Carl Jacob Burckhardt mengambarkan perjanjian ini :

“The sacrilegious union of the lily and the crescent”.

• Pada tahun 1547 M, Maharaja Francis I menghantar seorang dutanya, Gabriel de Luetz untuk menolong Sultan Suleiman dalam berkongsi strategi serangan menawan beberapa benteng milik Shah Tahmsap I.

B) KEMPEN KEDUA ( 1548 M – 1549 M ).

• Setelah menyelesaikan pelbagai isu gelojak politik dalaman, maka Sultan Suleiman sendiri turun padang meneruskan kempen kedua untuk memerangi Shah Tahmasp I.

Sasaran utama kali ini adalah menghapuskan sepenuhnya kekuasaan Shah Tahmasp I.

• Pada waktu ini, kota Tabriz kembali ke tangan Shah Tahmasp I.

• Sultan Suleiman dan pasukan tenteranya berjaya menawan kembali kota Tabriz & seterusnya menawan juga kota benteng milik Shah Tahmasp I di wilayah Armenia.

• Pada tanggal 25 Ogos 1548 M, pasukan Sultan Suleiman berjaya menawan benteng Van di utara Anatolia setelah mendapat nasihat & strategi penyerangan dari Gabriel de Luetz.

• Setelah menawan benteng Van, Sultan Suleiman berkomplot dengan saudara Shah Tahmasp I, iaitu Alqas Mirza yang ketika itu menjadi gabenor Dinasti Safawaiyyah di wilayah Shirvan.

Tujuan Alqas Mirza untuk bekerjasama dengan Sultan Suleiman adalah untuk merampas takhta dari tangan Shah Tahmasp I.

Tetapi akhirnya, Alqas Mirza dapat ditangkap oleh penduduk kota Isfahan yang masih berpihak kepada Shah Tahmasp I & beliau dipenjarakan di dalam penjara yang terletak di dalam benteng Qahqaha sehingga akhir hayatnya.

• Sultan Suleiman juga menawan beberapa buah benteng musuh di wilayah Georgia yang terletak berhampiran di bahagian timur kawasan Laut Hitam.

• Sambil berundur, Shah Tahmasp I melakukan taktik serangan bumi hangus ke atas semua benteng kota yang mempunyai pelbagai kemudahan, perbekalan air dan makanan kerana disyaki dapat dimanfaatkan oleh pasukan Sultan Suleiman.

• Pasukan pimpinan Sultan Suleiman mengejar pasukan Shah Tahmasp I sehingga mencapai ke wilayah Kaukasus, tetapi Sultan Suleiman terpaksa menarik kembali tenteranya pulang ke Istanbul kerana sebahagian pasukannya tidak dapat bertahan di dalam cuaca sejuk pergunungan yang ekstrem, lapisan salji yang tebal di Kaukasus & bekalan makanan yang semakin berkurangan.

Kempen kedua ditunda dalam tahun 1549 M.

• Pada tahun 1552 M, Shah Tahmasp I memimpin pasukannya menyerang wilayah Erzurum yang pada ketika itu berada di bawah kuasa Turki Uthmaniyyah dan mengalahkan pasukan Iskandar Pasha & menangkap salah seorang jeneral perang penting Sultan Suleiman iaitu, Sinan Beg.

Shah Tahmasp I menyembelih sekitar 3,000 orang tentera Turki Uthmaniyyah di luar benteng kota Erzurum.

3) KEMPEN KETIGA ( 1553 M – 1555 M ).

• Berita pembantaian Shah Tahmasp I di Erzurum membuatkan Sultan Suleiman murka dan baginda sekali lagi memimpin pasukannya untuk memburu Shah Tahmasp I di dalam kempen terakhirnya.

• Sultan Suleiman dan pasukannya dapat menawan kembali kota Erzurum pada tahun 1553 M dari tangan pasukan Shah Tahmasp I.

• Untuk kali ketiga kalinya, Shah Tahmasp I melakukan taktik berundur sambil membumi hanguskan benteng-benteng miliknya yang diperkirakan akan ditawan oleh pasukan Sultan Suleiman.

• Sultan Suleiman mengejar pasukan Shah Tahmasp I sehingga mencapai ke suatu daerah di selatan Parsi.

• Sultan Suleiman dan pasukannya semakin lelah dalam episod kejar mengejar dengan pasukan Shah Tahmasp I, akhirnya memutuskan untuk mengikat perjanjian damai dengan mereka.

• Sultan Suleiman dan Shah Tahmasp I menandatangani Perjanjian Damai Amasya pada tanggal 29 Mei 1555 M bertempat di kota Amasya.

4 – ISI KANDUNGAN PERJANJIAN DAMAI AMASYA 1555 M :

• Mengikut perjanjian ini, wilayah Georgia, Armenia dan Kurdistan dipisahkan menjadi dua bahagian iaitu :

1- Wilayah Georgia barat, Armenia barat & Kurdistan barat jatuh ke tangan empayar Turki Uthmaniyyah.

2- Wilayah Georgia utara, Armenia utara & Kurdistan utara jatuh ke tangan empayar Safawiyyah.

3- Kedua empayar ini saling berjanji tidak menyerang sesama sendiri.

Dengan termeterainya perjanjian ini, maka Maharaja Charles V pun membatalkan pakatan bersekutu dengan empayar Safawiyyah.

• Dengan ini, berakhirnya konflik pertama di antara Dinasti Turki Uthmaniyyah & Dinasti Safawiyyah.

Sumber Rujukan :

1- Warfare and Armed Conflicts : A Statiscal Encyclopedia of Casualty and Other Figures, Micheal Clodfether.

2- A Global Chronology of Conflict : From the Ancient World to the Modern Middle East, Vol II , Sponcer C.Tucker.

3- King Suleiman The Magneficent, Yudi Iswanto, 2015.

4- The Reign of Suleiman the Magneficent, V.J Perry.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Leave A Reply