Penyokong Manchester United Dan Budaya Raver

0
1112
views

“Apa kaitan budak raver dengan Manchester United, beb? Kau jangan memburukkan kelab kesayangan aku,” ujar Zaid Abdul Karim yang merupakan peminat Manchester United yang tegar sejak zaman Gordon Strachan dan Eric Cantona.

Sebelum kau orang percaya tarian raver ni berasal dari tarian Majusi dan Yahudi oleh seorang penceramah yang sumber petikan sejarah dia entah mana dia dapat tu, maka eloklah aku tulis tentang sejarah muzik ni.

Perkataan ‘rave’ ini popular sekitar hujung 1950an apabila Buddy Holly – popular dengan lagu ‘Rave On’, seterusnya lagu ini popular, sebelum mamat ni mati akibat kapal terbang terhempas pada tahun 1959.

Scene ‘mod’ kemudiannya naik pada sekitar 1960an di London, terutamanya pengaruh dari golongan imigran dari Jamaica dan Trinidad and Tobago. Scene budak mod ni naik, budak-budak kat sana mula pakai Lambretta dan The Who mula kuasai carta di Top 100 UK.

Sekitar 70an, muzik acid rock mula meningkat terutamanya bila LSD mula jadi barang terlarang dalam Perang Menentang Dadah (War on Drugs) yang dilancarkan Nixon.

Makin kau haramkan, makin orang cari benda tu. Sebab tu bila pihak berkuasa haramkan sesuatu, mesti gagal.

Sekitar hujung 70an apabila Sid Vicious mati, scene punk pun ikut serta di London, lalu wujud satu lagi scene iaitu post punk terutamanya di bandar-bandar perindustrian, seperti Manchester.

Kemudian, apabila penyanyi Joy Division – Ian Curtis mati bunuh diri, maka berakhirlah scene post punk. Post punk ni muzik yang dah masuk elemen elektronik memandangkan pengaruh Krautrock (muzik dari Jerman Barat) mulai menyusup masuk dalam UK di hujung 70an.

Antara pelopor Krautrock ni seperti Can, Kraftwerk, Faust dan Tangerine Dream. Pengaruh seni Bauhaus juga dapat dikesan hasil pengaruh industri di Jerman.

By the way kalau ada sesiapa nak layan Kraftwerk, boleh start dengan layan album Autobahn (1974).

1980an bermulanya era muzik house dan acid sejajar dengan penggunaan dadah jenis MDMA (atau Ecstasy, atau meth) mula menjalar di kalangan anak muda di Manchester.

Scene rave mula menular di Eropah bila Manchester United layak ke final Cup Winners Cup menewaskan Barcelona di Rotterdam. Anak muda Manchester mula berparti di jalan raya Rotterdam dan mula menarik perhatian ramai di Eropah.

Jadi raver berasal dari Manchester, bukan Majusi.

Populariti grunge di Amerika pada awal 1990an diseimbangkan dengan muzik trance dan rave di Eropah, dan orang Sweden paling suka muzik ni. Kumpulan seperti Ace of Base dari Sweden menjadi popular di Eropah sekitar tahun 1993.

Scene ‘raver’ mula masuk ke mainstream dan menguasai carta pop di Eropah apabila Prodigy dengan album ‘Fat of the Land’ keluar pada tahun 1997.

Ini album paling godfather dalam scene rave, kerana pertama kali dapat masuk carta top 100 Billboard.

Muzik rave dan trance mula menyusup masuk ke Amerika menerusi Fatboy Slim, dengan lagu Rockefeller Skank, dalam OST She’s All That, filem pop culture paling popular di penghujung 1990an.

Masuk era 2000an, apabila Radiohead dengan album Kid A menggabungkan rock dan electronica, muzik rave dan trance mula mempengaruhi muzik rock.

Dalam masa sama muncul Chemical Brothers, Daft Punk, Massive Attack, Paul Oakenfold dan kemudian DJ Tiesto menguasai cara di awal 2000an.

Sekitar tahun 2009, boleh aku katakan Lady Gaga yang memasukkan elemen rave dan trance dalam muzik pop dan popular dengan lagu “Just Dance” dan “Poker Face”. Dan bermula dari situ, rave sudah dianggap mainstream.

Sejajar dengan teknologi, muzik rave berkembang kerana semua orang boleh buat muzik di basement rumah. Tidak seperti muzik rock yang memerlukan orang untuk tahu chord gitar atau ketuk dram, muzik ni pakai laptop je pun dah boleh asal tahu macam mana nak mix lagu.

Kini, pemuzik macam Calvin Harris, David Guetta, Martin Garrix, dan Avicii menguasai dan mempengaruhi muzik pop yang berpengaruh besar.

Calvin Harris misalnya buat lagu untuk Dua Lipa, dan David Guetta untuk Sia.

Dan tarian yang kau nampak kat KLCC tu, yang korang pandang jijik tu, sebenarnya fan Manchester United dah buat dulu di Rotterdam tahun 1991 tu.

Glory, glory Raver United!