Penyokong Bumi Rata Berlayar Mencari Hujung Dunia Ketika PKP

1,082

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Semua orang tahu bahawa bumi ini berbentuk sfera dan fakta ini sudah dibuktikan dari dahulu hingga sekarang. Baik cendekiawan Islam dan Barat hinggalah angkasawan yang pernah berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), semua akan mengungkapkan perkara sama. Tetapi ia langsung tidak mematahkan semangat geng bumi leper bahawa bumi ini leper.

Pada akhir tahun lepas, sepasang kekasih/suami isteri dari Venice ingin membuktikan bahawa teori mereka itu benar. Untuk membuktikan teori mereka, pasangan itu sanggup menjual kereta mereka demi membiayai pelayaran ke hujung dunia. Mereka percaya salah satu tempat yang terletak di hujung dunia berhampiran dengan Sicily.

Walaupun sedar apa yang dilakukan mereka merupakan satu kesalahan perlanggaran SOP PKP Itali, mereka tetap bertekad meneruskannya. Dalam kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Itali, pasangan itu meninggalkan Veneto dan pergi ke Termini Imerese untuk menjual kereta mereka dan membeli sebuah bot.

Bot tersebut digunakan untuk berlayar ke Lampedusa yang dipercayai mereka sebagai penghujung dunia. Mereka cuba berlayar ke pulau itu dengan kompas tetapi malangnya, pelbagai kejadian lucu menimpa mereka semasa dalam perjalanan.

Pertama, mereka tersesat dan sampai ke Pulau Ustica dalam keadaan keletihan semasa disambut pihak berkuasa. Pasangan ini kemudiannya diletakkan dalam kuarantin bersesuaian dengan SOP pandemik Covid-19 tetapi berjaya melepaskan diri dan berlayar semula. Bagaimanapun, kebebasan mereka tidak bertahan lama apabila dipintas pihak berkuasa Itali tiga jam kemudian.

Kedua, mereka berjaya melepaskan diri daripada kuarantin buat kali kedua. Tetapi malangnya, rumah yang ditumpangi mereka dihuni seorang pendukung teori konspirasi yang mendakwa dirinya positif Covid-19. Hasil ujian saringan mendapati lelaki tersebut negatif Covid-19.

Selepas sedar apa yang dilakukan mereka bersifat sia-sia, pasangan tersebut mengambil keputusan pulang ke Venice dengan menaiki feri.

RUJUKAN:

Felton, J. (2020). Flat Earthers’ Attempt To Sail To The Edge Of The World Ends In Massive Disappointment. IFLScience.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.