Dalam satu kes laporan, doktor menceritakan tentang seorang lelaki yang datang ke klinik dengan penyepit sepanjang 8 cm tersangkut dalam penisnya. Menurut lelaki tersebut, dia sendiri yang masukkan penyepit tersebut ke dalam alat kemaluannya 4 tahun sebelum dia datang ke klinik.

Dalam laporan tersebut, tidak dijelaskan bagaimana penyepit tersebut boleh masuk ke dalam penis lelaki itu tetapi doktor menyatakan, objek tersebut biasanya dimasukkan oleh pesakit yang mempunyai perasaan ingin tahu, perasaan s3ksual, keliru dan m4buk. Keadaan yang ekstrim ini jarang dilihat oleh para doktor. Penyelidik mendapati, cuma dua kali dilaporkan kes ini pernah berlaku sepanjang sejarah.

Ketika doktor memeriksa, lelaki tersebut menafikan bahawa dia mempunyai sebarang simptom urologi. Lelaki itu mampu membuang air kencing seperti biasa walaupun objek tersebut telah berada dalam penisnya selama 4 tahun. Ujian sinaran-x dijalankan dan mendapati penyepit tersebut tersangkut di anterior urethra.

Kemudian, pesakit tersebut diberikan anaestetik, dan doktor memasukkan sistoskop ke dalam uretra lelaki itu. Memang jelas terdapat penyepit yang tersangkut sepanjang sekitar 8 cm dari pucuk penis.

Doktor dapat mengeluarkan penyepit tersebut tanpa melakukan pembedahan terbuka (open surgery). Akhirnya lelaki itu dapat kencing dengan lebih normal. Kita mungkin tidak tahu bagaimana lelaki itu dapat bertahan kesakitan tersangkut objek asing ke dalam alat kemaluan untuk tempoh yang begitu lama.

Doktor mencadangkan supaya lelaki itu menjalankan ujian psikiatrik, tetapi dia menolak dan tidak mengikuti sebarang susulan daripada klinik setelah pembedahan itu dijalankan. Selama 4 tahun lelaki itu tidak berjumpa doktor mungkin atas dasar malu untuk meminta bantuan dalam kes ini.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/a-man-had-3-inch-long-tweezers-stuck-inside-his-penis-for-4-whole-years?perpetual=yes&limitstart=1
  2. Abouelazayem, M., Kamel, A. A., Ghanem, M., & Abu-El-Azayem, K. (2019). Self-insertion of urethral foreign body: A simple endoscopic technique for removal of a metal forceps from male urethra. Urology case reports24, 100852.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.