Kerala pernah bergegar kerana kes penyeludupan emas tahun lalu. Bergegar hanya untuk yang tidak tahu saja. Mana yang tahu sekadar senyum saja. Sebab gejala ini sudah lama membarah dalam ekonomi tempatan, berpunca daripada kerajaan India sendiri.

Kalau fikir balik, apa gunanya seludup emas masuk? Dari segi untung mesti tidak berbaloi kerana risiko terlalu tinggi. Kena julap pihak sana. Kena sogok pihak sini. Tetapi gejala berterusan jua… tentu sekali kerana untung yang sangat setimpal.

Pihak penyeludup sudah lama menjalankan kerja ini. Dulu India menguatkuasakan sebuah akta khas yang mengawal pengimportan emas. Tetapi akta ini dimansuhkan kerana India ingin mempelbagaikan ekonomi (Karun, 2020).

Pemansuhan akta ini mengimbangi pasaran emas yang harganya tertakluk pada permintaan dan bekalan. Liberalisasi ekonomi tidak membuahkan hasil diingini India.

Saban tahun, kerajaan sedar yang ekonomi tempatan tidak mampu menghasilkan keperluan negara. India mengimport minyak mentah dan emas terlalu banyak, dengan defisit perdagangan sangat tinggi yang memberi tekanan pada akaun semasa negara (PTI, 2013).

Jadi India setelah berfikir panjang bertindak mengenakan duti import terhadap pengimportan emas. Tindakan ini memakan diri sebenarnya. Kerana India mengekang barangan, yang mempunyai kadar permintaan tinggi.

Produk utama emas: barang kemas.

Logiknya begini: kalau kerajaan haramkan pelacuran dalam sebuah negara yang rakyatnya Islam, takkan ada masalah.

Marhaen di kedai kopi takkan terkesan sikit pun. Sebab mereka tahu aktiviti itu adalah jambatan terus ke neraka. Tetapi cuba kalau kerajaan haramkan rokok? Semua terkesan. Dan pasaran gelap dalam dua-dua situasi tetap akan berputik kerana “ada permintaan”.

Rakyat India suka emas. Kerajaan India pula kekang kemasukan emas. Jadi ada permintaan. Dan gerombolan kongsi gelap tidak membuang masa, gigih menyeludup emas daripada Timur Tengah terutamanya Emiriyah Arab Bersatu (Dutta, 2020).

Emas disembunyi dalam sejadah.

Mereka siap masuk melalui lapangan terbang lagi, contohnya di Kerala kerana ramai warga negeri ini menetap di Timur Tengah. Masalahnya tiada siapa tahu banyak mana yang benar-benar masuk. Orang hanya tahu berdasarkan jumlah yang dirampas saja.

Pada tahun 2013, sebanyak 70 kilogram emas dirampas pihak kastam. Lima tahun kemudian, jumlah rampasan meningkat hingga 251 kilogram. Malah pada tahun seterusnya, pihak kastam merampas 540 kilogram. Sudah hampir AS$24.3 juta! Sekali lagi – itu yang dirampas.

Emas jongkong ini dirampas daripada dubur orang (jangan tanya masuk dalam mana).

Dulu India uruskan kegiatan rampasan menggunakan akta jenayah ekonomi. Namun kerajaan India berjaya menaikkan taraf jenayah ke peringkat keselamatan negara kerana mereka mengesyaki penglibatan organisasi keganasan sebagai orang tengah atau sumber utama.

Rangkaian mereka terlalu hebat sampai pegawai konsulat pun boleh jadi keldai. Contohnya pada 30 Jun 2020, pihak kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Trivandrum diberitahu pasal beg bagasi daripada Dubai. Katanya beg ini mengandungi bahan penyeludupan.

Cuma mereka tidak dibenarkan membuka kerana status “diplomatik” pada bagasi. Bermakna beg tersebut dilindungi akta diplomasi antarabangsa.

Lima hari kemudian, pihak berkuasa berjaya mendapatkan izin daripada lembaga konsulat di Dubai. Pegawai berkenaan diperintah hadir di tempat pemeriksaan.

Apabila anggota keselamatan membuka beg, alangkah mereka terkejut… dalam beg tersebut ada 30 kilogram emas (sekurang-kurangnya AS$1.6 juta). Pegawai konsulat didapati tiada kena mengena pun. Kerana yang disyaki adalah seorang anggota dalam jabatan konsultasi India sendiri.

Sini kena renung balik: pegawai diplomatik perlu berwaspada senantiasa. Dalam keadaan berwaspada pun boleh kena – bayangkan rakyat marhaen macam mana. Silap-silap masuk dalam terus tanpa usul periksa.

RUJUKAN:

Dutta, P. (2020, Julai 13). What makes India a gold smuggling destination? India Today.

Karun, S. (2020, Julai 9). How government policy gave rise to gold smuggling in Kerala. Times of India.

PTI. (2013, Ogos 13). Gold, silver to become expensive as import duty hiked to 10%.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.