Moving Forward As One

Penyumbat Punggung Boleh Rawat Jerawat Dan Gila?!

2,629

Sepanjang lipatan sejarah dunia, ada saja ciptaan atau dakwaan aneh yang didakwa mengandungi khasiat perubatan. Semasa Eropah dan Timur Tengah dilanda wabak Black Death pada abad ke-14 misalnya, orang ramai digalakkan tidak mandi atas alasan ia boleh mencegah penularan wabak walaupun dakwaan tersebut kini dianggap bohong. Jadi, usah terkejut sekiranya mendengar dakwaan penyumbat punggung boleh mengubati migrain.

Semasa diperkenalkan pada tahun 1890-an, penyumbat punggung atau nama produknya Dr Young’s Ideal Rectal Dilator dipromosi bukan sebagai alat permainan seksual tetapi sebagai alat perubatan tulen. Kebiasaannya, pengguna diajar memanaskan penyumbat dengan air panas sebelum menyapu bahagian luarnya dengan pelincir seperti vaselin.

Setelah itu, barulah penyumbat dimasukkan dalam anus pengguna sama ada secara bertinggung atau baring dengan lutut membengkok. Pengguna harus membiarkan penyumbat dalam punggung mereka mengikut keadaan ia dimasukkan (duduk bertinggung atau baring) antara 30 minit hingga sejam. Pengguna juga dinasihatkan menggunakan penyumbat bersaiz kecil terlebih dahulu sebelum beralih kepada penyumbat yang lebih besar. Pengguna bawah usia lapan tahun tidak dibenarkan menggunakan produk sebegitu.

IKLAN: Anda sedang mencari novel thriller pembunuhan bersiri? The Patriots baru terbitkan novel keempat kami. Boleh beli di Shopee kami: https://shp.ee/47yzq2k

Menurut pencipta produk tersebut, penyumbat punggung mempunyai pelbagai khasiat perubatan. Salah satu daripadanya ialah memudahkan urusan membuang air kecil atau besar dan ia mendapat pengiktirafan Reverend John Cook dan S.F Loughborough. Malah, mereka enggan menjual penyumbat punggung mereka jika tawaran tidak melebihi AS$100 dan AS$10,000.

Mungkin kerana mahu meningkatkan margin keuntungan, syarikat mendakwa ia boleh merawat masalah kesihatan lain seperti anoreksia, masalah jerawat, menghilangkan bau busuk dalam mulut, insomnia, sakit kepala, cirit-birit, gila dan kerap kentut. Bagaimanapun, dakwaan ini dianggap mengarut lebih-lebih lagi apabila dia berdepan kes mahkamah pada 1940.

Dalam kes tersebut, Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA) menyifatkan produk Dr Young sebagai produk perubatan palsu. Ini kerana produk tersebut langsung tidak disokong dengan keterangan perubatan saintifik yang sahih dan membahayakan kesihatan sekiranya mengikut keterangan penggunaannya. Sehubungan dengan itu, hakim mengarahkan semua produk keluaran syarikat ditarik balik daripada pasaran dan dimusnahkan.

RUJUKAN:

Felton, J. (2021). Butt Plugs Were Originally Sold As A Miracle Cure For Headaches, Acne, And Insanity. IFLScience!

Ruangan komen telah ditutup.