Bagi yang mengikuti sirah para anbia, pasti sedia maklum dengan kisah Nabi Nuh a.s. Gigihnya baginda berdakwah kepada umatnya selama 950 tahun agar mereka dapat kembali ke jalan benar dan beriman kepada Allah s.w.t. Tetapi selepas kaum Nabi Nuh terus menunjukkan sikap kepala batu dengan menolak ajaran baginda, Allah menghancurkan mereka dengan mendatangkan bala banjir besar ke seluruh dunia dengan baginda bersama para pengikutnya terselamat dengan menaiki bahtera yang dibina atas perintah-Nya.

Kisah banjir besar ini banyak direkodkan bukan saja dalam kitab-kitab samawi tetapi juga dalam cerita-cerita rakyat di seluruh dunia termasuk kisah orang asli Temuan. Tetapi di manakah bahtera ini mendarat? Ada yang berpandangan bahtera tersebut mendarat di atas Gunung Ararat dengan merujuk frasa ‘ia mendarat di pergunungan Ararat’ yang disebut dalam Book of Genesis. Bagaimanapun, pandangan tersebut ditolak ramai pengkaji dan sejarawan kerana ia berada di lokasi yang tidak sesuai dan menyukarkan usaha memanfaatkan sumber yang dikumpul sebelum banjir besar berlaku.

Menurut penyelidik bernama David Allen Deal, beliau percaya lokasi sebenar pendaratan bukan di Gunung Ararat tetapi di satu kawasan pergunungan 17 batu di selatan gunung berkenaan. Beliau percaya lokasi sebenarnya terletak pada ketinggian 2,255 meter di atas paras laut.

Melihat kepada lokasi yang dinyatakan, ia dilihat lebih munasabah kerana ini membolehkan Nabi Nuh a.s dan para pengikutnya menggunakan semua bahan binaan bahtera untuk membina bandar pertama pasca-peristiwa banjir besar, Mesha-Naxuan. Kayu dan alang digunakan untuk bumbung, tar yang dicairkan digunakan untuk mengelakkan bumbung bocor dan kayu-kayan sebagai bahan api dan perabot kediaman mereka.

Saki-baki bahtera berkenaan kemudiannya menggelincir ke bawah akibat hujan lebat dan gempa bumi yang melanda kawasan berkenaan selepas seabad. Ini menyebabkan tempat balak Mesha-Nexuan satu batu dari lokasi asal dan pada ketinggian 1,890 meter di atas paras laut. Kononnya bekas tempat bahtera mendarat masih wujud di situ iaitu tempat ia mendarat buat kali pertama dan satu lagi di mana ia mendarat di tempat yang lebih rendah hari ini.

Selain bukti arkeologi di tapak-tapak yang dia dinyatakan, teori Deals ni juga berpaksikan hujah pada teks-teks sastera yang menyebut peristiwa banjir termasuk Epik Gilgamesh yang dihasilkan oleh Tamadun Mesopotamia. Mesha bermaksud yang diambil daripada air. Sementara Naxuan pula merupakan interpretasi Yunani kepada perkataan Ibrani noach tsywn yang bermaksud ibu kota Nuh, nama yang diberi oleh generasi-generasi seterusnya terhadap bandar berkenaan.

Mesha sendiri sebenarnya merujuk kepada variasi perkataan Moshe yang bermaksud yang diselamatkan daripada air. Moshe berkemungkinan merujuk kisah Nabi Musa a.s yang dibawa keluar dari Sungai Nil oleh Asiah dan dijadikan anak angkat oleh baginda dan Firaun. Dalam Epik Gilgamesh, Gilgamesh (Nimrod/Herakles) mengembara ke pergunungan Mashu untuk berjumpa dengan Utnapishtim (Nuh/Nereus), lelaki yang membantu manusia mengharungi peristiwa banjir besar.

Malah nama Gilgamesh (Gl-Gm-Mesh) sendiri bermaksud lelaki yang menunjukkan Mesha. Sementara cerita tradisi penduduk Kurdish pula menggelar dua gunung ini sebagai Masher Dag dan Mashur Dag yang bermaksud gunung kehancuran dan gunung kebangkitan semula.

Selain kisah Gilgamesh dan maksud namanya, Epik Gilgamesh turut merujuk satu tempat yang dikenali sebagai dinding syurga. Berdasarkan gambar dan lakaran Deal, ini berkemungkinan tempat digunakan oleh Nabi Nuh a.s dan para pengikutnya untuk turun dari bahtera berkenaan. Dengan melihat semua ini, yakinlah Deal bahawa Mesha-Naxuan merupakan bandar pertama dunia yang dibina pasca-peristiwa banjir besar. Selepas peristiwa gempa bumi dan hujan melanda kapal sehingga ia turun lagi ke ketinggian 1,890 meter, ia menjadi tapak pembinaan bandar kedua pasca-banjir besar iaitu Seron.

Mesha-Naxuan ditinggalkan oleh kebanyakan keturunan Nabi Nuh a.s dengan Seron sebagai lokasi kediaman baru mereka. Ia diberi nama sedemikian berdasarkan bentuk bukit yang tajam menembusi badan kapal dan menahannya dari bergerak lebih jauh. Perkataan sar itu kekal dan menjadi sebahagian daripada nama lain seperti Nisar dan Nasar. Sementara kerajaan Babylon merujuk bandar tersebut sebagai Nisir.

Lukisan yang cuba mengambarkan tapak pendaratan bahtera Nabi Nuh A.S

Teori Deal ini turut mendedahkan kisah seorang wanita bernama Naamah. Seperti mana kisah para anbia terdahulu, apabila ajaran nabi dan rasul tidak lagi diikuti, manusia mula menjadi alpa dan kembali kepada perangai lama termasuk menyembah dewa-dewi.

Dalam kes Naamah, ada yang mendakwa wanita ini merupakan isteri kepada Ham bin Nuh yang dikatakan telah sesat dan mendorong manusia kembali kepada perangai jahiliah pasca-banjir besar. Wanita ini dikenali dengan pelbagai nama dewi dalam tamadun lain seperti Isis, Ishtar, Artemis dan Athena.

Adapun dakwaan sedemikian yang dibuat oleh penyelidik masih terbuka untuk dibahaskan mengenai lokasi sebenarnya pendaratan bahtera Nabi Nuh A.S. Bukit Judi antara lokasi-lokasi yang dibahaskan oleh ilmuwan Islam berkenaan dengan tapak pendaratan bahtera Nabi Nuh A.S selepas banjir besar surut.

SUMBER

Bowie Johnson, Robert. (2018). Evidence that Noah’s Ark Landed on a Mountain 17 Miles South of Ararat. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/human-origins-religions/evidence-noah-s-ark-landed-mountain-17-miles-south-ararat-009725


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.